CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6372|Reply: 26

[Tempatan] Pelajar UUM Berniaga Ayam "Uncle Bob" tampung biaya pengajian

[Copy link]
Post time 19-3-2015 02:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ib-instaforex at 19-3-2015 02:03 PM

SIAPA sangka dengan menjual ayam goreng ‘popcorn’ mampu menampung kos hidup tiga sekawan sepanjang mengikuti pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini.

Raja Muhammad Tarmizi Raja Ibrahim, 23; Mohd Amir Amirudin Mohd Sobri, 23; dan A’ataillaah Hazwan Mohd Nasir, 24, mula berkecimpung dalam bidang keusahawanan itu dengan perniagaan 'ice blended' secara atas talian sejak setahun lalu.

Selepas berjaya mengumpul modal, mereka seterusnya membuka kios Ayam Goreng ‘Popcorn’ Al-Ain di Cafe Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Bank Muamalat dan sekitar kampus.

Pelajar tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, Raja Muhammad Tarmizi berkata, dia tidak menyangka idea berniaga itu akan membuahkan hasil dan mampu menjana pendapatan  RM3,000 sebulan sekali gus dapat menampung kos sara hidup mereka di universiti.

Menurutnya, idea berniaga tercetus apabila mereka bertiga sering mengikuti program keusahawanan dalam kampus yang membantu meningkatkan hasil jualan dan promosi selain minat mencari pendapatan sampingan sambil belajar.

“Usaha kami ini bermula di DPP Bank Muamalat apabila mendapat sambutan menggalakkan daripada rakan-rakan pelajar. Ayam goreng ‘popcorn’ yang dihasilkan ini tampil dalam dua perisa iaitu pedas dan asli serta dijual pada harga berpatutan.

"Malah, untuk meramaikan lagi pelanggan, kami juga menawarkan perkhidmatan penghantaran dalam kampus," katanya ketika ditemui di Karnival Kebudayaan Kesenian dan Keusahawanan (3K) UUM, baru-baru ini.

Sementara itu, Mohd Amir Amirudin yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pemasaran berkata, perniagaan itu bukan sahaja memberi peluang menjana pendapatan, malah platform baginya melaksanakan praktikal pengajian.

“Jika diberi kesempatan, kami ingin sambung pelajaran dalam bidang perniagaan bagi membolehkan kami mengusahakan perniagaan sendiri suatu hari kelak.

“Sekarang ini peluang untuk mendapatkan pekerjaan payah, jadi wajar sekiranya skop perniagaan diambil perhatian tambah pula 90 peratus daripada punca rezeki adalah perniagaan,” katanya.

Bagi A’ataillaah Hazwan, tidak menjadi masalah kepada mereka untuk bahagikan masa antara belajar dan berniaga kerana aktiviti jualan mereka hanya dijalankan pada waktu petang hingga malam.

"Usaha ini mendapat sokongan keluarga yang turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan secara tidak langsung mempengaruhi minat kami untuk menceburi bidang sama," katanya.

-SinarHarian-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2015 02:09 PM | Show all posts
baguslah..mmg rajin budak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Brape rm eh nak start uncle bob ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 02:24 PM | Show all posts
sedap giler!!!!!!!!!

zaman study dulu, tiap hari makan uncle bob.
nasib x gemok
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 02:24 PM | Show all posts
lama tak makan uncle bob...dapnye...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 02:32 PM | Show all posts
izabellemylia replied at 19-3-2015 02:24 PM
lama tak makan uncle bob...dapnye...

menyibuk je uols ni ..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2015 02:35 PM | Show all posts

iols lapar lah uols....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 02:36 PM | Show all posts
good boys. pandai carik duit sendiri. x nyusahkan mak bapak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2015 02:36 PM | Show all posts

perut uols tu mcm kangaroo dah .. ckup la makan sekali seminggu

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 02:39 PM | Show all posts
olaoliolu replied at 19-3-2015 02:13 PM
Brape rm eh nak start uncle bob ni

5 6k start
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 02:40 PM | Show all posts
Dah lama tak mkn uncle bob...sebab dah tukar ke

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 02:46 PM | Show all posts
bagusla....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 02:49 PM | Show all posts
LabuLabi69 replied at 19-3-2015 02:36 PM
perut uols tu mcm kangaroo dah .. ckup la makan sekali seminggu

ada poket kan? curlast!!
uols mampoo??
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 02:49 PM | Show all posts
wa masa kat u dulu dah jual beli forex...

masyukkkk......lebih kaya dari lecturer...





Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 02:53 PM | Show all posts
uncle bob ni tgk jugak...

ade yg buat sedap.. ade yg masin sebab perencah dia bubuh byk..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 02:54 PM | Show all posts
lavabutang replied at 19-3-2015 02:49 PM
wa masa kat u dulu dah jual beli forex...

masyukkkk......lebih kaya dari lecturer...

baguslah. boleh bantu kengkawan yang tak berkemampuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2015 02:56 PM | Show all posts
izabellemylia replied at 19-3-2015 02:49 PM
ada poket kan? curlast!!
uols mampoo??

poket iols d belakang .. siap blh kacip lagi hokeyyy

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 02:57 PM | Show all posts
perang_sivil replied at 19-3-2015 02:54 PM
baguslah. boleh bantu kengkawan yang tak berkemampuan.

alehhmak.....cakap berlapik pulak...
berapa lu nak pinjam..kawan??




Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 02:58 PM | Show all posts
LabuLabi69 replied at 19-3-2015 02:56 PM
poket iols d belakang .. siap blh kacip lagi hokeyyy


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2015 03:21 PM | Show all posts
yezzz!! good job boys.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.374822 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list