View: 4274|Reply: 23
|
[Dunia]
Singapura Akan Mula Larang Jual Rokok Di Pasaran
[Copy link]
|
|
SINGAPURA – Selepas berjaya mengharamkan penjualan shisha, sejenis rokok paip tradisional masyarakat Arab akhir tahun 2014; Singapura kali ini mengorak langkah lebih jauh – langsung mengharamkan pula penjualan rokok.
Stesen tempatan, Channel NewsAsia pada Jumaat melaporkan, usaha terbaharu itu bakal menyaksikan semua peruncit tidak lagi dibenarkan menjual rokok secara terbuka susulan pindaan akta kawalan iklan dan penjualan tembakau tahun ini.
Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Singapura, Dr. Muhammad Faishal Ibrahim memberitahu Parlimen, pindaan tersebut akan diusulkan tahun ini bagi mengharamkan penjualan rokok di kaunter kedai runcit secara terbuka.
Namun, sama seperti langkah pengharaman shisha pada 27 November lalu, tempoh selama 12 bulan akan diberi kepada para peruncit untuk mematuhi undang-undang baharu itu termasuk menghabiskan simpanan semua bekalan lama di setor.
Menurut Dr. Faishal, pihak kementerian itu turut akan mengadakan sesi pengumpulan maklum balas daripada masyarakat mengenai sama ada segala aktiviti penjualan produk-produk tembakau seharusnya diselaraskan agar lebih seragam.
Beliau menegaskan, penyelarasan ini juga mungkin dapat mengurangkan daya tarikan kepada rokok dan ia salah satu cara yang berkesan dalam menggalakkan individu supaya berhenti merokok atau membuang terus tabiat itu sama sekali.
Perokok tegar di Singapura hanya boleh merokok bebas di kawasan yang sudah dikhaskan pihak pemerintah. – Gambar hiasan
Tahun lalu, Singapura mengharamkan penjualan shisha mengikut Peraturan Larangan Produk Tembakau Seksyen 15 Akta Tembakau (Kawalan Pengiklanan dan Penjualan) tetapi memberi masa cukup kepada peruncit menghabiskan stok sedia ada.
Jika peniaga berdegil, mereka boleh didenda maksimum S$10,000 (RM26,696) atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali dan kesalahan susulan, denda maksimum S$S20,000 (RM53,393) atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali.
Singapura mengharamkan larangan merokok di tempat awam sejak 1970 malah diperluaskan ke pelbagai premis terbuka termasuk kelab malam dan pengangkutan awam dengan hukuman denda maksimum S$1,000 (kira-kira RM2,670). – Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Mesia bila lagi ??. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la..
Malaysia bila nak ambil langkah? |
|
|
|
|
|
|
|
negara jiran diorg sinuunn siap ada fatwa lagi hukum haram....tapi takde telo pun nak buat undang2 gini |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau buat kat Malaysia, memang rakyat dah tak undi la kerajaan yang gubal undang undang tu. Haha. |
|
|
|
|
|
|
|
cam bangang jer aku dgr...
rakyat Malaysia kan skunk ni mula memberontak tuk hal2 kecik...
|
|
|
|
|
|
|
|
biasalah dia owg nie...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tabik utk spore...malaysia bila lagi??? |
|
|
|
|
|
|
|
negara non muslim pun tau benda tu berbahaya dan harooommm...
kat malaysia ni , even dh kuar fatwa pun, masih ramail lagi lebai2 duk tak kisah....aurat harooommm....rokok bestttt |
|
|
|
|
|
|
|
rokok ini jelas membunuh
ada lagi orang mahu melahap
|
|
|
|
|
|
|
|
yg lebai2 pun ada yg hisap
|
|
|
|
|
|
|
|
Cam best jugak kalau M'sia implement law ni kan? |
|
|
|
|
|
|
|
berdasarkan pemerhatian aku, kalau part rokok ni, perokok BN & PR bersatu hati menentang pengharaman rokok..
yg berani ckp, non-smoker PR, sbb dia x merokok & dia menentang gov.. pastu non-smoker BN pun segan2 sokong.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Buat apa ikut Singapore , lagi baik Malaysia ikut Uruguay boleh isap ganja.... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh. kita boleh implement. tapi kita tak boleh memantau. itu satu masaalah. kita hanya mampu memantau bontot saiful
|
|
|
|
|
|
|
|
Haha.. lawak.. tak habis2 ngan isu liwat tu..
Awak ok ke kalau M'sia benar2 nak implement? x merokok ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
kat malaysia tak leh....ramai makcik pakcik felda pprt kampungan penyokong ameno masih ketagih rokok.... |
|
|
|
|
|
|
|
Hahaha.. tu no komen..
Awak xmrokok jugak ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
exactly. kalau lebai2 buat akan ada kelonggaran, sedangkan rokok ini is a very destructive habit.
tapi sangat phobia dengan apa sahaja yang ada perkataan alcohol sampaikan beer segelas boleh jadi isu negara raja sultan pun masuk campur.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|