CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2283|Reply: 11

[Tempatan] GST: Aduan kenaikan harga makanan paling banyak diterima

[Copy link]
Post time 13-4-2015 11:09 PM | Show all posts |Read mode


PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata berdasarkan statistik (E-Aduan) 11 dan 12 April menunjukan ada penurunan aduan yang diterima pihaknya.

Jelasnya, perkiraan itu berdasarkan penurunan jumlah  statistik pada tempoh dua hari tersebut.

"Pada  11 April  pihak kami  menerima 98 aduan, manakala pada 12 April pihak kami menerima 69 aduan.

"Jadi dapat dilihat adanya penurunan sebanyak 30 peratus aduan berbanding hari sebelumnya, iaitu secara kumulatifnya sebanyak 4,023," katanya ketika sidang media mengenai penerangan GST di Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini.

Jelasnya, berdasarkan tempoh dua hari itu aduan berkaitan pembelian kad tambah nilai telefon bimbit yang dikenakan GST secara relatifnya telah menurun kepada 31 peratus (1,259) aduan.

Manakala aduan mengenai kenaikan harga barang menunjukkan peningkatan berbanding semalam (12 April ) 44 peratus (1,754) aduan.

"Antara barang yang popular diadu adalah kenaikan harga makanan dan minuman di restoran, iaitu sebanyak 19 peratus, susu tepung bayi sebanyak lima peratus dan lampin pakai buang bayi sebanyak tiga peratus.

"Manakala berkaitan resit tiada nombor ID GST tetapi mengenakan caj GST pula secara relatifnya meningkat kepada 13 peratus (520) aduan.

"Sementara aduan berkaitan caj perkhidmatan 10 peratus pula secara relatifnya meningkat kepada 336 aduan (lapan peratus) ," katanya.

Sementara mengulas mengenai aduan yang diterima pihaknya melalui media sosial dalam tempoh dua hari itu, Alias berkata, di Facebook terdapat peningkatan sementara di Twitter pula ada  penurunan.

"Untuk aduan di Facebook pada 11 April adalah sebanyak 79 aduan  manakala pada 12 April sebanyak 95 aduan.

"Sementara aduan melalui Twitter pula pada 11 April ialah sebanyak 67 aduan manakala pada 12 April sebanyak 64 aduan.

"Manakala aduan daripada media sosial secara kumulatifnya adalah sebanyak 5,372 aduan setelah 12 hari GST dilaksanakan," katanya.

Mengulas lagi, Alias berkata bagi tindakan lanjut setelah aduan ini diterima pihaknya akan menghantar pegawainya untuk memberi notis amaran kepada pihak yang terlibat.

"Kita akan hantar notis kepada mereka, dan memberi masa tiga hari untuk mengemukakan alasan, kalau gagal kertas siasatan akan dibuka," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2015 11:12 PM | Show all posts
wa bukan apa

logikla

perut nak melantak

lubang belakang nak membuak

sbb tu la ummah marah

yg tak marah macai syumul ja

wa gelak guling2 je tengok diorang defend gst dulu

skang dok jadi macai idong mancung
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2015 11:46 PM | Show all posts
mujurla kedai2 yg ai biasa singgah harga tak naik
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
nk buat aduan kt twitter kt mana?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 10:42 AM | Show all posts
Bagus jgk time2 ade gst ni bg type2 aku yg mkn gaji ni..aku tgk byk plak lebihan gaji aku utk half month ni..tak luak lg..maybe sbb sume yg aku nak beli aku pk dulu & bercatu..

Kalo tak seblum ni duit mcm air..ape yg aku rase nak beli aku harung trus beli

Ape yg aku rase nak mkn sebat trus
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 10:58 AM | Show all posts
aku skrg beli apa yang perlu sahaja...dahulukan keperluan asas...

kebaikan nyer, kalau semua boleh buat mcm ni...kedai2 yag jual mahal nak mamposs tu boleh tutup kedai...kedai yg mana2 yg duk ambik pendatang sebagai pekerja, boleh hantar diaorg balik asap...kiatorg mesia tak nak belanja banyak2....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2015 11:00 AM | Show all posts
tagas replied at 14-4-2015 10:42 AM
Bagus jgk time2 ade gst ni bg type2 aku yg mkn gaji ni..aku tgk byk plak lebihan gaji aku utk half m ...

sama la sbb sblm ni aku beli apa2 tak pkir harga mahal ke apa ke... takde la nak banding2 harga ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 11:02 AM | Show all posts
BlueEagle replied at 14-4-2015 10:58 AM
aku skrg beli apa yang perlu sahaja...dahulukan keperluan asas...

kebaikan nyer, kalau semua bole ...

yup... yg penting guna kuasa pengguna
klau bab mkn luar pun....elak trus utk tak mkn kedai cekik darah....klau sodap takpe gak....
ni kedai tepi jln harga nak sama mcm restoren ade aircond
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2015 11:20 AM | Show all posts
dino replied at 14-4-2015 11:02 AM
yup... yg penting guna kuasa pengguna
klau bab mkn luar pun....elak trus utk tak mkn kedai cekik  ...

yer betul...aku dah terkena..restoran biasa charge harga lagi mahal daripada restoran mewah sket arr....dah la tu dalam sayur siap ada perasa tambahan lagi iaitu ulat sayur....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 11:28 AM | Show all posts
BlueEagle replied at 14-4-2015 11:20 AM
yer betul...aku dah terkena..restoran biasa charge harga lagi mahal daripada restoran mewah sket a ...

aku skrg tak mkn luar kecuali jumaat sblm nak p masjid.... hr2 bwk bekal.... jimat.. dan ikut taste.... takde la makan ayam seketul kena rm4....
sbb klau beli ayam kat tesco bhgn peha je dlm 4ketul baru rm6... org berniaga mana beli ayam camtu.... klau jual sketul rm3 pun untung byk lg.... tolak kos lain.... mmg untung.... takkan nak berniaga kena maintain 100%..... pastu ummah melayu ni kutuk cina cekik darah.... korg mana p restoren cina... kdai makan cina.... kedai depa lg murah tawww.... so byk2 la bergaul ngan masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 11:34 AM | Show all posts
dino replied at 14-4-2015 11:28 AM
aku skrg tak mkn luar kecuali jumaat sblm nak p masjid.... hr2 bwk bekal.... jimat.. dan ikut tast ...

orang meniaga memang ramai yg jenis cekik darah....kat area aku ni berlambak spesies macam tu...tapi nak cakap apa kan...mahal2 pun kedai depa ni penuh sampai takde tempat duduk...pastu bising2 sebab mahal...dah mahal tak yah pi makan la macam aku, dah tak pi kedai makan penuh pekerja pendatang tu...bukan bersih sangat pun...rega mahal nak mampusss......

aku tunggu bulan posa ni....mesti penuh giler kedai tu orang2 berebut tapau beli juadah berbuka posa...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 11:41 AM | Show all posts
salah satu benda positif pasal GST ni , ialah Kesedaran rakyat tentang kuasa pengguna .  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:09 PM GMT+8 , Processed in 0.054152 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list