CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1638|Reply: 4

[Tempatan] Pesawat Kuasa Suria Mungkin Mula Jelajah Dunia Sabtu Ini

[Copy link]
Post time 2-3-2015 05:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 2-3-2015 09:13 AM

Pesawat kuasa suria mungkin mula jelajah dunia Sabtu ini
Solar Impluse 2 menjalani ujian penerbangan ketiga, sebelum mendarat di  Lapangan Terbang Al-Bateen, pada Isnin. - Foto AFP


[size=100%]
ABU  DHABI, 2 Mac:

Sebuah pesawat berkuasakan suria berjaya  menempuh ujian penerbangan buat kali ketiga di Emiriyah Arab Bersatu (UAE),  pada Ahad, menjelang jelajah mengelilingi dunia bagi mempromosikan  tenaga alternatif.

Ujian penerbangan selama sejam itu adalah yang  ketiga dilakukan di Lapangan Terbang Al-Bateen yang kecil, di Abu Dhabi.

Menurut ketua-ketua misi, juruterbang tidak  melaporkan sebarang masalah.

Penganjur berharap, Solar Impulse 2 boleh  memulakan jelajah dunianya seawal Sabtu ini, namun ia perlu bergantung kepada  keadaan cuaca.

Solar  Impluse 2 dilengkapi sayap seperti sebuah pesawat B747. – Foto Solar  Impulse
Projek itu adalah hasil kajian dan ujian selama  13 tahun oleh dua juruterbang Switzerland, Bertrand Piccard dan Andre  Borschberg, sekalipun industri penerbangan pada mulanya mempersendakan idea  mereka itu.

“Kami cuba memperkenalkan teknologi bersih dan  tenaga boleh diperbaharui yang boleh kami lakukan,” kata Piccard.

Pesawat itu dilengkapi lebih 17,000 sel suria  pada kedua-dua sayapnya sepanjang 72 meter, hampir sama panjang dengan pesawat  A380.

Pesawat gentian karbon itu hanya seberat  2.3 tan, hampir sama berat dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda atau kurang  satu peratus daripada berat sebuah pesawat A380.

Ia turut dilengkapi kokpit lebih besar yang  boleh memuatkan seorang juruterbang dengan selesanya, selama lima hari  berturut-turut.

Jelajah dunia itu akan menyaksikan pesawat  berkenaan berlepas dari Abu Dhabi ke Muscat, sebelum merentasi Laut Arab ke  India.

Piccard  (kiri) dan Borschberg akan menerbangkan Solar Impluse 2 secara bergilir-gilir. – Foto Solar Impulse

Ia kemudiannya akan menuju Myanmar, China,  Hawaii dan New York.

Pendaratan juga dijadual dilakukan di  Midwestern, Amerika Syarikat serta selatan Eropah mahupun Afrika Utara, jika  cuaca mengizinkan.

Pesawat itu adalah urutan kepada Solar Impulse,  sebuah pesawat lebih kecil yang boleh terbang selama 26 jam pada 2010, bukti  kemampuannya untuk menyimpan tenaga secukupnya dalam bateri litium ketika siang,  bagi membolehkanya terbang pada waktu malam.

Pesawat terbaru itu boleh terbang pada kelajuan  50 hingga 100 kilometer sejam, manakala kelajuan pada waktu malam lebih rendah,  bagi mengelakkan ia kehabisan kuasa bateri terlalu cepat.

Juruterbang akan dihubungkan dengan pusat  kawalan di Monaco dan pesawat itu dijangka tiba di Abu Dhabi pada Julai  nanti.



trp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2015 05:14 PM | Show all posts
Pesawat terbaru itu boleh terbang pada kelajuan  50 hingga 100 kilometer sejam, manakala kelajuan pada waktu malam lebih rendah,  bagi mengelakkan ia kehabisan kuasa bateri terlalu cepat.


giler..bila nak sampai destinasi..sekarang 8-16x lagi laju dari kelajuan pesawat ni..pjalanan yang sekarang makan masa 12 jam..boleh jadi seminggu kalau naik pesawat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2015 05:14 PM | Show all posts
Bila nak buat keter ade dinding solar .. minyak dah naik pulak nih.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 03:03 PM | Show all posts
Tak heran ah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2015 05:28 PM | Show all posts

amboii apa yang abam bcp heran kalau camtu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 09:57 AM GMT+8 , Processed in 0.046813 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list