View: 21432|Reply: 206
|
[Tempatan]
GST bermula! harga barang mula turun! bermula harga kereta!cina DAP tertekan!!
[Copy link]
|
|
Edited by penjejak_awan at 2-4-2015 04:37 PM
Rabu, 1 April 2015 @ 12:03 AM
Tiga pengeluar kereta turun harga selepas GST Oleh Shahrizan Salian
[email protected]
Tiga pengeluar kenderaan mengumumkan pengurangan harga antara RM500 hingga RM4,000 bagi model kereta masing-masing susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) berkuat kuasa hari ini.
PROTON Holdings Bhd (PROTON) mengurangkan sehingga RM1,475 atau 3.25 peratus seunit bagi semua modelnya terdiri daripada Saga, Persona, Inspira, Staria Neo, Exora, Prevé, Suprima S dan Iriz.
Honda Malaysia Sdn Bhd Honda Malaysia pula mengurangkan antara RM500 hingga RM2,500 kenderaan Honda yang dipasang sepenuhnya (CKD) di negara ini iaitu Jazz, City, Civic, CR-V, Accord dan model terbaru HR-V.
Sementara itu, UMW Toyota Motors Sdn Bhd mengumumkan pengurangan sehingga RM4,000 atau dua peratus bagi model kereta Toyota dan Lexus.
Mengulas pengurangan harga itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata pengguna bukan saja mahukan kereta yang bernilai bagi wang dibelanjakan malah kereta yang dilengkapi dengan kualiti serta ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan.
Sebagai contoh, katanya pengguna kini boleh membeli Proton Saga dari harga serendah RM33,242.40 atau Prevé 1.6L Turbo pada harga RM61,023.46.
"Semua harga ini sudah mengambil kira enam peratus GST dan juga harga di atas jalan. Sebagai satu-satunya pengeluar kereta sepenuhnya di rantau ini, PROTON sentiasa memberikan dedikasi tertinggi dalam memenuhi peranannya kepada negara, khususnya dalam menggambarkan matlamat GST," katanya menerusi satu kenyataan, semalam.
Abdul Harith berkata, satu fakta yang tidak patut dilupakan adalah walaupun adanya pengurangan harga sedemikian, PROTON telah meningkatkan nilai barisan produknya menerusi pelbagai ciri-ciri keselamatan.
"Ini terus menunjukkan komitmen PROTON untuk terus menambah baik produk serta perkhidmatan di semua peringkat di samping menawarkan kereta yang selamat, berkualiti tinggi dan bernilai bagi kepada rakyat Malaysia," katanya.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno pula berkata, harga alat ganti kereta keluarannya juga akan dikurangkan dengan purata sebanyak 3.7 peratus untuk semua model namun GST akan ditambah ke dalam kos buruh.
"Memandangkan harga alat ganti telah dikurangkan, kami menganggarkan kos keseluruhan penyelenggaraan akan turun sebanyak dua hingga empat peratus bergantung kepada model.
"Pengurangan harga model CKD ini berdasarkan kepada ciri-ciri dan aksesori yang menyebabkan harga untuk setiap model dan varian adalah berbeza. Secara keseluruhannya, penjimatan daripada pelaksanaan GST akan diberikan kepada pelanggan Honda yang menyebabkan penurunan harga model CKD keluaran syarikat," katanya.
Mengenai implikasi pelaksanaan GST sebanyak 6 peratus yang menggantikan 10 peratus Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Ueno berkata, dalam industri automotif, perbezaan harga kereta tidak semudah seperti 10 peratus tolak enam peratus kerana ia membabitkan banyak faktor.
Katanya, SST berasaskan kepada nilai pengedaran sesebuah kenderaan dan ia kemudian dikenakan cukai sebanyak 10 peratus tidak termasuk margin pengedar, kos pengangkutan, yuran pengendalian, aksesori serta kos-kos pengedaran lain manakala pengenaan cukai GST pula berdasarkan kepada harga jualan akhir kereta di atas jalan.
Presiden UMW Toyota Motors, Datuk Ismet Suki berkata, syarikat akan memindahkan keseluruhan penjimatan kos kepada pelanggan yang membeli mana-mana model Toyota dan Lexus semasa pelaksanaan struktur cukai baharu itu.
"Kami akan telus dalam transaksi perniagaan dan akan mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2014," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kita semua tahu siapa jerung ini dan kaum manakah yang menguasai ekonomi gelap ini.....dan parti apa yg puak ni sokong...
GST hapuskan 'jerung' lari cukai - Ahmad Maslan
Nasional
Kenapa pembangkang membantah GST yang bakal menghapuskan 'jerung' yang selama ini lari daripada cukai di negara ini? -
Itu persoalan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
Menurutnya, sistem lama, SST jelas 'melindungi' pengusaha yang selama ini makan bulat-bulat hasil perniagaan.
"Lagi baik GST ini..sekarang di Malaysia ada 30 peratus ekonomi gelap, orang (atau ahli perniagaan) lari cukai, tidak bayar dan tipu cukai. Dengan GST, 30 peratus itu akan turun 10 hingga 15 peratus..hampir separuh dapat kurangkan black market," ujarnya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun sukar memberi nilai dalam ringgit dan sen dalam kes ekonomi hitam tetapi menggambarkan ia melibatkan jumlah yang sangat besar.
"Dalam ekonomi gelap tak bayar cukai ini mereka biasanya guna tiga fail. Satu akaun betul untuk diri sendiri, kedua akaun agak-agak betul untuk tujuan buat pinjaman bank dan ketiga akaun tidak betul kepada LHDN," jelasnya.
Ditanya bagaimana GST mampu mengesan kes sedemikian, menurut Ahmad, sistem percukaian itu ada kaedah input x-ray.
"Contoh, kedai perabot..cukai pada besi dan peralatan ada cukai enam peratus dan mereka akan claim balik dengan kerajaan. Claim cukai input dalam masa 14 hari jika online dan 28 hari secara manual itu akan dapat mengesan berapa banyak output dia," katanya.
Menurut Ahmad, selain itu, SST sekarang juga punca nilai cukai menjadi lebih tinggi.
"Yang pembangkang nak sokong nilai cukai lebih tinggi, apahal? Yang pembangkang nak melindungi ekonomi gelap ini, apahal?," ujarnya.
Beliau menganggap pembangkang sengaja 'tutup suis' untuk memahami GST dengan menjadikannya sebagai modal politik menghentam kerajaan.
GST merupakan sistem percukaian baharu yang bakal dilaksanakan mulai 1 April ini selepas dibentangkan dalam bajet pada tahun 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu, Ahmad memberitahu, antara kebaikan GST, barangan eksport tidak ada cukai sekaligus menjadikan ia murah enam peratus dan lebih berdaya saing di pasaran luar negara.
Terdahulu, Ahmad mengulangi, punca orang diluar sana tidak menerima GST kerana mereka tidak tahu selama ini mereka sudah dikenakan cukai SST yang jauh lebih tinggi.
"Dulu cukai itu diambil oleh Jabatan Kastam menerusi kilang dan kos itu itu diserap ketika menjualnya kepada pekedai dan pekedai menyerapnya kepada pengguna. GST pula cukai yang dikenakan terus kepada pengguna dan ada di dalam bil..enam peratus jauh lebih rendah daripada 10 peratus cukai SST," katanya sambil menambah cukai SST sudah ada sejak tahun 1970-an lagi.--MalaysiaGazette
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan nak beli kete hari-hari pun... |
|
|
|
|
|
|
|
salam GST buat semua
warganegara malaysia
|
|
|
|
|
|
|
|
ok...nah amik
GST: Mydin jangka harga barang turun
19 September 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services3
HARGA produk pasar raya besar akan turun selepas dua bulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April, 2015.
Pengarah Urusan Mydin Holding Bhd, Datuk Wira Ameer Mydin, berkata, bagi tempoh dua bulan pertama, pasar raya besar akan masih menjual stok pada harga yang termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) pada peringkat pembekal.
"Misalnya, pada 31 Mac, 2015, kos (modal) saya ialah ‎RM10. Ternyata, daripada enam peratus GST, ia akan menjadi RM10.60. Saya tidak mengurangkanharga dan menjual kepada pelanggan pada harga sama, kerana itu adalah kos (modal) saya.
"Apabila barangan ini dijual dan saya membeli stok baharu, yang mana (pembekal) tidak lagi membayar SST, maka kos akan turun," katanya kepada pemberita selepas perbincangan mengenai "Menjalankan Perniagaan dengan Pasar Raya Besar" di sini hari ini.
Ameer berkata kos untuk menjalankan perniagaan seharusnya turun kerana cukai lain, misalnya cukai import, akan dikecualikan dan SST dimansuhkan.
Penceramah utama yang lain termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia George Fischer dan Pengarah Kanan Pembangunan Perniagaan SME Corp Meor Kamal Azhar. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
Whatttt???
Mana boleh harga barang turun??
GST naikkan harga barang!! BN Rosmah Zalim!!!
-Nuargombak,
Sungai Buloh, Selangor |
|
|
|
|
|
|
|
yep...mari kita berdemo depan sogo sabtu ni...selain dapat 'elaun rm50' ..dapat gak shopping lpas demo
|
|
|
|
|
|
|
|
rebat dulu ado lagi ke???...ke dah titarik balik... |
|
|
|
|
|
|
|
DAP yg tertekan ke melayu berpendapatan rendah yg tertekan?
salam 1 mesia |
|
|
|
|
|
|
|
macai bukan benci ke harga murah2 ni?..air free tak elok...turun harga minyak x elok |
|
|
|
|
|
|
|
rebat diskaun clear stok 2014 tu ke??nk tau jgk
|
|
|
|
|
|
|
|
apa gunanya harga kereta turun tapi pelbagai lagi barangan mengalami kenaikan harga akibat pengenalan cukai GST ini |
|
|
|
|
|
|
|
haha bagus GST |
|
|
|
|
|
|
|
mcm la rakyat nih hari2 beli keta.. |
|
|
|
|
|
|
|
pelbagai barangan dikenakan GST tak nak sebut? |
|
|
|
|
|
|
|
ceh..aku ingat turun sampai 10k..setakat 2500 tu nk bayar gst keta baru pon x lepas.. |
|
|
|
|
|
|
|
masing2 bwk bekal la tu.... bagus gak... org cina je tak segan bwk bekal...
|
|
|
|
|
|
|
|
dino replied at 1-4-2015 09:35 AM
masing2 bwk bekal la tu.... bagus gak... org cina je tak segan bwk bekal...
bagus le kan
gigih bini masing masing
ujung2 beli tiket wayang tiket price + duti hiburan + gst...kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
mujur aku dpt bini yg tak suka membazir.... jgn jd extreme cheapskate sudah.... sampai berus gigi beli satu je kongsi laki bini
|
|
|
|
|
|
|
| |
|