CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1720|Reply: 0

Edag Light Cocoon menyinari Geneva

[Copy link]
Post time 8-3-2015 11:44 PM | Show all posts |Read mode


Edag Light Cocoon menyinari Geneva, dan mempamerkan kehebatan teknologi percetakan 3D (3D printing)Edag Light Cocoon yang dipamerkan di Geneva Motor Show tempoh hari mempunyai nama yang berbunyi seperti sebuah lampu, bukan?
Struktur rumit di bawah kulit Light Cocoon mengambil inspirasi daripada dahan pokok dan daun, dan reka bentuknya yang bertujuan untuk memaksimumkan kekuatan bahan yang terhad. Semua ini terhasil daripada pencetak tiga dimensi (teknologi 3D Printing) Edag.  Seperti konsep sebelumnya syarikat itu, model ini tidak akan berada di atas jalan raya, dan firma kejuruteraan Jerman ini tidak pernah menyebut powertrain untuk Light Cocoon. Sebaliknya, focus mempamerkannya di Geneva adalah untuk memperlihatkan sejauh mana kemungkinan teknologi pencetak 3D ini.

Light Cocoon mungkin cukup “cool” sebagai pameran hasil percetakan 3D, tetapi Edag mempunyai helah lain untuk benar-benar menarik orang ramai ketika itu. Syarikat itu melekatkan fabrik Texapore Softshell 02+ dari sebuah syarikat “outdoor” Jerman Jack Wolfskin atas badan konsep ini. Fabrik ini adalah ringan, elastik, kalis air dan yang paling penting pada ketika itu, ia separa lutsinar. Dengan meletakkan LED di bawah kulit tersebut, rangka tulang kelihatan. Patutlah dianya dinamakan Cocoon!!

kredit:www.arenakenderaan.com




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.570897 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list