CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5493|Reply: 50

[Tempatan] GST Ringankan Beban Rakyat?

[Copy link]
Post time 9-4-2015 07:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 9-4-2015 02:10 AM

GENAP seminggu setelah dilaksanakan di seluruh negara, jiran saya mengakui GST betul-betul meringankan beban rakyat. Dulu dialah yang menentang keras sambil menegaskan cukai tersebut pasti menyusahkan.

        Betapa pun kerajaan dalam kempen menerusi media memberitahu matlamat jangka panjang cukai baru ini untuk membantu orang ramai, jiran – juga sebahagian besar jemaah surau saya – tidak percaya cukai barang dan perkhidmatan tidak membebankan.

        Hakikatnya baru beberapa hari dilaksanakan sudah terasa beban semakin berkurangan, seperti yang diceritakan oleh orang sebelah rumah saya. Begini kisahnya:
        Sejak sekian lama menjadi tanggungjawabnya menemani isteri membeli-belah setiap minggu. Dia memilih hari Rabu sebab tidak suka berasak-asak di pasar raya jika membeli pada hujung minggu.

        Dia tidak pandai memilih barang, tetapi perlu mengikut isteri untuk menolak troli – sarat dan berat dengan pelbagai keperluan – dan akhirnya melangsaikan pembayaran di kaunter.
       Petang itu dia membayar seperti biasa kira-kira RM300. Tetapi ada sedikit yang luar biasa. Sebelum ini dengan RM300, troli penuh dan terasa berat menolaknya ke tempat letak kereta. Kali ini troli tidak penuh, dan tidak berat.

        Ketika di kereta dalam perjalanan pulang, isterinya merungut: Banyak barang keperluan naik harga, bukan lima sen atau sepuluh sen, malah ada yang naik hingga RM1 – RM2. Sudahlah naik harga, kena pula GST. Sebab itu bayar RM300 troli jadi makin ringan!
        Sambil menelan liur dan menahan marah di dalam hati, kawan saya memberitahu isterinya: “Betullah GST meringankan beban troli kita!”

Tidak sahaja pengalaman yang dilalui jiran saya, orang lain pun mula terasa kenaikan harga barang berikutan GST. Dia orang boleh menerima hakikat bahawa dengan cukai baru itu mereka terpaksa membayar 6 peratus.

        Apa yang mereka rungutkan ialah banyak barang yang dikecualikan dari GST tiba-tiba naik harga. Tomato, sawi, kangkung semua naik harga antara 20 sen hingga 50 sen. Penjual menjadikan GST sebagai alasan. Ikan, ayam dan lauk-pauk lain pun mencanak semacam.

       Penjual kata mereka tiada pilihan dan terpaksa menaikkan harga sebab pemborong naikkan harga. Pemborong kata, mereka naikkan harga sebab pengilang dan pengeluar pun naikkan harga.

        Penjual salahkan pemborong. Pemborong salahkan pengeluar. Pengeluar salahkan GST. Maka lagu klise Bangau Oh Bangau pun berulang. GST atau tidak GST akhirnya yang terpaksa membayar lebih ialah pengguna.

        Ada hotel dan restoran yang terus mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST), walaupun cukai itu sepatutnya dimansuhkan dengan pelaksanaan GST. Kini tidur di hotel dan makan di restoran kena membayar dua cukai, iaitu SST 10 peratus dan GST 6 peratus.

        Menurut ‘menteri GST’ Datuk Seri Hasan Malek, kementerian bercadang mengeluarkan pensijilan khas untuk restoran dan hotel yang boleh mengenakan caj perkhidmatan.

        Katanya: “Sijil ini adalah langkah sementara bagi memastikan penyelesaian jangka panjang dapat diambil berikutan GST.” Pelik, kenapa perkara ini tidak difikirkan sebelum pelaksanaan cukai baru? Ini satu bukti kita belum bersedia.

        Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Abdullah Sani turut merungut dengan SST: “Saya sendiri terasa beban itu, bayangkan ada kedai dan restoran mamak mengenakan caj servis lima peratus dan ditambah pula GST enam peratus menjadikan jumlah cukai 11 peratus.”

Terbukti banyak peniaga mengambil kesempatan untuk mencekik pengguna. Seperti yang dilaporkan media sebuah restoran di Jalan Tunku Abdul Rahman tiba-tiba menaikkan harga segelas teh-O ais dan teh ais menjadi RM3, sebutir telur rebus naik 40 sen kepada RM2, nasi putih kosong dulu RM1.50 kini RM3.

        KPDNKK mengeluarkan notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, dan memberi tempoh tiga hari untuk restoran berkenaan memberi penjelasan mengapa harga melonjak begitu ketara. Jika bersalah denda RM50,000 atau dua tahun penjara atau keduanya.

        Apa yang dilakukan oleh restoran terkenal itu bukan kes terpinggir. Ada beribu-ribu lagi kedai menaikkan harga barang mengikut suka hati. Pengguna kena dera sebab barang naik dan kena pula GST.

        Sekiranya kepincangan ini tidak diatasi segera dengan tindakan tegas, rakyat akan marah sampai bila-bila. GST akan bertukar menjadi ‘Geram Sampai Tua’!

http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/abdul-jalil-ali/gst-ringankan-beban-rakyat-1.377759
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2015 07:59 AM | Show all posts
Puting Sepol.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Tulur bijan....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 08:05 AM | Show all posts
Kpdnkk mestilah  teruskan pemantauan walau bertahun sehingga semua peniaga  akur, biar mereka sedar tak berbaloi menaikkan harga jika kena saman beratus ribu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 08:10 AM | Show all posts
jom gi bulan ramai2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 08:10 AM | Show all posts
kalau peniaga naikkan rege bolehke kerajaan salahkan peniaga, peniaga pun nk untung mcm gomen, boleh beli jet, htr anak honeymoon pakai jet, nak beli henbeg juta2 kat bini....adilkah kalau kita halang org buat untung...kalau meniaga tak dpt untung baik tak yah meniaga
tgk asterok, sajikan penonton dgn siaran ulangan, tp chg mahal2, gomen tak pulak gi serbu opis dia....
** habisla aku kena hencap dgn pro GST
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2015 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedar tak sedar, kebanyakan kita bayar gst 12% bila sekali kita but pembelian..6% on the product, another 6% on the total amount..sudah la harga produk tu sudah sedia naik sebelum di gst kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu hasan dgn maslan yg melalak gst ganti sst baru lah sistem cuksi telus mulus mampuss. Apsal lps gst sibuk nak bg sijil khas sst kat hotel ka restoran ka? Apsal la msia dpt muntri2 bangang nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2015 09:25 AM | Show all posts
kedai dan hotel terpaksa naikkan harga services dan barangan jua

sebab dah bil-bil pon kene gst

air dan letrik ade gst

jack ingatkan tiada.....

p/s: bagoihhh la gst ni meggrrajinkan rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:30 AM | Show all posts
MeghanK replied at 9-4-2015 08:26 AM
Sedar tak sedar, kebanyakan kita bayar gst 12% bila sekali kita but pembelian..6% on the product, an ...

YES. aku mmg dah sedar tapi, macai gst cakap, buat sendiri lepas ini.

kita absorb harga bagi pihak pengeluar/pengilang.
kita jugaklah absorb bagi pihak peruncit. - yelah, kita sebagai end user mmg le kena beli kat peruncit tak kan nak beli kat kilang pulak.



Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:30 AM | Show all posts

transport ke bulan kena gst & service charge tak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Hana replied at 9-4-2015 09:30 AM
YES. aku mmg dah sedar tapi, macai gst cakap, buat sendiri lepas ini.

kita absorb harga ba ...

Yup, betul tu..takkan kita sbg end user nak g kilang beli segala barang keperluan..orang boleh cakap, buat la report, ambil tindakan..tapi takkan setiap kali beli, setiap kali nak buat report kan
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:38 AM | Show all posts
Hana replied at 9-4-2015 09:30 AM
transport ke bulan kena gst & service charge tak?

kene kot..xpe skali bayor jek,lepaih tu dah xde lagi SST & GST hampeh tu

nape? berminatke? rasenye ade sorang forumer dah duk sana...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:42 AM | Show all posts
so, dah amik tindakan blum kat restoran2 and hotel2 yg still amik caj perkhidmatan??
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:43 AM | Show all posts
Hana replied at 9-4-2015 08:30 AM
transport ke bulan kena gst & service charge tak?

kihkihh.. patutnya zero rated la.. kira export tu.. kuar bumi trus.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 09:50 AM | Show all posts
Kang ada je la yg berbunyik ckp ceni: korang semua nk free jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2015 09:53 AM | Show all posts
wei GST ni bagus tau tak...SST pun bagus..maka yg bagus2 ni kne la buat jgk (Mah Chai,2015)
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 10:00 AM | Show all posts
GST ringankan beban rakyat = liwat seronokan montot saiful
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Guna kuasa pengguna uols
Mahal jgn beli
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2015 10:04 AM | Show all posts

fly me to the moon
and let me play among the stars

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051603 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list