Madiun: Seorang wanita pengsan sebaik saja dimaklumkan kekasihnya - lelaki kelahiran Sepanyol - sudah dipindahkan dari Penjara Madiun ke Nusakambangan sebagai persediaan untuk menjalani hukuman mati semalam.
Angela Intan dilihat terkulai selepas pacarnya, Raheem Agbaje Salami meninggalkan kawasan penjara itu dengan diiringi kawalan ketat polis.
Beberapa orang yang ada berhampiran Angela kemudian memapah wanita terbabit ke kawasan lain untuk berehat.
Sumber berkata, Angela ialah pelajar sebuah sekolah vokasional di Madiun.
Angela datang ke situ pada asalnya untuk menemui Raheem, namun terkejut apabila mendapati pesalah jenayah dadah itu dibawa pihak berkuasa keluar untuk dipindahkan ke Nusakambanga dari pintu selatan penjara.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Mac 2015 @ 7:28 AM
[url=http://www.hmetro.com.my/node/34725#][/url]
ORANG ramai mengangkat tubuh Angela yang pengsan selepas diberitahu kekasihnya dipindahkan ke tempat akhir sebelum dihukum bunuh semalam.
HM
|