CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10251|Reply: 29

berhati-hati apabila ke pejabat Tabung Haji

[Copy link]
Post time 25-3-2015 09:52 PM | Show all posts |Read mode
Assalam,

Saya tak pasti sama ada perkara ni sesuai atau tidak diletakkan di bod masalah peribadi. kalau kurang sesuai minta jasa baik momod pindah kan ke board yg sepatutnya.

firstly, saya mintak kerjasama forumer2 sekelian janganlah mengecam saye. saya just nak share untuk peringatan bersama.

apa yang terjadi pada hari ini melibatkan kedua ibubapa saya. saya akui mereka tersilap dari awal lagi. tapi benda dah jadi dan harap dapat jadikan peringatan untuk semua.

tengah hari tadi kedua orang tua saya ke pejabat tabung haji yang terletak di Batu caves. selepas selesai melakukan transaksi, mereka ingin pulang. sewaktu berada di luar pejabat TH, mereka telah disapa oleh seorang wanita india bernama Jessica. wanita tersebut telah menawakan suatu hadiah. pada mulanya ibubapa saya tidak mahu melayan kerana ia adalah seperti skim gores dan menang.tetapi setelah dipujuk berkali2 lalu ibubapa saya melayan wanita tersebut. dan kononnya ibu saya bertuah kerana memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM1300.

tetapi untuk medapatkan wang tunai berkenaan, mereka harus ke pejabat wanita berkenaan yang terletak di Kepong. sewaktu tiba di pejabat wanita tersebut, mereka telah berjumpa dengan seorang wanita melayu bernama Siti. Siti telah mengeluarkan sebuah fail dan menunjukkan ibu saya juga turut memenangi pakej umrah berdua dan 2 buah kereta - Toyota Camry dan Proton Viva. Semuanya percuma.

tetapi lagi, ibu saya perlu membayar RM 21k untuk upah fotografi. bapa saya mula berasa kurang senang dan cuba membuat panggilan telefon tetapi dihalang oleh pekerja di pejabat berkenaan kerana terdapat CCTV didalam pejabat tersebut. bapa saya mencuba helah lain dengan berkata ingin ke tandas. sewaktu keluar dari pejabat berkenaan, beliau telah menghubungi sahabat beliau dan sahabat bapa saya menyuruh mereka berdua keluar dari pejabat tersebut. bapa saya masuk kembali ke dalam pejabat berkenaan dan mengajak ibu saya beredar dari pejabat berkenaan. mereka berdua keluar tanpa melakukan sebarang transaksi.

cerita ibu saya lagi, beliau ada memberikan no telefon rumah pd pihak terbabit kerana kononnya pihak TH dari Maju Junction akan hubungi mereka untuk urusan umrah tersebut dan pihak pejabat berkenaan ada meminta kad pengenalan dan buku tabung haji ibu saya tetapi megembalikan kembali kepada ibu saya. dan kata ibu saya lagi, sewaktu keluar dari pejabat berkenaan, dia ada ternampak seorang lelaki cina seperti gangster menunggu di bwah pejabat berkenaan tetapi lelaki itu tidak melakukan apa2 kepada mereka.

persoalannya disini, perkara diatas bukanlah kali pertama terjadi dikalangan kenalan saya kerana ibu mertua rakan sekerja saya juga mengalami modus operandi yang serupa tetapi ibu beliau telah kerugian lebih kurang RM14k habis begitu sahaja. report polis turut dilakukan tetapi tiada tindakan yang diambil kerana apabila pergi ke pejabat berkenaan, pejabat tersebut telah dikosongkan dan ianya juga terjadi selepas ibu beliau keluar dari pejabat TH.

mohon diambil iktibar dari perkara diatas. sekiranya ada cadangan atau pendapat amatlah dialu2kan.

terima kasih kerana membaca


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahayanya cerita TT ni.
Kan dorang dah ambik buku tabung haji dengan ic mak ic lepastu pulangkan balik.. duit simpanan mak TT selamat tak? Maaf lah. Tak tahu procedure pengeluaran duit Tabung Haji sebab tak ada akaun Tabung Haji. Siap ada gangster lagi tunggu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 10:14 PM | Show all posts
nsmj replied at 25-3-2015 10:07 PM
Bahayanya cerita TT ni.  
Kan dorang dah ambik buku tabung haji dengan ic mak ic lepast ...

so far bile saye tanye kawan-kawan, prosedure nak keluarkan duit dari tabung haji, pemilik acc berkenaan kena ada, then kena melalui buku serta ada turunkan cap jari. bile tau tu rase lega la sikit. cuma lagi takut benda ni sindiket dalaman je..tapi tu la..berdoa la tak jadi ape2 kan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Melampau betul kena bayar RM21k semata mata untuk ambik gambar. Kegilaan apakah ini???????
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 10:22 PM | Show all posts
kes yg sama trjadi kpd kwn saya sama spt cerita di atas tapi yg pelik nya kita mudah termakan dgn kata2 nya pada hal kita tidak kenal dia siapa adakah si bangsat tu main pukau atau mcm mana mudah nya nk mengambil duit org yg di tegur ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 10:29 PM | Show all posts
tahanlasak replied at 25-3-2015 10:22 PM
kes yg sama trjadi kpd kwn saya sama spt cerita di atas tapi yg pelik nya kita mudah termakan dgn ka ...

itula yang saye pelik. lagi pelik sebab bile saye tanya ayah saye, die cakap die tau ada someting wrong dengan benda tu. tapi still, dah tau benda tu tak kena, kenapa ikut jugak? dia senyap, tak balas ape2.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2015 10:30 PM | Show all posts
Bukan ke pengeluaran wang akaun TH sekarang ni boleh dilakukan di cawangan bank terpilih? Kalau tak silap saya lah.

Baik TT bawa ibu ke TH untuk semak baki akaun...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 10:32 PM | Show all posts
nsmj replied at 25-3-2015 10:20 PM
Melampau betul kena bayar RM21k semata mata untuk ambik gambar. Kegilaan apakah ini???????

itu la pasal.. fotografer ape smpai 21k. nk kawen pn above 2k dh rase mahal sngt.. bile kite dengar tanpe berada ditempat kejadian, mmg questionable sngt benda2 mcm ni.. tapi orang yang lalui benda tu, macam tak terfikir pun bende2 ni kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2015 10:37 PM | Show all posts
pergi semula ke bank

semak baki dan cerita pada pihak bank pasal kejadian itu

sebelum apa apa yang lebih teruk berlaku...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2015 11:02 PM From the mobile phone | Show all posts
TT..nk copy cter ko leh x..nk bagi kat watsapp family..risau lak..dh la mak ayh slalu g TH..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2015 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
cayunk replied at 25-3-2015 11:02 PM
TT..nk copy cter ko leh x..nk bagi kat watsapp family..risau lak..dh la mak ayh slalu g TH..

yup..sila2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Daripada tnya kawan2,baik suruh mak g cek sndr kt tabunghaji..sedangkn bank biasa dorg boleh senang2 sedut duit,takkn la dorg x leh upgrade cara nk sedut duit dr tabunghaji..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
tahanlasak replied at 25-3-2015 10:22 PM
kes yg sama trjadi kpd kwn saya sama spt cerita di atas tapi yg pelik nya kita mudah termakan dgn ka ...

Aku pnh tgk show oprah dulu..ppuan tu kna scam..dia pn cakap masa tu dia mcn mudah terpengaruh..tapi aku rasa ni lebih kpd skill commucation...once kita layan,kita sbnrnyq bagi peluang org tu utk pengaruh kita
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 07:58 AM | Show all posts
tabung haji nak kene tuan punya akaun utk urusan.....penah mintak asben me masukkan dwet + hapdet skali buku akaun..dia cuma bleh masuk dwet je ..ader slip je la...nak hapdet kene pegi sendri @ sain borang beri kuasa utk hapdet buku..

so kalu terpengaruh, tuan punya akaun sendri akan kuar dwet tu....bukan la salah tabung haji pun!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2015 08:20 AM | Show all posts
juita replied at 26-3-2015 07:58 AM
tabung haji nak kene tuan punya akaun utk urusan.....penah mintak asben me masukkan dwet + hapdet sk ...

yes..memang pon.takde lansung dalam ayat saya, saya salahkan Tabung Haji. Cuma diingatkan, kejadian ini berlaku apabila mangsa selesai berurusan di pejabat TH. dan ini bukanlah kali pertama yang terjadi dilokasi berkenaan.

tujuan saya post perkara ni pon, just untuk alert kepada pelanggan yang lain dan untuk diri sendiri jugak. mungkin kali ni nasib ibubapa saya yang terkena. kdpn2 kite xtau lg sape pulak mangsa berikutnye.

lg satu puan / tuan, saya dipahamkan pihak polis pn sebenarnye mmg xboleh amek ape2 tindakan sangat sebab kes2 mcm ni technically mangsa tu sndri yang bersalah sebab diri sendiri yang bg duit kepada pihak terbabit. bukakannye diorg tu pakse or ugut pn cuma diorg pandai mainkan situasi yang menampakkan mangsa sendiri yang rela.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 08:29 AM | Show all posts
thank you for sharing.....best thing is don't talk to strangers.....don't let strangers come close to u.....unless u dlm lrt, then that's ok....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2015 07:24 PM | Show all posts
aku withdraw akaun TH kat ATM Maybank jah...kena daftar dulu la...rajin2 la jenguk website TH, dia ada explain kat situ...aman2 je boleh cek baki thru M2U online...nak bank in pon boleh dik...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 08:01 PM | Show all posts
scammer mcm ni memang suka aim org2 tua sebab biasanya warga emas ni berduit dan anggap senang nak ditipu. nak2 pulak keluar dari tabung haji.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2015 10:08 PM | Show all posts
sila viralkan di facebook. tag pdrm. biar ramai ramai alert.

anyway colleague i dulu pernah nak kena lepas keluar dari pasaraya. dia kata tak mahu. mereka ramai ramai ketuk cermin kereta.

harap perkara ni boleh diviralkan di FB biar semua orang alert.

ask your parents to take care na. hati hati next time.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2015 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes ni pernah berlaku kat adik ipar tahun lepas..selepas  urusan di atm area puchong p..dia disapa oleh seorg perempuan..mcm cabutan bertuah..dapat hadiah..kodus operandi sama mcm cerita TT...dia macam mengikut saja.perempuan tu dan sorang lagi rakan  naik kereta adik ipar konon nak guide jalan...bawa dia ke sebuah rumah kedai area puchong jaya....
Dia macam disuruh beli barang harga ribuan ringgit. Dalam bilik tu ada yg berpakaian mcm gangster  siap bertatu...diaorg nak paksa dia beli barang
dan diorg mcm jaga pintu bilik so that adik ipar tak senang nak balik gitu saja.
Adik ipar perempuan...dia tau ada yg tak kena..semasa dlm kereta dia berzikir
Robbana zolamna anfusana wainlamtaghfirlana...sampai habis
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.069678 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list