CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3123|Reply: 1

Apple Melancarkan Macbook Ternipis

[Copy link]
Post time 11-3-2015 12:14 AM | Show all posts |Read mode
Jika anda sangka Macbook Air merupakan laptop paling nipis, ia baharu sahaja dikalahkan oleh Macbook terbaharu yang dilancarkan Apple awal pagi tadi. Ia merupakan satu kategori baharu dan tidak menggantikan Macbook Air mahupun Macbook Pro.

Apple Melancarkan Macbook TernipisKali ini Apple telah menggunakan segala kepakarannya dan teknologi terbaharu bagi membangunkan laptop Macbook ini di mana pelbagai teknolgi baru yang pertama kali digunakan dalam laptop telah diperkenalkan pada laptop ini.
KeyboardPerkara pertama yang diketengahkan Apple pada laptop ini ialah keyboardnya. Keyboard biasa menggunakan mekanisma “gunting”. Mekanisma ini menjadikan operasi butang tidak begitu stabil terutamanya apabila pengguna menekan pada bahagian tepi butang.
Mekanisma “kupu-kupu” rekaan Apple lebih stabil walaupun butang ditekan pada bahagian tepinya. Ia juga mempunyai LED individual pada butangnya untuk nyalaan yang lebih sekata di tempat gelap.

SkrinSkrin Macbook ini adalah yang paling nipis pernah dibuat Apple. Skrin 12 inci ini hanya berukuran 0.88mm tebal dan mempunyai resolusi 2304×1440, aspect ratio 16:10 dan sudut penglihatan 178 darjah.

TrackpadTrackpad pada laptop terbaharu ini juga dilengkapi enjin Taptic yang sama terdapat pada Apple Watch. Ini membolehkan trackpad itu mengesan perbezaan tekanan yang dikenakan padanya seterusnya menjalankan fungsi berlainan bergantung kepada tekanan yang dikenakan. Ini dipanggil Force Touch.
Contohnya, semasa memainkan video pada aplikasi Quicktime, tekanan yang dikenakan pada touchpad apabila menekan pada butang “fast forward” akan menentukan kelajuan “fast forward” itu. Semakin kuat ditekan, semakin laju video itu dimainkan.

Papan LogikDengan penggunaan pemproses Intel Core M generasi terbaharu, Apple telah berjaya mengecilkan papan logik yang menempatkan pemproses, RAM dan SSD sebanyak lebih 60% dan ia kini tidak memerlukan sebarang kipas untuk penyejukkan. Apa yang lebih menarik lagi, pemproses Intel Core M ini hanya menggunakan 5watt tenaga untuk beroperasi.
Macbook ini didatangkan dengan spesifikasi pemproses Intel Core M 1.1 GHz dengan Turboboos sehingga 2.4GHz, 8GB LPDDR3 RAM, ruang storan SSD 256GB dan Intel HD Graphics 5300. Ia boleh dipertingkatkan dengan pemproses Core M 1.3GHz dengan Turboboost 2.9GHz dan ruang storan SSD 512GB.

Port USB-CNamun, paling menarik mengenai laptop ini ialah pengguna hanya satu port USB-C serbaguna. Ia digunakan untuk pengecasan semula, di samping boleh disuaikan dengan pelbagai penyuai untuk menggunakan port HDMI, VGA, displayport dan pelbagai fungsi lain. Port ini menyokong kadar pindahan data sehingga 5Gbps.
BateriUntuk memuatkan bateri dalam bahagaian badan yang berbentuk meruncing, Apple telah direka khas dalam beberapa lapisan bagi memanafaatkan setiap ruang dalam laptop tersebut berbanding laptop traditional. Ini membolehkan laptop ini mempunyai jangkahayat bateri sehingga 10 jam memain video iTunes dan 9 jam melayari web.

Walaubagaimanapun semua teknologi tersebut datangnya pada harga yang agak tinggi. Model asas Macbook ini akan dijual pada harga USD1299 (RM 4,499 di Apple Store Malaysia) menjadikannya di luar kemampuan ramai pengguna Malaysia, kecuali peminat tegar Apple. Tetapi dengan ketebalan 0.35–1.31 cm, berat hanya 0.92kg dan didatangkan dalam warna emas, perak dan space gray, ia memang satu laptop yang menggoda. Ia akan mula dijual pada 10 April tahun ini.
Di samping itu, model Macbook Air dan Macbook Pro telah dikemaskini dengan pemproses Core i5 dan Core i7 generasi ke 5.

kredit:www.techkini.com

                               
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2017 11:29 PM | Show all posts
If you own this Macbook and unfortunately, something happens, it's extremely important that you have a recovery tool handy. Whether an important document was accidentally deleted or your Mac was formatted and you lost your files, these instances are fixable as long as you quickly act to retrieve the data. A deleted file is not actually permanently removed from the computer until new data takes its place. Lost items still reside in the system but they just can’t be traced through the local address table used to keep track of this information. A Mac retrieval software can be used to locate these lost or deleted items on the drive and quickly restore them. All you need is the right tool and a little resourcefulness to turn this substantial problem into an easy fix.

Here's a  tutorial to outline the steps needed for a successful Mac data recovery. The video is newbie friendly so even if you don't have much technical know-how, you can follow along easily. It generally will just take four simple steps to complete it.


1. Click on the volume or drive.
2. Pick a recovery mode and scan the volume.
3. Select your files.
4. Finish the recovery.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.719006 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list