CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1820|Reply: 0

Pemain saya leka - Zainal Abidin

[Copy link]
Post time 23-3-2015 01:25 AM | Show all posts |Read mode





Pengendali Pahang Zainal Abidin Hassan kecewa dengan sikap sambil lewa yang ditunjukkan pemainnya sehingga hanya mampu menang tipis ketika menentang MISC-MIFA malam tadi.

                "Selepas mendahului 2-0 mereka (pemain Pahang) terus leka ... pemain perlu lebih bersedia dan fokus sepanjang perlawanan dan bukannya membenarkan lawan  mengasak hingga hampir mengheret ke perlawanan masa tambahan," katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Dalam perlawanan malam tadi, Pahang hanya mampu menang tipis 2-1 ke atas MISC-MIFA di Stadium Darul Makmur.

Beliau berharap pemain tidak mengulangi kesilapan sama apabila bertemu Pulau Pinang pada 7 April depan ketika pusingan suku akhir.

Zainal berkata, ini bagi memastikan misi pasukan itu untuk mempertahankan  Piala FA tidak terkubur di tengah jalan.

Sementara itu, Pengendali MISC-MIFA Jacob Joseph berkata, prestasi ditunjukkan pemainnya tidak jauh berbeza dengan pemain Pahang.

Katanya, faktor pemain import memberi kelebihan kepada Pahang untuk melakar kemenangan bagi melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala FA.

"Saya sebenarnya berpuas hati apabila kami berjaya mengikat Pahang 0-0 pada separuh masa pertama tetapi kelalaian pemain pada awal babak kedua bersambung membolehkan Pahang menjaringkan gol," katanya.

Namun beliau tetap memuji semangat pemainnya yang berusaha dan berjaya menghasilkan jaringan pada minit akhir perlawanan.

Katanya beliau akan memberi tumpuan pada saingan Liga FAM untuk memastikan skuad bimbingannya muncul Johan Kumpulan B, walaupun pihak pengurusan hanya menyasarkan tempat ketiga terbaik.

sumber:www.stadiumastro.com

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.299832 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list