CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14343|Reply: 120

[Tempatan] Luahan Hati Seorang Wanita, Terlanjur Sehingga Hamil 7 Bulan

[Copy link]
Post time 14-3-2015 10:19 AM | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: “Saya lakukan pelbagai aktiviti termasuk kerja berat tanpa mengetahui saya sebenarnya sudah hamil tujuh bulan,” kata seorang wanita lepasan sebuah universiti swasta (US) di ibu kota dikenali sebagai Warti.

Warti, 24, kini menunggu masa melahirkan anak tidak sah taraf hasil hubungan dengan teman lelaki yang dikenali sejak di sekolah menengah.

Menurutnya yang juga anak ketiga daripada enam beradik dia cukup kesal dengan apa yang menimpanya dan kini hanya mampu bertaubat dan berjanji dengan keluarganya akan berkahwin dengan teman lelaki dan memelihara bayi yang bakal dilahirkan dengan sebaik mungkin.

“Kami banyak kali melakukan hubungan seks di rumah sewa teman lelaki ketika rakannya tiada.

“Pada awalnya tiada apa yang berlaku, namun saya mula bimbang apabila kerap muntah serta pening sebelum mendapatkan rawatan di sebuah klinik dengan ditemani ibu saudara serta teman lelaki.

“Saya terkejut apabila doktor memaklumkan saya hamil tujuh bulan dan apa yang terbayang ialah perasaan ibu bapa jika mereka mengetahuinya,” katanya.

Menurut Warti, ketika itu dunia dirasakan gelap dan dia hanya mampu menangis walaupun ditenangkan teman lelaki, namun dia tetap bimbang dengan penerimaan ibu bapa serta keluarganya.

Katanya yang baru menamatkan pengajian dalam bidang teknologi maklumat, ibu saudaranya turut berang namun mengawal perasaannya kerana tidak mahu memburukkan keadaan.

“Saya mengambil masa seminggu untuk memaklumkan kehamilan kepada ibu bapa dan mereka cukup kecewa dengan apa yang berlaku.

“Teman lelaki pula memaklumkan akan bertanggungjawab dan akan menikahi saya sebaik bayi dilahirkan,” katanya.

Keluarga yang bimbang dengan apa yang berlaku terhadap Warti menjadi tohmahan masyarakat mengambil keputusan menumpangkan wanita berkenaan di rumah perlindungan Baitul Fiqh, Subang Jaya sejak awal Januari lalu.

Menurut Warti, apa yang dilakukan kini mendalami ilmu agama sebaik mungkin selain bertaubat kerana dia cukup kesal dengan apa yang dilakukannya.

“Di Baitul Fiqh saya diberi lebih banyak pendedahan berkaitan agama seperti membaca al-Quran, kelas Fardu Ain dan kuliah oleh tenaga pengajar yang datang ke sini.

“Walaupun baru masuk ke sini, banyak yang saya belajar malah pengurusan Baitul Fiqh turut mengajar saya kemahiran seperti menghasilkan pelbagai jenis kuih dan kek.

“Saya juga terbabit dengan program bantuan kemanusiaan dianjurkan Baitul Fiqh seperti menyediakan bekalan makanan untuk dihantar kepada mangsa banjir di Manek Urai, Kelantan, baru-baru ini,” katanya.

Menurut Warti, dia kini lebih tenang dan menyatakan semua yang berlaku itu memberi banyak pengajaran kepadanya untuk menjadi insan lebih berguna.

“Saya insaf dan bertaubat atas kesalahan yang saya lakukan. Semoga kisah saya ini boleh dikongsi dengan wanita lain supaya kita tidak terlalu mengikut nafsu kerana akibatnya cukup buruk,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2015 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu semasa ke ni??.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
At last..nikah ke idok??
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 10:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dik.. Ko mengeluh pun tak guna. Control urself lah. Ikut kata boyfren sundrik merana, pastu nangis luah perasaan. U've got choices, u've pick one way. Harap2 lps branak tu jgn lepas tanggungjawab plop.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 10:35 AM | Show all posts
jazaa replied at 14-3-2015 10:25 AM
Isu semasa ke ni??.......

ini issue minta 0belai kasihan. mana tau kalau ada abg sado yg macam aaron ajis dlm cerita suamiku mr perpek 10 ambek dia jadi isteri. Nasib batu tenggelam. nasib sabut timbul maah.


Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 10:35 AM | Show all posts
Masa bersedap tak meyesal pulak... bila dah kembung baru menyesal... bimbo sangat dik jawapan ko..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2015 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah naik jelak dengar stekmen
Stekmen betina cenggini,
Mase bersedap sedapan dulu
Xingat mak bapak, Allah jauh sekali,
Bile dh mengandong anak haram
Baru nk ingat mak bapak, allah.. Bertaubat lah ko, jaga anak ko tu elok elok, jgn kasi dia mewarisi pangai ko tu, and ko pulak jgn insap sekejap je, lpas tu menyundal balek, kahwin pon ntah ke mane ??, taubat jauh sekali... tau tau keluar anak lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 10:46 AM | Show all posts
wanita ni dah berumur 24 tahun, dah berzina berkali2 boleh tak terfikir ke perbuatannya  boleh membuat dia mengandung?  Dah hamil 7 bulan pun masih tak ngaku tak sedar  bahawa dia hamil?  Apa ke baghal benar alasannya.
Lepasan dari sebuah uni tak boleh terfikir ke kalau haidz tak datang selama 7 bulan tu, ada yg tak kena.

Dah terkantoi baru nak menyesal.  Kalau tak hamil, enak sajalah teruskan perzinahan?  Okeylah, kalau nak bertaubat kerana itulah jalan yg sebaik2nya.  Mengakui boifren mau bertanggungjawab, akan menikahi dia selepas anak dilahirkan, boleh percaya ke?  Buatnya boifren menghilangkan diri macamana.  Yg lebih pentingnya, anak tu nak bernasabkan sape? Setakat akan ada nama berbin/berbinti sebuah nama seorang lelaki sahaja.  Sedih lagi, jika anaknya perempuan hanya akan berwalikan wali hakim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2015 10:46 AM | Show all posts
Dah banyak kali citer sebegini diulang citer tapi perkara yang sama masih tetap berulang
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Warti? Boyan yo
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 11:15 AM | Show all posts
dunia2









  
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 11:22 AM | Show all posts
bukan nak mengalakkan maksiat.. ini sex education okei..

if had do unprotected sex, just pergi farmasi beli benda ni




orang pangil pil plan B / pil after sex.
kena telan within 72 hours AFTER had sex. utk matikan sperm tu.


RM6 utk 2 bijik.




Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 11:26 AM | Show all posts
Why menyesal? Syukur la dpt anak. Rezeki tu.......
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 11:26 AM | Show all posts
nolya replied at 14-3-2015 10:46 AM
wanita ni dah berumur 24 tahun, dah berzina berkali2 boleh tak terfikir ke perbuatannya  boleh membu ...

Dan kalo anak tu dah kawin nanti, akan terbit lah rangkaian and susur galur dari anak harooommmm...

Kesian ngan generasi berikutnya, terus dlm keturunan tu, akibat betina sebegini.

P/s: statistik anak harooommmmm di negara meleis yg kononnya negara Islam, telah mencecah dua ratus ribu lebey...syabas! Meleis volehhh!
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 11:30 AM | Show all posts
meleiiisssssss


Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 11:30 AM | Show all posts
new bussiness right now di malaysia.. buat pusat penjagaan wanita hamil... jaga pompuan mengandung sampai beranak, bayar RM5k sampai beranak, kalau tak boleh bayar, anak akan dijual pada keluarga angkat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2015 11:33 AM | Show all posts
Sejak bila universiti swasta boleh disingkatkan kepada US?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 11:35 AM | Show all posts
Kalau ada pun indon bernama Warti yg hamil anak luar nikah  mana ada yg nak buang masa  bersembang dgn pekerja harian metro  miskin lemah hina?
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 11:38 AM | Show all posts
vandergooh replied at 14-3-2015 11:30 AM
new bussiness right now di malaysia.. buat pusat penjagaan wanita hamil... jaga pompuan mengandung s ...

mesti kaum yg jaguh buat anak haram (cina dan india) penuh dalam tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2015 11:39 AM | Show all posts
Indon pun ludah saja ama pekerja harian metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.519037 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list