CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24401|Reply: 142

suami mengaku ada gf

[Copy link]
Post time 6-4-2015 03:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by miss27 at 6-4-2015 03:32 PM

Hai..saya ni silent reader je sblum ni.. saya dah kahwin dengan suami 4 tahun dan ada anak 2 orang. anak kedua baru 5 bulan. sejak bberapa bulan lepas suami selalu sangat balik lewat malam.pukul 2 3 pagi sampai rumah. ada masa dia tak balik. alasan dia ot..tapi saya isteri biasalah kita ada instinct..
suami memang jenis x suka orang usik barang dia. saya pun x ada usik handphone dia ke beg kerja ke. lagipun dia memang lock screen hp..so x tau apa pin number. tapi sejak akhir2 ni..bila balik rumah dia off hp..kalau x pun bila dia main hp saya datang dekat dia simpan. dan saya ada perasan yang dia selalu selfie so agak pelik sebab nak bagi sape je tengok.

last week dia x balik rumah..saya call x angkat. dia pun xde msg bagitau ape2. tapi bila check kat wassap..pukul 3 pagi dia still online so memang menguatkan lagi telahan saya ni. saya tanya dia kenape x balik.buat ape. wassap dgn sape.dia terus block. then dia hantar sms cakap kau nak tau sangatkan.yess memang aku mengaku aku ada gf. saya sedih sangat menangis sampai mata x boleh bukak. sekarang ni dia cakap dia takkan tinggalkan pmpuan tu dan dia x kan bagitau saya siapa pmpuan tu sbb x nak saya kacau pempuan tu. tapi dalam masa yang sama dia pun cakap kalau dia pilih pempuan tu sekalipun dia tetap sayang kami anak beranak.

saya x tau nak buat ape. nk tanya kt ofis dia pun x boleh betul ke dia selalu ot.dia cakap kalau saya kacau tempat kerja dia dia nak keluar dari rumah terus.
yang saya tau cuma dia dah nak masuk setahun dengan perempuan tu. dan perempuan tu tau psl saya dgn anak2. nak paksa dia cakap pun x boleh.dia memang jenis senang naik tangan.saya buntu. sebab kalau cerita kat keluarga dia pun keluarga dia x ambik kesah. nak mengadu kat mak ayah dah x de..sedih sangat.
sekarang ni macam mana saya nak dia kembali dgn ktorang..anak pun kecik2 lagi..x sampai hati nak biar anak rasa semua ni.

hari2 menangis mintak Allah lembutkan hati dia. nak carik perempuan tu pun x tau siapa. sebenarnya ni dah kali kedua suami buat perangai..yg pertama dulu pun masa pregnant anak sulung. tp tu dia yang kantoi..kali ni dia sendri mengaku dia memang cinta sangat dengan perempuan tu. ape patut saya buat. anak selalu tanya mana ayah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 03:27 PM | Show all posts
WTF??? are you on drug or something?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 03:31 PM | Show all posts
gagap eh?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 03:33 PM | Show all posts
dinamokiev replied at 6-4-2015 03:27 PM
WTF??? are you on drug or something?

sorry tersilap tekan tadi belum habis taip
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 03:34 PM | Show all posts

bukan la..sorry..salah tekan tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 03:39 PM | Show all posts
mohon bersabar dalam solat
tuhan ajer yang boleh bantu sekarang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2015 03:40 PM | Show all posts
puan ni surirumah ke atau bekerja??
maaf kalau terlepas pandang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 03:42 PM | Show all posts
xtahumenahu replied at 6-4-2015 03:40 PM
puan ni surirumah ke atau bekerja??
maaf kalau terlepas pandang

saya baru je berhenti kerja last month..sebab company ada problem nak bayar gaji. tapi saya ni ada diploma je.kalau lah diceraikan pun xtau camne nak survive..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2015 03:48 PM | Show all posts
puan harus bangkit. jangan biarkan diri dianiaya.
bukan saya cadangkan puan angkat suara menuntut hak, tp ia sentiasa boleh dusahakan dengan cara lain.
Hubungi keluarga terdekat.

selamat mencuba
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 03:53 PM | Show all posts
geram pulak baca kes gini.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 03:58 PM | Show all posts
PEPPERMAN replied at 6-4-2015 03:48 PM
puan harus bangkit. jangan biarkan diri dianiaya.
bukan saya cadangkan puan angkat suara menuntut h ...

saya ni sebatang kara je. kalau keluarga belah dia hal yang dulu tu pun diorang x endah..mungkin sbb bapak dia pun kawin 3. abg dia pun ada affair dgn orang lain tapi bini dia x tau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 03:59 PM | Show all posts
bellaa replied at 6-4-2015 03:53 PM
geram pulak baca kes gini.

yang first dulu tu dengan bini orang...yg tu saya sempat maki dia. tu yang habis situ jer. tp yg ni  xpasti...camne nk check..facebook dia pun saya xde password
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 04:05 PM | Show all posts
kalu dah sanggup tinggal anak bini untuk melepak dgn gf tu, faham-faham je la..
bagi je la laki tu kawin lagi satu kalu takut sangat menjanda..
apa? takde ijazah tak boleh cari kerja ke?
kalau diploma pun, performance kerja tu elok, senang je dapat kerja mana-mana..
apply je mana-mana company.. kat jobstreet, maukerja semua tu berlambak-lambak kerja kosong..
percaya pada rezeki ok..
jangan takut susah kalau tak bersuami..
ramai ibu tunggal yang mampu berjaya..
kalau mereka boleh, tentu awak pun boleh..
tak rugi aih tak bersuamikan laki tak guna macam suami awak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 04:07 PM | Show all posts
Berat kes ko ni dek......hakak rasa satu je jalan, ko g carik kerje dulu. stabilkan kewangan ko dulu.

akak nak tanya ni, nafkah zahir n batin dia bagi tak?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 04:10 PM | Show all posts
startlah mencari keje yang dekat dgn umah. jangan pilih keje jauh2 dari umah, nanti masa terbuang atas jalan raya - jem pergi & jem balik. nanti ambik anak, kena OT pulak.
kalau bekerja, wp sedih tapi, at least dah secure . ada pendapatan sendiri. sebok uruskan masa. jadi tak pikir sangat hal suami - kalau tanak bercerailah.
kalau MIL rapat, mintak MIL nasihatkan anak dia.

tapi, aku rasa, since ko ada bad history-laki ko penah kantoi-ada gf, tak patut ko behenti keje. ish..ish..ish..
takde impact pengajaran apa2 kah masa tu?
tuhan dah bagi hints dah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 04:11 PM | Show all posts
Sekarang ni ramai betul perempuan yang sanggop main dengan laki orang kan? memang perempuan melayu sekarang dah jadi bitch ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-4-2015 04:11 PM | Show all posts
JeNaB_PopPop replied at 6-4-2015 04:07 PM
Berat kes ko ni dek......hakak rasa satu je jalan, ko g carik kerje dulu. stabilkan kewangan ko dulu ...

nafkah duit tu memang ada tiap2 bulan..memang kitorang kongsi duit bayar kereta sewa rumah..duit anak bil semua. tapi sejak x keja ni dia yang tanggung.. gaji dia dalam 3k. so cukup la cuma x boleh la nak jalan2 sangat. tapi nafkah batin tu memang lepas bersalin memang dia takde mintak pun. saya yang mintak adalah.. segan tapi ntah..dia macam xde hati..mungkin terbayang perempuan tu kot. nak cakap saya gemuk pas bersalin  x pun sebab..berat saya sekarang 40kg lebih je

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 04:16 PM | Show all posts
Hana replied at 6-4-2015 04:10 PM
startlah mencari keje yang dekat dgn umah. jangan pilih keje jauh2 dari umah, nanti masa terbuang at ...

bukan x nak kerja..sekarang pun buat job kat rumah sikit2..dapat la 6 ratus bulan ni. haritu company bos-bos bergaduh..nak pecah share.company x untung..xboleh bayar gaji. saya tau suami saya tu kalau pisah memang dia x bagi nafkah punya sebab ape dia tu suka buat hutang. kereta pun nama saya. dia ctos.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2015 04:20 PM | Show all posts
Senangnya jadi orang lelaki ni ye
mentang2 la kuasa veto kat tgn dia...
Dah la curang, banyak plak cekadak dia nak syarat pelbagai..
Serius, sy simpati sangat dengan awak
apa yang sy boleh nasihatkan....

1) mula cari kerja - ini untuk persediaan masa akan datang. Sebab awk tak berduit tu pasal dia berani mengaku. So, nak tak nak awk kena stay dengan dia and terima semua ke'lancau'an perangai dia.
2) muhasabah diri awak. cari kelemahan dlm diri, tak kira la dari segi penampilan luaran, dalaman.. perbaiki diri secara keseluruhan. Cuba untuk pikat hati suami balik. Walaupun kebarangkalian husband awk nak berubah adalah tipis, at least u usaha ok.
3) Doa banyak2 dan minta petunjuk dari Allah

Tak salah kalau awk nak pertahankan rumahtangga awk sendiri. Awak isteri dia, sy pasti awak tau setakat mana tahap suami boleh pergi (maksud saya tahap sayang & panas baran dia).

Tapi kalau saya jadi awak, saya akan nilai perangai dia dari mula2 dulu. Serius, lelaki bila dah sampai tahap mcm ni, tak guna dah nak sedarkan diri dia. Bukan tak pernah curang pun kan.... I sendiri yang akan bagi syarat kat dia. Kalau betul2 sayang, sila pilih.. ISTERI & ANAK @ PEREMPUAN SIMPANAN ???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2015 04:20 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 6-4-2015 04:05 PM
kalu dah sanggup tinggal anak bini untuk melepak dgn gf tu, faham-faham je la..
bagi je la laki tu  ...

saya ada cakap kalau nak kahwin xpe. tapi saya x boleh nak pura2 terima. dari berdosa dendam ngn dia sbb kawin lain saya mintak dia lepaskan je. cuma risau x mampu nak bayar macam2..sewa rumah..kereta..anak yg frist dah preschool..nursery baby..bil semua..sbb gaji saya 1500 je..tu pn belum tolak epf.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.111722 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list