CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6083|Reply: 50

[Tempatan] Kastam akan jawab semua 106 soalan GST

[Copy link]
Post time 25-3-2015 12:02 PM | Show all posts |Read mode
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) akan menjawab kesemua 106 soalan berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dari NGO yang menentang pelaksanaan cukai tersebut.

Ketua pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata jawapan itu akan dimuatkan di laman web JKDM untuk rujukan semua pihak.

Tegasnya, jabatannya akan menjawab kesemua soalan tersebut walau dianggap remeh.

“Kita akan menjawab soalan-soalan itu.

“Dalam masa terdekat, kita akan kumpulkan jawapan dan masukkan jawapan dalam laman web Jabatan Kastam,” kata Khazali.

Dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya, Khazali berkata sesetengah soalan tersebut dianggap remeh kerana sudahpun dijelaskan sebelum ini.

“Saya tak tahu kenapa dia tanya. Salah satu contoh soalan ialah 'apabila gst dilaksanakan, adakah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terus juga dilaksanakan?'

“Kita dah banyak kali menjelaskan bahawa GST akan mengantikan cukai SST yang dilaksanakan,” jelasnya.

Namun, Khazali berkata walaupun soalan itu nampaknya mudah, mungkin sesetengah pihak masih memerlukan penjelasan.

“Jadi, ada kebaikan juga jika Jabatan Kastam mengambil semua soalan itu dan masukkan jawapan dalam laman web.

“Ia boleh dijadikan sebagai maklumat untuk semua orang dan bukan hanya untuk kumpulan itu saja,” katanya.

Kehadiran 100 orang aktivis ke Kompleks Kastam Kelana Jaya untuk mendapatkan jawapan kepada soalan tersebut Isnin lalu disambut dengan tindakan keras pasukan polis.

Seramai 80 orang aktivis ditahan dalam kejadian itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 12:04 PM | Show all posts
syabas

walopun pejabat kastam diredah
macam kandang
lembu

tetap juga kastam bagi
ruang jawapan secara berhemah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 12:30 PM | Show all posts
hehehehehehee......wait n see...untong ler...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sediakan pensel 2b n ketas jawapan objective
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 12:46 PM | Show all posts
mana dia 106 soalan tu nak tengok
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 12:51 PM | Show all posts
indu awak 106%???? ..... (6%=GST)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2015 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ke 107. Kenapa baru nak implement sekarang? Why oh why?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 12:55 PM | Show all posts
Kehadiran 100 orang aktivis ke Kompleks Kastam Kelana Jaya untuk mendapatkan jawapan kepada soalan tersebut Isnin lalu disambut dengan tindakan keras pasukan polis.


Maksudnya mmg konfem la polis yg start havoc..??

BTW..aku tak minat dengan soalan2 tu semua. Aku nak tahu in-reality mcm mana execution dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 01:09 PM | Show all posts
sama sama kita tunggu soalan dan jawapannya nanti....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 01:45 PM | Show all posts
Nokiaman replied at 25-3-2015 01:31 PM
Soklan 108 ... Alang alang nak bergst .. Knp lak 6pcnt.. Kan bagui start from low 3pcnt kaaa.... Mcm ...

Sebab singapore KDNK tinggi, jangan bandingkan dengan Singapore. Asal x bandingkan dengan America terus???
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 01:53 PM | Show all posts
Nokiaman replied at 25-3-2015 01:47 PM
Waa sebut 3pcnt ambil kira valuenya ngokk...habih Mesiak implement 6pcnt kira ekonomi mesiak bagui ...

Bodohnya kamu, 1 Sg - Rm 3+-, so 3% - 6% ape beza bahalol
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Soklan 109...maklumat gst telah pun diterangkan hampir satu tahun...soalnya kenapa masih ada yg bodoh?..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 02:01 PM | Show all posts
Bagusla... tp kalau boleh nak tengok jugak apa 106 soalan tu.
Mungkin boleh letak tajuk 106 soalan dr kumpulan anti GST.
Harap mereka yg anti GST pun cuba2 la nak faham apa gst tu. Bukan dgn GST terus "kita bantah".
Buat masa ini aku cuba ambik tau yg berkaitan dgn hidup aku dulu. pelan2 kayuh

Tp tak la sampai soalan basic SST wujud lagi ke tidak selepas GST. Naik pekak dah telinga dengar penjelasan yg serupa
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nokiaman replied at 25-3-2015 01:59 PM
Sebab kaum Majoriti tang Mesia nie Bodos tapi lagak pandai kekdahnyer..


Soalan 109 saya tu dituju pada pihak kastam..kamu jwp buat apa?..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 02:50 PM | Show all posts
tungkai replied at 25-3-2015 12:55 PM
Maksudnya mmg konfem la polis yg start havoc..??

BTW..aku tak minat dengan soalan2 tu semua.  ...

aku dengar citer, depa yg bantah tu start havoc dulu.. nak rempuh masuk ke tingkat atas opis kastam.. polis angkut semua masuk lori je la..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 02:54 PM | Show all posts
Edited by samax at 25-3-2015 02:57 PM

aku rasa ramai yang bising pasal GST sebab pelaksanaannya rumit..kena beli software la..key in data dalam web kastam tu la..rekod input output kejadah apa la..aku yang celik IT pun rasa beban apatah lagi kedai-kedai runcit yang buta IT tu..kedai pun tak de pakai komputer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 03:17 PM | Show all posts
“Saya tak tahu kenapa dia tanya. Salah satu contoh soalan ialah 'apabila gst dilaksanakan, adakah cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terus juga dilaksanakan?'

“Kita dah banyak kali menjelaskan bahawa GST akan mengantikan cukai SST yang dilaksanakan,” jelasnya.


mmg lah org tanya... ko kata GST 6% menggantikan SST 16%, tapi semua barang kat pasaran, even bank charge pun increase 6%...

maksudnya ko tak ganti pun SST tu dgn GST, tapi ko tambah GST atas SST...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kan senang..benda senang tak payah la nk disusahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 03:21 PM | Show all posts
ok ape gst...nak jd negara maju pemikiran kn maju sket...jiran2 sebelah kn 7%..x menyalak pon...jiran seberang lagi la...10%...xde lak dengar rakyatnye menyalak sbb gst...mula2 ni je pening...maklumla baru nak kenal...sok2 ok la tuuu..bnyk kebaikannye...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 03:27 PM | Show all posts
@aya_osman,, sila senaraikan kebaikannya kepada rakyat biasa.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:11 PM GMT+8 , Processed in 0.088023 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list