|
Menurut
BAGHDAD, 2 Mac:
Iraq telah melancarkan operasi ketenteraan untuk menawan semula kampung halaman Saddam Hussein, Tikrit dari Negara Islam (IS), menurut TV Iraq, lapor BBC.
Media tempatan melaporkan tentera telah menyerang bandar, dibantu oleh serangan udara dari pesawat pejuang Iraq.
Tikrit terletak 150 km (95 batu) utara Baghdad dan telah dirampas oleh militan IS pada bulan Jun 2014.
Sebelum itu, Perdana Menteri, Haider al-Abadi menemui pemimpin tentera di wilayah Salahuddin.
Beliau menawarkan kemaafan untuk semua pejuang puak Sunni yang tinggalkan IS.
Menurut Tv Al-Iraqiya, militan IS telah dipaksa keluar dari beberapa kawasan di luar Tikrit tetapi ini tidak disahkan.
|
|