View: 2235|Reply: 9
|
[Dunia]
Saintis menjumpai gigi manusia berusia 2.8mil tahun.
[Copy link]
|
|
Fosil tulang rahang manusia masih bergigi yang dijumpai di Afar. - AGENSI
AFAR, Habsyah – Sekumpulan saintis membuat kesimpulan bahawa manusia telah wujud kira-kira 2.8 juta tahun lalu iaitu 400,000 tahun lebih awal daripada yang disangkakan berikutan penemuan tulang rahang manusia di sini.
Tulang rahang yang dijumpai di wilayah LeDi-Geraru pada tahun 2013 itu dipercayai berusia kira-kira 2.8 juta tahun lalu dan dimiliki keturunan spesies keluarga homo sapien (manusia) yang pertama.
Dr. Brian Villmoare daripada Universiti Nevada, Las Vegas berkata, walaupun pencarian sudah dilaksanakan dari semasa ke semasa, fosil daripada keturunan Homo yang berusia lebih daripada dua juta tahun jarang dijumpai.
“Ketika saya menemuinya, saya sedar ia begitu penting kerana fosil seperti ini semakin susah untuk dijumpai di timur Afrika,” katanya.
Pengarah Institut Asal Usul Manusia Universiti Arizona, Dr William Kimbel pula berkata, penemuan fosil itu sangat penting dalam membantu saintis menentukan tempoh masa yang lebih tepat berbanding kajian sebelum ini berkaitan evolusi manusia. – Agensi
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...#ixzz3TYbxAFLe
|
|
|
|
|
|
|
|
dah buktikan ke usia gigi tu, atau sekadar spekulasi? |
|
|
|
|
|
|
|
tak cayer aku... |
|
|
|
|
|
|
|
cuba guna colgate, mesti putih balik gigi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe la ko... Sebelum nabi ada kan dah ade makhluk. Tp tu bkn gigi manusia kot |
|
|
|
|
|
|
|
ntah gigi macai mane pi kata makhluk 2.8 juta tahun |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm belakang umah macit kain hijau tu jerr....ntah2 gigi palsu terflush lubang tandas |
|
|
|
|
|
|
|
kalau baca blog indon,depa kata nabi sulaiman tu orang jawa buktinya nama sukarjo,suparno,susilo, awalan su tu pengaruh sulaiman... |
|
|
|
|
|
|
| |
|