CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1780|Reply: 0

Proton Inspira Dipanggil Semula – 5,280 Unit Terjejas

[Copy link]
Post time 8-3-2015 11:54 PM | Show all posts |Read mode


Proton Holdings Bhd telah membuat panggilan semula terhadap 5,280 unit Proton Inspira yang dikilangkan antara September 2010 dan May 2011 berkenaan dengan masalah yang dihadapi pada V-ribbed belt. Ini mengikut satu panggilan semula yang sama dibuat oleh Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) terhadap model Lancer yang juga merupakan platform yang digunakan ke atas model Proton Inspira.

Mengikut Proton, sistem takal (pulley) yang digunakan pada model Proton Inspira berkemungkinan besar akan mengalami masalah haus dan lusuh setelah dipandu pada jarak tertentu atau dalam keadaan pemanduan tertentu. Ini boleh menyebabkan masalah haus yang lebih awal yang boleh menyebabkan masalah kehabisan bateri dan juga enjin terlalu panas. Proton juga berkata, lebih banyak tenaga yang diperlukan untuk menggerakkan stereng kereta tersebut.
Segala kos buruh dan alat ganti berkenaan masalah tersebut akan ditanggung oleh Proton. Pengeluar tempatan itu sudah mengeluarkan surat untuk memberitahu kepada semua pemilik yang terjejas dan menyarankan mereka untuk menghubungi pusat servis Proton yang sah untuk membuat temu janji.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.393705 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list