[size=0.75em]Bumbung dewan makan Kolej Vokasional Bukit Minyak di Bukit Mertajam, runtuh malam Selasa.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]BUKIT MERTAJAM: Sebahagian bumbung dewan makan Kolej Vokasional Bukit Minyak, di sini runtuh malam Selasa. [size=0.98em]Ketika kejadian pada 8.30 malam itu, pelajar telah selesai menikmati makan malam dan hanya terdapat seorang lelaki iaitu pembantu dewan yang sedang berehat dan dilapor cedera ringan. [size=0.98em]Setiausaha Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Rozali Mohamod berkata, siasatan berhubung punca kejadian itu kini dijalankan Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Tengah (JKR SPT) bersama pihak Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Jabatan Pelajaran Negeri. [size=0.98em]"Setakat ini punca kejadian tidak diketahui dan pihak berkenaan sedang menjalankan siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, Rabu.
|