Emma, Kamal semakin rapat
BETULKAH hubungan Emma Maembong dan Kamal Adli semakin rapat sejak akhir-akhir ini? Betulkah mereka kini bercinta tetapi tidak mahu menghebahkan kepada umum tentang hubungan yang sedang terjalin? - See more
Syed sebenarnya pening dengan soalan-soalan yang dilemparkan oleh beberapa orang dalam industri hiburan baru-baru ini. Mereka kata Emma dan Kamal semakin rapat sejak sejak putus cinta dengan Zizan Razak. Rasanya ramai yang masih ingat gosip yang mengatakan Kamal menghantar dan menjemput Emma di lapangan terbang akhir tahun lalu. Tapi dinafikan oleh Kamal ketika itu. Apabila Syed siasat dengan orang yang paling rapat dengan Emma, memang benar wanita tersebut selesa berkawan dengan Kamal. Walaupun dia tak mengesahkan pasangan itu bercinta tetapi mengakui kedua-duanya selesa berkawan rapat. Menariknya, semua ini berlaku dengan pantas apabila Emma sudah tawar hati dengan Zizan. Apabila mereka sah putus cinta beberapa bulan lalu, Kamal menjadi tempat Emma meluahkan perasaanya. “Betul, memang mereka rapat sejak akhir-akhir ini. Tapi Kamal bukanlah punca perpisahan Emma dan Zizan sebaliknya semua ini berlaku selepas putus cinta. “Khabarnya lagi, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan keluarganya untuk berkenalan. Macam orang bawa kawan-kawan balik rumah berkenalan dengan keluarga, macam itulah mereka. “Dengar cerita memang keluarga Kamal sangat menyenangi Emma sebab wanita tersebut pandai melayan dan mengambil hati mereka. Itu sahaja cerita yang boleh diberitahu,” kata sumber itu lagi. Tak mengapalah kalau masing-masing rapat pun. Bukankah dua-dua pun solo dan tidak ada hubungan dengan orang lain? Rasanya tak ada apa-apa masalah pun kalau mereka bercinta. Terlanjur menyebut nama Zizan, sampai sekarang Syed masih terfikir kenapa tiba-tiba ada pihak yang mengatakan wujud konspirasi untuk menjatuhkan pelawak itu sejak akhir-akhir ini. Rasanya kemelut yang berlaku kepada Zizan selama ini pun sudah banyak mencalarkan reputasi dirinya. Sejak awal lagi Zizan tidak menangani masalah yang dihadapi dengan baik. Jadi apabila ada pihak yang mengatakan begitu membuatkan sesiapa sahaja berfikir tentang beberapa perkara besar yang pernah melanda pelawak ini sebelum ini. Daripada kisah cerita bercumbu di dalam kapal terbang dan duduk serumah dengan teman wanita (ketika itu), kes saman menyaman syarikat Wirefame Sdn. Bhd. sehinggalah kes orang ketiga yang menjadi punca putus cinta. Rasanya Zizan perlu berehat panjang dan menyelesaikan dahulu masalah peribadinya. Tak gitu.
Syed: Terkejut dengar kisah penyanyi Tegar yang pernah menjadi mangsa jenayah seksual pengurus sendiri.
Meols bukak thread ni sebab kamal adli k, bukan sebab emma maembong. Paham ehh. Malas nak sambung dekat thread yg lain walo pn bersepah thread emma kat sini
|