Edited by GhostWalking at 1-3-2015 11:26 PM
Pengantin perempuan main saksofonNur Liza menghiburkan tetamu di majlis kenduri kahwinnya dengan mengalunkan lagu popular Siti Nurhaliza, Jerat Percintaan, menggunakan saksofon. - Foto: screenshot video Facebook
[size=100%]KUALA LUMPUR, 1 Mac:Berkompang ketika kenduri perkahwinan merupakan satu kebiasaan dalam masyarakat Melayu bagi menyerikan lagi majlis tetapi lain pula bagi pasangan Zuhaili Hamzah dan Nur Liza yang memilih saksofon sebagai penyeri majlis.
Lebih menyerikan lagi majlis apabila saksofon itu dimainkan sendiri oleh pengantin perempuan.
Menerusi video berdurasi 4 minit 23 saat yang dimuat naik oleh page Pencuri Movie itu, bakat yang dimiliki Nur Liza tidak dapat disangkal lagi apabila dia mendendangkan lagu Datuk Siti Nurhaliza, berjudul Jerat Percintaan.
Pengguna laman mikro memuji bakat pengantin perempuan itu kerana mempunyai nafas panjang dan berjaya menghasilkan bunyi merdu yang boleh membuatkan pendengar bersama-sama menjiwai alunan lagu.
Selain Pencuri Movie, laman Friends Of Barisan Nasional dan laman Video Kelakar Habis turut memuat naik video Nur Liza yang berjaya mendapat jumlah perkongsian dan likes yang banyak.
Rata-rata pengguna laman siber beranggapan persembahan yang dipamerkan oleh Nur Liza sebagai sesuatu yang unik dalam kenduri perkahwinan dan tidak semua orang mempunyai bakat sepertinya.
Difahamkan pengantin perempuan itu merupakan anggota pancaragam RELA Malaysia yang sering membuat persempahan di majlis-majlis keramaian. Satu pautan video di Facebook :https://www.facebook.com/video.php?v=878222345554474
trp |