Donirosset ialah kereta lumba jalanan pertama yang dihasilkan dari bumi Samba Brazil. Ianya hadiah William Denis Rosset untuk bapa beliau Dinino Rosset. William menggaji Fernando Morito dari AmoritzGT untuk menghasilkan kereta lumba ini. Hanya 50 buah kereta ini akan dihasilkan dan setiap satunya dijual dengan harga USD 1 Juta (RM 3 Juta) sebuah. Donirosset diperkasakan dengan enjin V10 8.5 liter dwi-turbocharger dari sebuah Dodge Viper yang mampu menghasilkan 1007 kuasa kuda! Konfigurasi pemanduan Donirosset adalah seperti sebuah McLaren F1. Pemandu menduduki posisi tengah dengan dua orang penumpang duduk dibahagian belakang.