CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4063|Reply: 0

18 Projek Telah Diumumkan di Jomlaunch

[Copy link]
Post time 6-4-2015 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Pada hari ini, acara Jomlaunch telah diadakan oleh komuniti Jomweb, dan telah menampilkan pelbagai syarikat dan individu melancarkan aplikasi mereka serta berkongsi mengenainya dengan komuniti. Sebanyak 18 projek telah dilancarkan dan beberapa antaranya telah menarik perhatian kami.
Posto Express


Startup pertama yang mempamerkan aplikasi mereka di Jomlaunch adalah Posto Express. Mereka telah hadir dengan aplikasi untuk memudahkan pengguna mencari posmen berhampiran. Menggunakan model seakan-akan Uber, pengguna umum boleh mendaftar sebagai posmen, dan melaksanakan penghantaran mengikut permintaan pengguna. Pengguna pula apabila melancarkan aplikasi, boleh memohon untuk pengambilan dan penghantaran dilakukan. Pembayaran pula dilakukan melalui aplikasi. Menariknya mereka turut menawarkan upah minimum RM10 bagi posmen untuk setiap pengeposan. Aplikasi ini sedang melalui proses akhir untuk dilengkapkan namun bagi anda yang berminat untuk menjadi posmen melalui sistem ini boleh mendaftar di laman web mereka.
Layari: Posto Express


PekanBanting.com
Projek keempat yang dikongsikan adalah laman perkongsian yang khusus untuk pekan Banting di Selangor. Halaman ini dicipta untuk menggalakkan perkongsian maklumat, dan membolehkan pengguna bersembang dan juga mengetahui lokasi-lokasi disekitar Banting. Pemilik perniagaan disekitar Banting juga boleh mengiklan di halaman ini.
Layari: pekanbanting.com


CastMyCode.com

Seringkali perkara dalam mengajar programming adalah untuk menunjukkan kod-kod pengaturcaraan dengan mudah dan dengan jelas. Peserta kelima iaitu Zulfa telah hadir dengan projek untuk membolehkan penstriman pengaturcaraan dilakukan. Menggunakannya, pelajar boleh melihat apa yang diprogramkan oleh cikgu atau jurulatih pengaturcaraan tersebut. Buat masa ini sesi yang disediakan akan lupus selepas seminggu.
Layari: CastMyCode.com


Mudahurus.my

Pada masa sekarang, arena penjualan atas talian semakin rancak namun salah satu masalah yang dihadapi oleh peniaga adalah dalam menguruskan penjualan. Kebanyakan peniaga yang tidak biasa dengan sistem perniagaan atas talian akan menghendaki pembeli untuk bermesej/SMS/WhatsApp/Instagram untuk melakukan pembelian. Proses sebegini agak renyah. Dengan Mudahurus.my, pembangunnya menyediakan sistem pengurusan dimana peniaga boleh mendaftar dan mewujudkan borang tempahan dengan mudah. Kesemua pembelian akan direkodkan dan terdapat kemudahan kod penjejak (Trackback) untuk pengeposan Pos Malaysia. Buat masa ini projek ini masih ditahap percubaan namun bagi peniaga yang ingin mendaftar minat boleh melawati halaman mereka.
Layari: Mudahurus.my


Sewapandu

Pembangun ini menghadapi masalah semasa berbulan madu apabila beliau ingin menyewa kereta, tetapi perlu membuka sejumlah halaman untuk membandingkan kereta sewa yang diinginkan. Projek Sewapandu boleh dikatakan penyewaan kereta berasaskan AirBNB, membolehkan pemilik kenderaan menyewakan kenderaan mereka kepada pengguna lain. Menariknya selain dari melihat maklumat berkenaan kereta, pengguna juga boleh melihat rekod selenggara kereta sewa tersebut, sekaligus menjamin keselamatannya. Projek ini masih di peringkat Beta dan akan dilancarkan tidak lama lagi.
Layari: Sewapandu.com


Senarai penuh projek yang telah dipersembahkan hari ini adalah: Posto express, Pong flashback, Maideasy, Pekanbanting, Castmycode, Engine Scheduler, Alambiz, Mudahurus.my, Sewa Pandu, Nexmo Dashboard, Go Tickets, Unimall.my, DNS Vault, Myofis, Simpankira, Wikimesjid, Trainer.my, Baby.my
Bagi anda yang mempunyai minat didalam dunia pengaturcaraan dan laman web, boleh menyertai komuniti Jomweb di halaman Facebook mereka.

kredit:www.amanz.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:42 AM GMT+8 , Processed in 0.188580 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list