CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13987|Reply: 9

Rahsia Kecantikkan daripada Sarang Burung.

[Copy link]
Post time 12-3-2015 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Sebelum ini tidak ramai yang tahu rahsia mengenai khasiat sarang burung walet (spesis daripada keluarga burung layang-layang).Cuma sejak kebelakangan ini ia mula diketahui umum serta mula mendapat sambutan daripada masyarakat terutamanya masyarakat Melayu.

Bagi masyarakat Cina, pengambilan makanan kesihatan yang dihasilkan daripada bahan semula jadi itu sudah lama diamalkan.


Berdasarkan catatan sejarah perubatan Cina, kemujaraban khasiat sarang burung layang-layang ini terbukti sejak beribu-ribu tahun dahulu. Dahulunya ia menjadi santapan eksotik dan eksklusif di raja di China.
Sarang burung ini dikenali sebagai makanan berkhasiat untuk golongan orang yang berkemampuan dan berada. Ini adalah kerana sarang burung layang-layang dijual dengan harga yang mahal di pasaran mengikut gred yang tertentu.

Setakat ini banyak kajian telah mula dijalankan bagi mengkaji khasiat-khasiat lain yang mungkin boleh didapati dalam sarang burung walet ini.
Ia didakwa mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan darah dan memulihkan tenaga selepas demam. Selain itu, ia mampu memulihkan penyakit asma, menguatkan daya ingatan dan kecergasan minda, menambah daya ketahanan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung serta ia boleh dijadikan makanan tambahan bagi melambatkan proses penuaan.


Menurut kajian yang dibuat oleh masyarakat Cina di Beijing mendapati ianya merupakan agen pemutihan kulit yang sangat baik dan juga baik untuk kesihatan mata.
Bagi penghidap asthma, ia juga dikatakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.
Di Indonesia, terdapat laporan yang mengatakan sarang burung walet ini juga mampu mengubati kanser dan hepatitis B.
Ini kerana sarang burung telah terbukti melalui ujian makmal yang dijalankan mengandungi nutrien2 dan garam mineral seperti glikoprotein, kalsium, zat besi, fosforus, iodin, dan vitamin2 yang lebih mudah diserap oleh badan manusia.

Antara khasiatnya yang ketara ialah:-

  • Melancarkan system aliran darah yang betul
  • Melegakan pernafasan
  • Membetulkan system urat saraf
  • Memperbaiki sistem buah pinggang
  • Memutih, melicinkan muka (untuk lelaki dan wanita terutama sekali wanita mengandung untuk bayi)
  • Menghilangkan kedut kedut muka (untuk wanita dan lelaki)
  • Menyegarkan mata
  • Asma (lelah)
  • Membuang air dalam paru paru (sekiranya anda mengalami sakit paru2 berair)
  • Agen memperbaiki hepatitis B
  • Meninggikan IQ (orang dewasa dan kanak kanak)
  • Batuk batuk kronik
  • Awet muda (lelaki dan wanita)
  • Untuk tenaga batin

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-3-2015 05:22 PM | Show all posts
saya rasa nak try kinohimitsu UV bright...memg nampak kesan serta merta within 1 week...
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Nnt kulit muka JD putih glowing2 pinkish2 x? Hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2015 05:55 PM | Show all posts
miabebe replied at 12-3-2015 05:38 PM
Nnt kulit muka JD putih glowing2 pinkish2 x? Hihi

mesti2...terlebih glowing nanti.
Sarang burung boleh awet muda..anti ageing kulit mesti lebih lembut bersih.... kekal keremajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2015 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Best. Try nutox
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2015 11:13 AM | Show all posts

Hie batman_2007
Memg terbaek jika bik collagen sarang burung(kinohimitsu)bersama produk kecantikkan yang sama inti pati sarang burung iaitu Nutox.
Boleh nampak hasil cepat dalam 2 minggu..dgn syarat pemakanan harus diutamakan gak.Saya ni jenis suke mkn pedas jadi pas ni memg kena control bab pedas dan kena minum air suam byk2 tuk hasil terbaik.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2015 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Crystal_Apple replied at 13-3-2015 11:13 AM
Hie batman_2007
Memg terbaek jika bik collagen sarang burung(kinohimitsu)bersama prod ...

Yup. Nk try la. Nk kulit cantik n sihat tubuh badan
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Bio Essence Bird's Nest
Nutri Collagen & Whitening
Mmg best sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2015 11:18 AM | Show all posts
Felycya replied at 14-3-2015 01:40 AM
Bio Essence Bird's Nest
Nutri Collagen & Whitening
Mmg best sgt.

Sebelum ni memg sy guna Bio essense..sebab nyer dia ader bird nest collagen .Pada permulaan ok nampak jelas perubahan..pastu semakin ari nampak cm kulit kusam balik and kulit rasa cm terbakar tiap kali kena pancaran cahaya matahari.
Kini Nutox lar pilihan saya... I love Nutox
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2019 11:53 AM | Show all posts
Crystal_Apple replied at 14-3-2015 11:18 AM
Sebelum ni memg sy guna Bio essense..sebab nyer dia ader bird nest collagen .Pada permulaan ok nam ...

nak tnya...u still consume bird nest ke..? boleh bagi testimoni sikit tak..?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 07:57 AM GMT+8 , Processed in 0.069191 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list