Matta Fair jangka transaksi meningkat 5 peratus 2
0 0 Google +0
Kuala Lumpur: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), penganjur acara jualan produk pelancongan domestik dan antarabangsa, Matta Fair mengunjurkan peningkatan lima peratus nilai transaksi perniagaan pada tahun ini berbanding RM133 juta yang dicatatkan pada tahun lalu. Matta Fair 2015 yang berlangsung pada 13 hingga 15 Mac ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dijangka meraih peningkatan itu berkutan penambahan ruang perniagaan sebanyak 1,124 lot berbanding 1,207 pada tahun lalu. Pengerusinya, Jayakumar Sannadurai berkata, Matta Fair 2015 akan lebih memfokuskan kepada penjualan produk pelancongan domestik yang menarik antaranya lokasi membeli-belah, pantai dan aktiviti luar. Beliau berkata, acara itu juga mendapat kerjasama Tourism Malaysia yang dijangka membuka 70 ruang pameran bagi mengetengahkan pelbagai aktiviti pelancongan yang disediakan pada tahun ini. “Selain itu, kita juga bekerjasama dengan KTM Bhd (KTM) yang ingin mempromosikan kereta api sebagai aktiviti pelancongan menarik kepada pelancong tempatan dan asing. “Dalam usaha mempromosikan aktiviti domestik, Matta Fair 2015 menyediakan 450 ruang pameran produk pelancongan tempatan di lokasi khas dalam acara itu yang mana orang ramai mudah untuk memfokuskan produk berkenaan,” katanya pada taklimat media Matta Fair 2015, semalam. Antara promosi menarik ketika berlangsungnya Matta Fair 2015 ialah KTM menyediakan diskaun 25 peratus atas tambang perjalanan ke acara berkenaan. Jayakumar berkata, Matta Fair 2015 juga akan fokus acara yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia iaitu Tahun Festival Malaysia yang terdapat lebih 50 festival menarik untuk disertai pelancong.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Februari 2015 @ 9:47 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33183#sthash.GUvdGj0W.dpuf
|