CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2643|Reply: 5

[Tempatan] Geng Sakera Madura ditahan

[Copy link]
Post time 3-3-2015 02:35 PM | Show all posts |Read mode
Seremban: Sekumpulan lelaki warga Indonesia dipercayai menganggotai kumpulan haram Sakera Madura, antara pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditahan dalam Ops Bersepadu 6P di sebuah tapak pembinaan premis perniagaan di Senawang, di sini, semalam.

Mereka dipercayai ahli kumpulan haram itu berikutan penemuan senjata sabit dan simbol kumpulan yang tertera pada dinding rumah kongsi di tapak pembinaan itu.
Serbuan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS) yang bermula jam 10.30 pagi itu turut digemparkan dengan kejadian seorang lelaki warga Bangladesh cedera parah di kepala selepas terjatuh dari pagar tapak pembinaan itu ketika cuba melarikan diri.

Lelaki berusia 25 tahun terbabit dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban, di sini, untuk menerima rawatan lanjut.
Ketua Unit Tindakan JIMNS Azly Ashazly Abdul Aziz berkata, hasil pemeriksaan, lelaki terbabit melarikan diri kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
Menurutnya, serbuan yang dianggotai 52 pegawai dan anggota JIMNS serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dijalankan hasil maklumat awam.
“Dalam serbuan itu, seramai 203 PATI ditahan masing-masing 171 lelaki, 30 wanita dan dua bayi berusia sembilan bulan dan 13 bulan.

“Penahanan itu membabitkan warga Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal, India dan Kemboja yang berusia antara 23 dan 50 tahun, manakala dua bayi terbabit adalah warga Indonesia,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan, semalam.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2015 03:34 PM | Show all posts
bangla pun dah start buat rumah skrg..igtkan indon je..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 03:50 PM | Show all posts
Cukup ke ruang penempatan utk tahanan2 yg ditangkap tuh? Hari2 asik kena tgkap je...dah la kemasukan org asing tak di kawal skg nih, lg nk bawak masuk ada la...aduiiyai
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2015 05:17 PM | Show all posts
sipak dalang..tak konoh ke....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 10:51 AM | Show all posts
ramainya.... hmmmmm patut la malaysia makin crowded..
bebenda macam bancian gitu xde wat dah ke..
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2015 11:39 AM | Show all posts
tangkap..lepas..tangkap..lepas
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.292981 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list