Pada acara Mobile World Congress di Barcelona baru-baru ini, Lenovo telah mempamerkan pelbagai peranti baru termasuklah peranti yang telah diumumkan di CES di Amerika Syarikat. Peranti telefon pintar Lenovo Vibe X2 Pro adalah variasi dengan spesifikasi lebih tinggi untuk keluarga Vibe.
Lenovo Vibe X2 Pro | Skrin | 5.3-inci 1920×1080, 330 ppi | Pemproses | Snapdragon 615 1.5GHz 64-bit | Memori | 2 GB RAM | Storan | 32 + kad mikro-SD | Kamera Utama / Depan | 13-MP Autofokus | Sistem Operasi | Android Kitkat | Bateri | 2410 mAh |
Dari segi rekaan, ia mengekalkan rekaan kerangka berlapis yang ikonik, dan cantik serta membawakan keunikan berbanding jenama lain. Sama seperti Lenovo Vibe X2, terdapat skrin yang sedikit kecil bagi memberikan perbezaan saiz kerangka, dan memberikan cengkaman genggaman kepada pengguna. Lenovo Vibe X2 Pro juga sedikit besar berbanding Vibe X2.
Dari segi spesifikasi, telefon pintar ini mempunyai paparan skrin bersaiz 5.3-inci 1920×1080 dan beroperasi menggunakan Android Kitkat. Ia dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 615 1.5GHz 64-bit, memori 2GB RAM dan kapasiti storan tersedia 32GB. Apa yang membezakan Vibe X2 Pro ini dengan Vibe X2, adalah kamera hadapannya juga mempunyai lensa yang digunakan pada kamera utamanya. Kedua-duanya menggunakan sensor 13-MP dengan sokongan auto-fokus. Bagi penggemar selfie sudah tentunya tertarik dengan kekuasaan kamera hadapannya. Antara spesifikasi lain termasuklah ia menyokong dua kad-SIM 4G LTE dan mempunyai bateri berkapasiti 2410 mAh.
Semasa mencubanya tiada lengah masa yang dialami, malahan berasakan yang ia agak pantas dan mempunyai paparan yang menarik. Paparannya juga membawakan FlatUI, dan kemas. Manakala kamera selfie-nya juga memfokus dengan pantas dan menunjukkan tahap perincian gambar yang tinggi. Terdapat juga tetapan dan fungsi Beautification yang boleh anda gunakan pada gambar yang telah ditangkap. Buat masa ini tiada sebarang info mengenai kehadiran telefon ini ke pasaran tempatan namun oleh kerana Lenovo Vibe X2 baru sahaja dilancarkan pada bulan Disember 2014 yang lalu, mungkin kita bakal menerima penawaran telefon ini sekitar suku tahun kedua atau ketiga tahun ini.
|