CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1960|Reply: 11

[Tempatan] Bilangan Pasangan Malaysia Bernikah Di Selatan Thai Meningkat.MENGAPA?

[Copy link]
Post time 17-3-2015 07:58 AM | Show all posts |Read mode

Bilangan Pasangan Malaysia Bernikah Di Selatan Thai Meningkat
                                Mar 16, 2015               
206
GAMBAR HIASAN


KRABI – Bilangan pasangan rakyat Malaysia yang bernikah di Selatan Thailand tahun lepas meningkat dan antara sebab utamanya ialah keinginan berpoligami tetapi menghadapi tentangan isteri atau keluarga.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali berkata, ia membabitkan 3,831 pasangan tahun lepas berbanding 3,485 pasangan pada 2013.

Katanya, statistik menunjukkan peningkatan purata antara 20 hingga 25 pasangan sehari pada tahun lepas berbanding 15 hingga 20 pasangan sehari pada 2013.

Pada Januari dan Februari 2015 pula, sebanyak 675 pasangan telah bernikah di Selatan Thailand.


Kira-kira 80 peratus perkahwinan tersebut membabitkan pasangan sesama rakyat Malaysia dan selebihnya rakyat Malaysia dengan warga negara asing terutama lelaki dari negara sub-kontinen, kata Mohd Faizal.
- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-3-2015 08:04 AM | Show all posts
Wartawan patut highlight jugak kenapa ramai pasangan yang masing2 bujang pun memilih untuk bernikah di siam
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 08:08 AM | Show all posts
bilangan penceraian pon meningkat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 08:24 AM | Show all posts
Semakin ramai bernikah di Siam



Rakyat Malaysia  terpaksa menunaikan hajat berpoligami dengan bernikah di Thailand kerana rancangan mereka untuk beristeri lebih daripada satu ditentang oleh isteri.



KRABI (Selatan Thailand) – Bilangan pasangan rakyat Malaysia yang bernikah di selatan Thailand pada tahun lepas meningkat dan antara sebab utamanya ialah keinginan berpoligami tetapi menghadapi tentangan isteri atau keluarga.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Faizal Razali berkata, ia membabitkan 3,831 pasangan pada tahun lepas berbanding 3,485 pasangan pada 2013.
Menurut beliau, statistik me nunjukkan peningkatan purata antara 20 hingga 25 pasangan sehari pada tahun lepas berbanding 15 hingga 20 pasangan sehari pada 2013.

Pada Januari dan Februari 2015 pula, sebanyak 675 pasang an telah bernikah di selatan Thailand.

“Kira-kira 80 peratus perkahwinan tersebut membabitkan pasangan sesama rakyat Malaysia dan selebihnya rakyat Malaysia dengan warga negara asing yang masuk ke Malaysia,” kata Mohd. Faizal.

Mohd. Faizal ditemui di sini semalam selepas selesai mengiringi lawatan kerja tiga hari Raja Muda Perlis merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke Wilayah Krabi, Selatan Thai sejak Jumaat lalu.

Tuanku Syed Faizuddin yang disertai ahli-ahli majlis MAIPs mengadakan pertemuan dengan anggota-anggota Majlis Agama Islam (MAI) enam Wilayah Andaman di selatan Thai membincangkan isu pengurusan nikah-kahwin, perakuan produk halal, pendidikan, permohonan bantuan dan sumbangan, penggunaan bahasa Melayu dan dakwah serta kerjasama dua hala untuk kepentingan umat Islam.

Mohd. Faizal berkata, warga asing yang memohon berkahwin itu pula berumur 20-an hingga awal 40-an dan pasport atau visa mereka hampir luput manakala kebanyakan wanita Malaysia yang menjadi pasangan mereka berumur 50-an.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0317&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3Ub7cIVja
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki kalo xmampu BG nafkah kt Bini tp tetap nk kawin dua 3 4 tu zalim name nye...mane Bini xbg poligami dah tahu awak tu xmampo..lg nk lari kt Thai kawen..nmpk Sgt LA awok tu xbetul otak nye Ade short...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 08:39 AM | Show all posts
lelaki mmg suka poligami....actually mental torture pd wanita wpun islam membenarkan...tak semua org sanggup berkongsi kasih syg.....ni pendapat aku jerlah.....yg mana sanggup bermadu tu jgn nk melahar plak kat sini!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2015 08:40 AM | Show all posts
dr terus bermaksiat elok la kawin...
pastu pndai2 ko org la nk hidup...da sendiri yg pilih jln tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak heran lah...sbb yg menikah tu ranai passport dah nk expire.....menikah sbb nk jd warganegara jah. Kerajaan kena buat sesuatu lahhh....


Ketatkn sikit nk bg status PR.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2015 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
kejoraria replied at 17-3-2015 08:39 AM
lelaki mmg suka poligami....actually mental torture pd wanita wpun islam membenarkan...tak semua org ...

hahaha... tak terima konon... mental torture konon... bab tudung aurat bagai wajib takleh tolak ansur... bab poligami ramai pulak yg meroyan... bukan kah elok klu terima dgn hati yang terbuka..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 08:49 AM | Show all posts
Huish..sanggup tu kahwin dengan perempuan 50an tu..warganegara punya pasal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2015 08:49 AM | Show all posts
Banyak birokrasi untuk menikah kah?especially kalau nak kawin warga asing contoh kokesen?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2015 08:50 AM | Show all posts
white_musk replied at 17-3-2015 08:46 AM
hahaha... tak terima konon... mental torture konon... bab tudung aurat bagai wajib takleh tolak an ...

ko ni bermadu yerk sbb sibuk quote komen aku pagi2 buta ni
selalunya yg bermadu akan sibuk pertahankan hal2 poligami ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.090765 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list