CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

KOLEKSI CERPEN - (6) Misteri Thriller- TAMAT) -page #7

[Copy link]
 Author| Post time 21-6-2015 05:21 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-7-2015 09:04 AM

USAI menjamu selera di restoran, mereka kembali ke rumah dan lepak pula di ruang tamu. Berehat sebentar di situ setelah menikmati makan malam di restoran tadi. Azhar mengambil remote control tv dan mula menonton sambil mengunyah karipap yang diberi makcik tadi.  Ajid dan Saiful hanya melihat gelagat Azhar yang begitu beria menjamah karipap makcik tadi.Padahal baharu sahaj tadi mereka bertiga makan di restoran itu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2015 05:24 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 21-6-2015 06:34 PM

DUNGGG!!!
Saiful terkejut.Sekali lagi bunyi kuat seperti benda jatuh terjadi. Dia amati sekali lagi bunyi itu kalau-kalau ia berbunyi sekali lagi. Senyap.  Dia pandang jam di atas meja belajar. Hampir pukul satu pagi. Perlahan dia menapak ke bilik Ajid di sebelah biliknya. Pintu bilik Ajid diketuk berkali-kali.

“Ajid! Buka pintu ni!” Saiful mengetuk semakin kuat. Dia menjerit memanggil nama Ajid.

“Kau nak apa malam-malam buta ni?” Ajid membuka pintu sambil menguap. Kain pelekat yang dipakai ditarik sehingga ke bahu menampakkan seluar boxing bercorak kotak-kotak paras lutut.

“Kau dengar tak tadi?” Saiful tanya Ajid yang masih mamai.

“Dengar apa?”Ajid masih menguap.

Saiful diam.Nyata hanya dia seorang yang dengar bunyi kuat tadi. Dia ajak Ajid ke bilik Azhar pula. Diketuk berkali-kali pintu bilik Azhar. Senyap. Saiful cuba pulas tombol pintu bilik Azhar. Tidak berkunci. Dia mula masuk dan melangkah perlahan ke katil. Azhar tidak ada di situ.

“Mana Har?”Saiful pandang Ajid.

“Bilik air kut..”Ajid pegang tangan Saiful. Dia mula tidak sedap hati bila terdengar bunyi air pancut laju dari bilik air.

Mereka berdua mula melangkah perlahan ke arah bilik air Azhar. Saiful panggil pula Azhar.Tiada jawapan. Dia cuba pulas tombol pintu bilik air perlahan-lahan. Azhar juga tiada di situ. Malah bunyi air pancut yang jelas di telinga tadi sudah tidak lagi kedengaran. Saiful dan Ajid saling berpandangan.

“Pul…aku dengar dengan jelas paip air pancut tu terbuka tadi…” Ajid semakin takut.

Saiful turut bingung. Dia juga dengar dengan jelas air mengalir dari pancut air di bilik airAzhar tadi. Ajid ajak Saiful ke arah almari pakaian. Mana tahu Azhar menyorokdi situ.

Ish! Kau ni..biar logik la sikit! TakkanAzhar nak sembunyi dalam almari malam-malam buta ni!” Saiful luku kepala Ajidyang mengusulkan kepadanya tadi untuk mencari Azhar di situ.

Ajid sengih tapi mereka berdua tetap juga melangkah ke arah almari. Pintu almari dibuka perlahan.Tiada sesiapa di situ. Hanya pakaian saja yang ada di dalam almari.

“Pul..aku rasa Azhar tidur kat ruang tamu kut..” Ajid pandang Saiful yang masih bingung.

Mereka mula keluar dari bilik Azhar dan mula menapak ke ruang tamu. Terhendap-hendap mencari kelibat Azhar di sofa. Masih tidak ada. Mata Saiful tertancap pula pada pasu bunga yang kerap beralih tempat. Kali ini pasu bunga itu berada di atas meja sofa semula.

“Pul..tu pasu bunga tadi kan? Tadi kan ada kat meja tepi tangga tu. Macam mana pula ada kat sini? Kau ubah eh?” Ajid pandang Saiful lagi.

“Mana ada!”

Mereka berjalan perlahan ke arah dapur. Suis lampu dapur dibuka. Saiful dan Ajid melangkah perlahan ke arah meja makan. Tudung saji masih berada di atas meja. Perlahan Saiful membuka tudung saji. Lima biji karipap berada di bawah saji!

“Pul..kan karipap tu Azhar dah makan habis?” Ajid mula pucat.

Saiful angguk.Dia juga melihat sendiri Azhar menghabiskan karipap yang diberi oleh makcik tadi. Berkali-kali dia menelan liur. Dia jeling Ajid yang juga turut memandang ke arah karipap tadi. Memang elok je karipap lima biji di dalam pinggan.

Guuungg!!

Serentak Saiful dan Ajid berpaling ke arah kiri bila mendengar bunyi kuat dari arah bilik kecil. Mereka berjalan pula ke arah bilik kecil sambil mata memandang sekitar rumah. Kelibat Azhar masih tidak jumpa.

“Pul..tadi bunyi tu datang dari bilik kecil ke..bilik air bawah ni?” Ajid mula keliru. Bilik ai rdan bilik kecil hanya bersebelahan saja.

Err..entah..aku rasa dari bilik kecil ni..” Saiful mengatur langkah perlahan.

Astaghfirullahal’azim!!!”
Saiful mengurut dada bila tiba-tiba Azhar muncul dari bilik air dengan muka berkerut.

“Kenapa kau guna bilik air ni?” Ajid pula bertanya.

“Bilik air aku rosak la..” Azhar masih berkerut. Agaknya menahan sakit perut.

Err..kau dengar bunyi kuat tadi tak?” Saiful mula bertanya Azhar.

Hihihi..aku jatuh tadi! Licin!” Azhar gosok buntutnya yang terasa sakit. Dia jatuh terjelepok atas lantai yang licin.Habis bersepah baldi dan gayung terpelanting ke dinding.

Ohhh…” Saiful sedikit lega.

Mereka bertiga mula melangkah ke bilik masing-masing. Baru beberapa tapak melangkah sekalilagi bunyi kuat terjadi. Kali ini jelas bunyi itu datang dari arah bilik kecil.Serentak mereka bertiga berpaling. Tepat memandang bilik kecil yang sentiasa berkunci.

“Pul…kau dengar tak tadi?” Ajid mula pasang telinga. Mana tahu bunyi itu berlaku lagi sekali.

Saiful dan Azhar angguk serentak sambil memandang ke arah bilik kecil. Seketika kemudian bunyi seperti orang ketawa datang dari bilik itu. Azhar terlebih dulu mengangkat kaki berlari ke tingkat atas meninggalkan Saiful dan Ajid yang masih tercegat di depan pintu bilik kecil.

Ajid pandang Saiful. “Pul! Suara siapa tu?”

Saiful angkat bahu. Setahunya bilik itu berkunci sejak hari pertama dia dan Ajid masuk ke rumah itu. Mustahil ada penghuni di situ. Perasaannya mula gelisah. Hatinya mula berdebar. Dia pandang Ajid yang juga tercengang mendengar suara tadi. Cepat-cepat mereka berdua melangkah ke tingkat atas.

“Pul, aku tidur bilik kau boleh?” Ajid mengikut saiful hingga ke muka pintu bilik Saiful.

“Kenapa? Kau takut?” Saiful sengih.

Ajid senyum sumbing. Saiful faham senyuman Ajid. Dia segera pulas tombol pintu. Ajid pula hanya mengekori Saiful masuk ke dalam bilik.

“Eh, Pul, apa tu?” Ajid tuding ke arah katil Saiful yang sudah berbonggol.

Saiful berkerut kening. Apa benda pula kat atas katil aku tu? Dia menapak perlahan mendekati katilnya.

Ajid pula masih mengikut Saiful dari belakang. Sebaik berada di tepi katil, Saiful cuba sentuh benda berbonggol di atas katilnya. Berselimut lingkup.

Ajid hanya memerhati dari belakang Saiful. “Pul..apa benda tu?”

Sekali lagi Saiful sentuh bonggol yang berselimut lingkup atas katilnya. “Hoi! Kau Azharkan?”

Teka Saiful. Dia menelan liur berkali-kali melihat bonggol di dalam selimut itu mula bergerak-gerak.Mukanya sudah pucat. Kalau Azhar yang tidur di situ, tentu dia sudah menyahut semasa dia memanggil nama Azhar tadi. Dia berpaling ke arah Ajid di belakangnya.

“Ajid...kau rasa Azhar ke..siapa?” Saiful masih memandang Ajid yang juga sudah pucat mukanya. Ajid hanya mengangkat bahu.

Sekali lagi Saiful beranikan diri menyentuh bonggol itu yang masih bergerak-gerak. Kali ini dia menggoncang dengan kuat. Dia pernah mengalaminya dulu semasa mengejutkan Ajid dari tidur.

“Har...Har...kau ke tu?” Suara Saiful terketar-ketar. Masih diam. Saiful sudah geram. Dia tarik selimut itu dengan  kuat dan mencampakkannya ke lantai.

“Weh! Kenapa kau tak jawab?” Saiful semakin geram. Azhar dilihat sudah berdengkur di situ mengadap ke arah dinding. Tubuh Azhar digoncang kuat.

Ajid turut menggoncang tubuh Azhar.

“Pul! Pul! Buka pintu ni! Cepat buka pintu ni!!”

Saiful dan Ajid serentak berpaling ke arah pintu bilik. Mereka saling berpandangan. Perlahan mata mereka menala semula ke arah katil tadi. Azhar  masih tidur di situ.

“Pul..siapa yang panggil kau kat luar tu?” Ajid pandang Saiful. Matanya beralih pula ke arah katil Saiful.

Saiful sudah pucat. Dia berpaling semula ke arah pintu bilik. Suara Azhar dari luar pintu jelas di telinganya. Perlahan dia melangkah ke arah pintu. Ajid yang dari tadiasyik berada di belakang Saiful juga turut sama melangkah. Pintu dikuak perlahan. Sebaik pintu terkuak, Azhar cepat-cepat masuk ke dalam bilik Saiful.

“Pul, aku nak guna bilik air kau boleh?” laju saja Azhar berlari ke arah bilik air.

Saiful dan Ajid masih terpinga-pinga. Azhar tadi sudah tidak tahan agaknya. Meluru sahaja masuk bilik air. Mereka berdua saling berpandangan. Seketika kemudian mereka sama-sama melihat ke arah katil Saiful.

“Pul...kau rasa yang mana satu Azhar ni? Yang masuk bilik air ke...atau yang  sedang tidur atas katil kau tu?” Suara Ajid sudah tersekat-sekat. Dia muncungkan mulutnya ke arah katil Saiful.

Saiful masih diam. Ajid juga turut diam. Mata masih menala ke arah katil Saiful. Jelas susuk tubuh Azhar sedang tidur lena mengadap ke dinding.

“Aku pelik..Azhar tak perasan ke masa dia masuk tadi?” Saiful garu kepala.

Ajid hanya menjongket bahu. Dia berpaling ke arah bilik air. Bunyi air paip dibuka jelasdi telinga. Kemudian bunyi tandas dipam juga jelas di cuping telinga. Dia jeling Saiful yang masih melihat Azhar yang nyenyak tidur di atas katil.Seketika kemudian, bunyi pintu bilik air dibuka. Azhar sudah menapak keluar dengan wajah lega.

“Err..kau Azharkan?” Ajid mula bertanya.

Azhar berkerut kening. Apa hal Ajid ni tanya aku macam tu? Aku ni macam hantu ke apa?

“Kenapa kau tanya macam tu?” Azhar mendekati Ajid dan Saiful yang masih berdiri di tepi pintu bilik.

“Jadi tu siapa?”Serentak Saiful dan Ajid menuding ke arah susuk tubuh yang sedang baring di atas katil Saiful tadi.

Azhar segera berpaling. “Mana?”

Tercengang saiful dan Ajid memandang Azhar yang sudah menggaru kepala. Riak Azhar seperti orang kebingungan.

“Tu!” Sekali lagi seerntak Saiful dan Ajid menuding ke arah susuk tubuh tadi.

Azhar masih bingung. Apa yang dia nampak hanyalah sehelai selimut dan dua biji bantal atas katil itu. Tiada apa yang pelik. Dia berpaling pula ke arah Saiful dan Ajidyang sudah pucat muka keduanya. Apa yang dia orang  ni nampak? Ada yang tak kena ke? Pucat semacam sahaja muka mereka ni.

“Weh, korang nampak apa?” Azhar mula bertanya.

“Betul kau tak nampak?” saiful pandang Azhar tidak berkelip. Pelik melihat Azhar yang sudah terpinga-pinga dari tadi.

Azhar geleng.

Saiful dan Ajid masih tercegat di muka pintu bilik. Susuk tubuh itu masih baring di atas katil saiful. Pakaian yang membaluti tubuh susuk tubuh itu sebiji macam pakaian yang Azhar pakai sekarang. Kain pelekat dengan baju kemeja T lengan pendek warna putih. Rambut ala askar yang dipotong pendek juga sama. Sekali lagi Saiful dan Ajid berpaling ke arah Azhar yang sudah berdiri di sebelah mereka.

“Sure kau tak nampak apa-apa?” Sekali lagi Saiful bertanya.

Azhar menggeleng sekali lagi.

“Kau tahu apa yang kami nampak?” Ajid pula mencelah.

“Apa?” Azhar masih bingung.

“Kami nampak..”

Saiful cepat-cepat tutup mulut Ajid. “Hihihi...kami nampak selimut je ..tadi angin bertiup kuat dari tingkap yang terbuka tu. Kami ingatkan apa la tadi sebab selimut tu dah berbonggol bila ditiup angin. Tak ada apalah..”

Ajid mencerlung melihat Saiful yang cuba sorokkan kejadian itu dari Azhar.

Laa..angin pun korang nak takut?” Azhar ketawa mengekek. Dia kemudian minta diri ke biliknya semula.

Saiful dan Ajid juga turut keluar dari bilik itu dan tidur di bilik Ajid.

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 06:02 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 18-6-2015 09:28 AM
rumah hijau ni...

rumah ada tapak bunian??

Rumah berhantu kat seksyen 2 Shah Alam tu memang ada wujud ke?
Seksyen 2 belah mane... jangan-jangan aku pernah lalu situ
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 06:03 PM | Show all posts
Nasib baik aku baca cerita di petang-petang gini, kalau baca tengah malam, seram sejuk gak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 07:12 PM | Show all posts
aylanins replied at 21-6-2015 06:02 PM
Rumah berhantu kat seksyen 2 Shah Alam tu memang ada wujud ke?
Seksyen 2 belah mane... jangan-ja ...

ada.. dorang kata umah ujung menghadap wet world.. aku lalu situ tgk biasa je umah tu..
umah takdek penghuni.. dari jauh tak nmpk scary pon..
tapi ada satu banglo dah tak rupa rumah kat area situ gak.. penuh semak.. tu baru scary
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2015 08:49 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 21-6-2015 07:12 PM
ada.. dorang kata umah ujung menghadap wet world.. aku lalu situ tgk biasa je umah tu..
umah takd ...

ooh..rumah yang dalam drama tu ke? Tajuk Seksyen 2 tu..
selalu lalu kat situ..tapi yg mana satu ek?..
intai2 jugak..depan wet world tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-6-2015 08:49 PM | Show all posts
aylanins replied at 21-6-2015 06:02 PM
Rumah berhantu kat seksyen 2 Shah Alam tu memang ada wujud ke?
Seksyen 2 belah mane... jangan-ja ...

samalah kita..tak tahu celah mana rumah tu..
dengar citer rumah tu berhantu...huhuhu

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2015 09:47 PM | Show all posts
Ipo replied at 21-6-2015 08:49 PM
ooh..rumah yang dalam drama tu ke? Tajuk Seksyen 2 tu..
selalu lalu kat situ..tapi yg mana satu e ...

kat bod PS dorang pernah tepek gambar..
dorg ada sebut lokasi.. depan wetworld.. tapi aku lalu nmpk mcm rumah tinggal biasa jek..
xtau la kalo salah rumah..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2015 01:00 PM | Show all posts
Karipap....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 08:09 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-7-2015 09:03 AM

BAB 5


SELEPAS solat subuh dan baca Quran, Saiful mula termenung di meja belajar. Dia mula memikirkan kejadian malam tadi. Suara ketawa dari bilik kecil dekat dapur masih menjadi tanda tanya. Susuk tubuh seperti Azhar di atas katilnya juga masih menjadi misteri. Dia lihat jam di atas meja belajar. Sudah menghampiri pukul tujuh pagi. Dia pandang pula keluar tingkap, cahaya matahari sudah mula menerjah masuk ke dalam bilik. Suara burung bernyanyi semakin kuat diluar. Sempat Saiful menjenguk ke luar tingkap. Burung-burung riang berterbangan dari satu pokok ke satu pokok. Ah! Rasa tennag semula. Dia segera mengemas buku nota yang bersepah atas meja belajar dan dimasukkan ke dalam beg sandang. Hari ini kelasnya bermula seawal jam sembilan pagi. Ajid pula masih dalam bilik air.Laju kakinya melangkah ke dapur untuk meneyediakan sarapan. Sempat dia jeling bilik Azhar.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 08:16 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-7-2015 09:03 AM

“Kau biar betul Har! Aku tak percaya!” Saiful tepuk bahu Azhar. Entah-entah saja Azhar mereka-reka cerita. Malam tadi, dah banyak kali mereka tanya tapi Azhar menafikan dia nampak apa-apa. Pagi ni pula Azhar buka cerita lain!

“Haah! Mana boleh kau nampak perempuan sedangkan aku dan Pul pula nampak kau yang tidur kat atas katil tu!” Ajid mula cerita perkara sebenar tentang apa yang dia dan Saiful nampak malam tadi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 08:21 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-7-2015 09:03 AM

Hari itu kelas mereka sampai ke petang. Jam lima petang baharu mereka bertiga pulang ke rumah.Sempat juga mereka singgah di restoran untuk membeli  makanan di situ. Kali ini mereka hanya membungkus makanan dan dibawa pulang. Sepanjang jalan masuk ke arah rumah sewa mereka,  mereka perasan jiran-jiran melihat dengan riak curiga. Tidak seorang pun yang menegur mereka. Sehinga ke hari ini, hanya seorang dua sahaja yang menegur mereka, itupun kerana hendak tahu berapa harga sewa rumah bercat hijau itu. Kereta wira Azhar dipandu perlahan melalui jalan kecil menuju ke rumah sewa mereka.  Azhar membelok masuk ke laman rumah dan kereta diparkir betul-betul di depan anjung rumah.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 08:34 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-7-2015 09:03 AM

BAB 6


SAIFUL pandang Ajidyang mula tersedar dari pengsan tadi. Banyak kali muka Ajid direnjis dengan air,baharulah Ajid sedar. Azhar pula menepuk-nepuk pipi Ajid.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 08:40 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 12-7-2015 09:02 AM

AZHAR menggeliat kecil. Perlahan kain selimut ditolak ke bawah. Dia mula melangkah turun dari katil. Di luar tingkap masih berbalam-balam cahayanya. Jam kecil di tepi katil menunjukkan pukul enam  setengah pagi. Dia terus menuju ke bilik air.


Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 11:17 AM | Show all posts
ni cerpen ke cerpan ke novel??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 11:38 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 23-6-2015 11:17 AM
ni cerpen ke cerpan ke novel??

sori lerr...hat citer ni panjang sikit tapi bukan novel..

sebenornya..aku ingat nk delete citer ni..ganti citer lain..
bulih dok???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-6-2015 11:41 AM | Show all posts
kalau tak bulih...........tergantunglah citer ni..
takat tu jah citernya......
selamat berpuasa semua peminat citer seram misteri


Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2015 11:48 AM | Show all posts
Ipo replied at 23-6-2015 11:38 AM
sori lerr...hat citer ni panjang sikit tapi bukan novel..

sebenornya..aku ingat nk delete  ...

kenapa? idea dah lari membawa diri ka?
baru nak suruh ko buat2 sepul ke ajid ke bertembung ngan adam ke chad ke..
tup tup misteri pon terjawab ka..

aku takmau komen apa2 lah bab2 mu nak sambung ke nak buang ke nak masak ke citer ni..
its your story.. terpulang lah...
walau dlm hati rasa nak meroyan, membakor, mem'BOM' rumah ko ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 11:50 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 23-6-2015 11:48 AM
kenapa? idea dah lari membawa diri ka?
baru nak suruh ko buat2 sepul ke ajid ke bertembu ...

ko memang...satu kepala ngan Nay..
suka benor nak bom umah aku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2015 11:53 AM | Show all posts
time aku taip citer ni..tambah waktu malam..
aku ternampak kelibat2 tu...
bilik study aku ni mengadap belakang umah..nampak bumbung umah belakang..
sekali mengilai tersengih kat atas bumbung tuh.....landing cantik punya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.651464 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list