CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14251|Reply: 33

Mengapa Pulau Besar Melaka dikenali sebagai Pulau Keramat?

[Copy link]
Post time 14-3-2015 04:53 PM | Show all posts |Read mode




Pulau Besar dikenali sebagai pulau keramat, pulau fantasi merupakan pulau yang terletak di negeri Melaka, Semenanjung Malaysia.Pulau Besar terletak di Selat Melaka, kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir, Melaka.

Terdapat 2 cara jika anda ingin kesana. Anda boleh menaiki feri dari Jeti Anjung Batu atau menaiki bot laju dari Jeti Umbai. Perjalanan dengan feri adalah berjadual manakala bot laju pula masa perjalanan pergi/balik bergantung kepada pasang surut laut dan masa yang ditetapkan sendiri oleh penumpang.

Pulau Besar adalah merupakan sebuah tempat yang banyak dikaitkan dengan kisah mistik dan lagendanya. Ianya merupakan satu tempat yang bersejarah khususnya dengan kisah awal penyebaran Agama Islam dinusantara. Ianya menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kini, Kerajaan Negeri Melaka telah membina sebuah muzium yang memaparkan kisah-kisah awal dan lagenda Pulau Besar. Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM)juga telah mengambil alih dan membaik pulih beberapa buah makam di pulau ini.

Perigi di kaki pulau;

Perigi ini dipercayai digunakan oleh tentera Jepun untuk memancung kepala orang-orang Cina. Kepala yang telah dipancung akan dilemparkan ke dalam perigi ini. Perigi ini tidak pernah digunakan orang sehingga sekarang.

Di kawasan sekitar perigi ini merupakan kawasan Panglima Hitam. Wajah serta anggota tubuhnya dipercayai berwarna hitam. Di kawasan ini juga merupakan salah satu tempat yang amat keras terutamanya pada waktu senja. Pernah suatu ketika dahulu sepasang kekasih duduk berdua-duaan di kawasan ini dan wanita tersebut diserang histeria.

Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.

Keramat Ular;
Dipercayai keramat seorang wali Allah yang menjelma sebagai seekor ular sawa. Barang siapa yang bernasib baik, dipercayai akan berjumpa dengan wali Allah tersebut yang membawa guni berisi arang. Apabila sampai di rumah, arang itu akan bertukar menjadi barang yang berharga.
Di sekeliling kawasan keramat ular terdapat pokok pandan yang boleh digunakan untuk membuat tikar.

Batu Tengorak
Batu ini terletak di kawasan berhampiran dengan pantai. Jika dilihat dengan teliti, batu ini seakan-akan menyerupai tengorak manusia dan terdapat kesan belahan empat segi yang dipercayai telah dibelah oleh orang dahulu kala untuk mendapatkan harta karun di dalamnya. Namun usaha mereka gagal dan mereka menampal semula batu tersebut.

Batu ini juga pernah dirancang untuk diletupkan tetapi usaha itu hanyalah sia-sia sahaja kerana batu itu sedikitpun tidak terbuka.Sehingga kini, sesiapa sahaja yang bukan muhrim dilarang sama sekali ketika waktu senja duduk berdua-duaan di kawasan ini.

Istana Bunian
Terletak di tengah-tengah perkampungan bunian. Sebuah kawasan tanah tinggi yang tidak dapat ditolak oleh jentera biasa. Kawasan ini ingin dimajukan oleh pihak Marina Resort tetapi sehingga kini projek itu tidak dapat diteruskan.

Menurut sumber dari pihak pengurusan Marina Resort, jentolak yang ingin menolak jentera tersebut telah meletup sewaktu kerja-kerja meruntuhkan tanah tersebut sehingga menyebabkan pemandunya meninggal dunia.

Banyak lagi tempat2 menarik lg kat Pulau besar ni...selain tempat2  yg saya telah  taipkan diatas ni....


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2015 11:46 AM | Show all posts
Islam da tiba ke tanah melayu lagi awal dari zaman kesultanan melaka. masa kerajaan melayu kedah.. sumenya dari  utara semenanjung baru turun ke selatan.. kalo perasan banyak pondok-pondok agama ada kat utara.. bukan kat selatan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2015 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeke.. sy bljr kt skolah dulu.. lain..xpe lar kebenaran dan kesahihan dh lama..lupus..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 02:48 PM | Show all posts
saya baru je nak search ttg pulau besar, tgk2 TT bukak topik ni 3 hari lepas....


sebelum ni, ada byk kisah misteri kat pulau tu...nnti TT cari la kat forum ni, nnti sy cari, kalo ada sy paste kat sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2015 03:00 PM | Show all posts
salimrock replied at 16-3-2015 02:48 PM
saya baru je nak search ttg pulau besar, tgk2 TT bukak topik ni 3 hari lepas....

Allrite xde hal salimrock.
SHARING IS A CARING.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 04:33 PM | Show all posts
Dulu masa saya sekolah, saya belajar silat lincah. tok guru saya plan masa tu nak bawa saya dan beberapa murid silat utk ke Pulau Besar untuk menambah ilmu silat, dalam itineri nya, beliau nak anak2 murid semua duduk jauh2 antara satu sama lain dan duduk bertapa sambil belajar. tapi xdpt pergi sbb ada selisih faham antara tok guru dgn tok guru yang lain.

katanya, Adi Putra, guru kepada Hang Tuah menetap di pulau besar, Adi Putra ni la yang katanya mengajar Hang Tuah lima bersaudara silat lincah ketika itu. So, xtau benar atau tidak. Masa tu saya iyakan ajelah sbb budak sekolah lagi kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-3-2015 05:50 PM | Show all posts
stanum replied at 16-3-2015 04:33 PM
Dulu masa saya sekolah, saya belajar silat lincah. tok guru saya plan masa tu nak bawa saya dan bebe ...

OH YEKE?..PENAH DGR GAK..TAPI SY TAK X BERAPA INGAT...
ADI PUTRA YG DIMAKSUDKAN BKN ADI PUTRA YG ARTIS TU KAN...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2015 05:54 PM | Show all posts
Crystal_Apple replied at 16-3-2015 05:50 PM
OH YEKE?..PENAH DGR GAK..TAPI SY TAK X BERAPA INGAT...
ADI PUTRA YG DIMAKSUDKAN BKN ADI PUTRA ...

hahaha..definitely bukan dia. wahaha..ni sang adi putra. guru silat, bukan pelakon atau yang genius matematik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2015 12:30 PM | Show all posts
stanum replied at 16-3-2015 05:54 PM
hahaha..definitely bukan dia. wahaha..ni sang adi putra. guru silat, bukan pelakon atau yang geniu ...

rileks...law.. stanum. laku x lawak bodoh?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 10:56 PM | Show all posts
Crystal_Apple replied at 16-3-2015 01:34 AM
Yeke.. sy bljr kt skolah dulu.. lain..xpe lar kebenaran dan kesahihan dh lama..lupus..

sapa la kot ye gamaknya yang buat silibus sejarah sekolah.. hmmm...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2015 12:13 PM | Show all posts
sweet_zulhijjah replied at 17-3-2015 10:56 PM
sapa la kot ye gamaknya yang buat silibus sejarah sekolah.. hmmm...

cikgu sejarah saya dulu selalu citer pasal sejarah dgn penuh perasaan..sampaikan kami boleh imaginasi situasi yang di citerkan.. hmm memg best Cikgu sejarah En.Ashraf.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 11:57 AM | Show all posts
ada kubur panjang kat pulau besar..... selalunya orang pergi pulau ni nak bertapa tambah ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2015 05:09 PM | Show all posts
stanum replied at 16-3-2015 04:33 PM
Dulu masa saya sekolah, saya belajar silat lincah. tok guru saya plan masa tu nak bawa saya dan bebe ...

aku sekali je kesana
masa majlis pemakaian makhta penuh


Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 02:38 AM | Show all posts
leenaz replied at 31-3-2015 05:09 PM
aku sekali je kesana
masa majlis pemakaian makhta penuh

makhta tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2015 07:58 AM | Show all posts
sweet_zulhijjah replied at 17-3-2015 10:56 PM
sapa la kot ye gamaknya yang buat silibus sejarah sekolah.. hmmm...

Melaka jadi tempat perkembangan Islam....tapi mmg ya, apa2hal kawasan utara yang akan menerima dulu apa-apa pengaruh dari bahagian barat sebab pedagang/pelayar akan sampai kawasan tu dulu
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2015 07:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2015 12:44 PM | Show all posts
leenaz replied at 2-4-2015 07:57 AM
baju adat silat lincah
http://www.silatlincah.com.my/upacaraadat.htm

ooo.. br tau.. xpenah tau pon.. tq tq...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2015 03:08 PM | Show all posts
sweet_zulhijjah replied at 15-3-2015 11:46 AM
Islam da tiba ke tanah melayu lagi awal dari zaman kesultanan melaka. masa kerajaan melayu kedah.. s ...

takda fakta cakap kedah terima agama Islam dulu. semua boleh dibahaskan. kalau negeri tu banyak pondok2 agama xbermakna agama islam bertapak disitu ye.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2015 08:30 PM | Show all posts
Bila awal muharram ramai org ziarah ke pulau besar.
Siapa yg ada pengalaman kongsi la cerita.
Saya pernah pergi tetapi sekadar mengikut tak tau apa2.

Apa cerita syarikat yg cari harta karun?
Mcm tidak berjaya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2015 05:22 PM | Show all posts
Edited by uniq61 at 29-5-2015 05:23 PM
Islam da tiba ke tanah melayu lagi awal dari zaman kesultanan melaka. masa kerajaan melayu kedah.. sumenya dari  utara semenanjung baru turun ke selatan.. kalo perasan banyak pondok-pondok agama ada kat utara.. bukan kat selatan..

HMM BATU BERSURAT KAT TERENGGANU TU...BILA ADANYA? MANA YANG AWAL?
YANG SAYA TAHU..PENGARUH SIAM/BUDDHA DATANG DARI ATAS/UTARA..PATUNG PATUNG BANYAK KAT SANA...CAMNA?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.158599 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list