CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10758|Reply: 107

[Tempatan] Anak DiHarap Jadi Setazah Mengigau DiBuli Di Madrasah

[Copy link]
Post time 11-4-2015 09:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 11-4-2015 02:01 PM

Anak Diharap Jadi Ustazah Trauma Kena Buli Di Madrasah


Rozana dan Azman menunjukkan keadaan anak mereka sebelum (kiri) dan selepas menuntut di madrasah tersebut.






  

SHAH ALAM – Impian seorang ibu untuk melihat anaknya bergelar ustazah hancur berkecai apabila anak bongsu daripada empat beradik itu didera mental dan fizikal oleh sekumpulan pelajar senior di sebuah madrasah di Puchong, di sini.


Mangsa yang berusia 8 tahun didakwa dibuli dengan teruk hingga menyebabkannya sering menangis dan trauma sampai ke hari ini.


Dia dikatakan dipukul dengan rotan, ditendang di kepala, diikat di bahagian tangan malah alat sulitnya turut ditumbuk.


Lebih malang lagi, kanak-kanak tersebut dipaksa menelan cicak setiap malam Jumaat selepas pelajar senior melastik haiwan terbabit.


Kejadian dipercayai tidak disedari pihak madrasah kerana pelajar senior memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menjerit dan tidak memberitahu kejadian kepada sesiapapun.


Tak dibenarkan jumpa anak 44 hari

Ibu mangsa, Rozana (bukan nama sebenar), 43, berkata, pada mulanya dia disyorkan mendaftarkan anaknya ke madrasah itu oleh seorang rakan baik yang turut menghantar anak belajar agama di situ.


“Lagipun anak saya ada beritahu yang dia teringin nak belajar di madrasah macam kakak dan abangnya. Lepas tu saya buat permohonan dan anak saya diterima masuk,” katanya.


Menurut Rozana, ketika mendaftarkan kemasukan anaknya pada 12 Disember tahun lepas, pihak madrasah ada memberitahu ibu bapa tidak boleh bertemu atau menghubungi anak dalam tempoh 44 hari bagi tujuan menyesuaikan diri.


Rozana reda apabila dimaklumkan dia tidak boleh bertemu anaknya meski perasaan rindu menebal ketika menghantar pakaian seminggu selepas pendaftaran.


“Disebabkan tak dibenarkan jumpa, saya selalu hubungi madrasah tanya keadaan anak. Ada satu hari saya cuba saja-saja pergi dengan kawan tapi tetap tak dibenarkan masuk. Kawan saya masuk jumpa anak dia, jadi saya pesan tolong tengok-tengokkan anak saya.


“Tapi bila keluar dari asrama, dia menangis. Dia tak nak cerita apa yang berlaku,” jelas Rozana.


Trauma sampai mengigau

Hanya selepas 44 hari tempoh ‘berpantang’ berakhir, pihak madrasah akhirnya menghubungi dan meminta dia mengambil anaknya kerana cuti sekolah selama sembilan hari.


“Hari itulah baru saya tahu anak saya kena buli dengan senior. Masa saya datang ambil dia demam, bibir pula pecah-pecah dan terus menangis bila nampak saya. Dalam kereta barulah anak saya ceritakan bagaimana dia kena buli dengan teruk,” katanya.


Tambah Rozana, apa yang menyedihkan, anaknya diheret dari asrama ke bilik ustazah hingga bercalar di lutut kerana enggan mengurut dan memicit kaki pelajar senior pada waktu malam.


“Anak saya dipukul, ditendang, ditumbuk di perut, ditolak ke dinding dengan keadaan tangan terikat dan kepalanya dihentak. Mereka tanpa belas kasihan turut menyiku bahagian kemaluan anak saya sampai dia mengalami keputihan hingga sekarang,” katanya.


Rozana mendakwa kecewa dengan pengurusan madrasah yang seolah-olah mahu lepas tangan dan tidak mempedulikan apa yang berlaku.


“Saya masukkan anak saya ke madrasah ini agar dididik dengan baik tapi lain pula yang jadi. Anak saya trauma sampai selalu mengigau sambil sebut kakak dan ustazah nak pukul dia. Sekarang dia dah fobia nak pergi sekolah dan akan jadi takut kalau nampak orang bergaduh.


“Memanglah perkara ni tak berlaku depan mata kami tapi berdasarkan cerita anak dan laporan perubatan memang menunjukkan anak saya dikasari,” katanya.


Bapa segera berhentikan anak

Dalam pada itu, bapa mangsa, Azman (bukan nama sebenar), 49, pula menggesa supaya anaknya diberi pembelaan sewajarnya.


Menurutnya, dia dimaklumkan pelajar yang membuli anaknya masih bersekolah seperti biasa di madrasah tersebut meskipun polis sudah mengambil keterangan lima daripada 15 orang yang disyaki terlibat dalam kejadian buli.


“Saya dah berhentikan anak saya daripada terus belajar di situ sebab tak mahu perkara lebih buruk berlaku. Saya memang kesal sebab pengetua seperti mahu tutup kes dan pernah tawarkan sejumlah wang tunai sebagai ganti rugi dan minta kes tersebut tak dipanjangkan.


“Anak saya didera mental dan fizikal, dia perlu jalani rawatan terapi untuk pulihkan tekanannya. Saya mahu pengadilan untuk anak saya dan minta mereka yang membulinya dikenakan hukuman setimpal,” katanya yang membuat empat laporan di Balai Polis Putra Heights berhubung kejadian malang menimpa anaknya itu.


Azman berkata, dia juga mengambil keputusan mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu ada kanak-kanak lain yang berniat belajar di madrasah itu menjadi mangsa.


Tambahnya, jika masih tiada apa-apa tindakan, pihaknya akan membawa perkara itu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk menuntut keadilan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan ada menerima laporan daripada ibu bapa mangsa.


Katanya, kertas siasatan sudah dibuka dan kes tersebut masih dalam siasatan pihaknya.


“Kes itu sudah lama berlaku (Januari) namun ibu bapa mangsa ada membuat beberapa penambahan laporan polis beberapa hari lalu,” katanya.

SINAR HARIAN




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2015 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tentu la jd budaya kt madrasah tu. . nsb baik parent amek tau
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:19 PM | Show all posts
ini la cara islam sebenar

mak bapak budak tu nak lawan Islam ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Tmpt terrorist IS agaknyer
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Celaka tahap yakjuj dia punya buli..telan cicak??
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Golongan ala2 IS sdh bertapak dgn mekar kat madrasah, ummah melayu terpersona dgn pelat arab, jambang, sarban n jubah....rupa2ny bawak sial pulak....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2015 10:28 PM | Show all posts
Isle n terroristttttt tak dpt dipisahkan!
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:29 PM | Show all posts
Isle n keganasan bagai aur denge tebing.

Cc: @Changa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2015 10:29 PM | Show all posts
dah jadi senior,dia ingat boleh buat apa saja..

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:31 PM | Show all posts
teruknya .
sepupu aku penah gak masuk madrasah private kt kl.
tp tak tau sempat berapa bulan duk situ.
terus cau.

aku harap mak ayah kalau anak2 bgtahu xnk masuk certain2 sekolah harapnya ikut je la.
jgn bg tekanan. jgn paksa masuk.
macam kes budak ni dia yg rela nak masuk .

aku dulu penah gak ngengada apply asrama penuh.
lepas seminggu terus call parent kata nk tukar balik sekolah biasa.
tp x diterima sbb bnyk masa dah rugi.
akhirnya result spm ke laut.
bukan sbb buli ke apa cuma x dpt adapt belajar dlm persekitaran sekolah asrama.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:31 PM | Show all posts
kemaruk replied at 11-4-2015 10:19 PM
ini la cara islam sebenar

mak bapak budak tu nak lawan Islam ke?

Religion of peace katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jihadist cilik IS barangkali
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Geram plak dgr kene paksa mkn cicak.... Teruk btol pangai budak madrasah ingt syumul suci...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni madrasah nk mendidik budak2 jadi setazah ker mak hayam cikcur?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni la madrasah yg student pompuan nak lari ke syria tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:47 PM | Show all posts
hamdallah sis..inilah yang diingini ummah...keamanan terpancer terik terpercik indah sinar2  mentari kesejahteraan akhlak mulia junjungan shorga..

saya syak mudarosah tersebut ditawan isis atm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2015 10:49 PM | Show all posts
wa bukan apa

wa sian ngn mak ayah ni

dok bazirkan kepala utak anak jadi ustazah

baik belajar akaunting lagi bagus

kerja ngn cina

ada gak hasil

wa gelak guling2 je tengok perangai mak ayah skang ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 11-4-2015 10:19 PM
ini la cara islam sebenar

mak bapak budak tu nak lawan Islam ke?

Hoi bahlul.. habis tu kes buli yg berlaku saban tahun di mrsm dn sekolah2 lain tu apa cerita. Barua punya org
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:56 PM | Show all posts
Ni madrasah tempat pembiakan bakal2 pelapis muda ISIS ke kak? Elok ditangkap semuanya dan ditutup sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:59 PM | Show all posts
famri, kemaruk, dan sewaktu dgnnya dah
bagi pendapat

@d'zeck  @Anak_Nogori  @~anya~  
taknak tambah ke??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.094040 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list