CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10183|Reply: 91

[Tempatan] Larangan penunggang motosikal berkuasa tinggi buat konvoi besar

[Copy link]
Post time 14-4-2015 02:57 PM | Show all posts |Read mode
KUANTAN: Penunggang motosikal berkuasa tinggi tidak digalakkan untuk menganjurkan konvoi dalam jumlah yang besar kerana ia berisiko tinggi untuk ditimpa kemalangan jalan raya. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Abdul Haris Lakar, berkata jika seorang peserta konvoi terjatuh, lazimnya beberapa rakan di belakang akan terlibat sama kerana tidak sempat mengelak atau memberhentikan motosikal. "Lebih baik jika konvoi dilakukan dalam dua atau tiga orang sahaja, dan diselang dengan dua atau tiga orang lagi di belakang, dalam jarak yang selamat," katanya.

Abdul Haris berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program advokasi khas bersama JKJR di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan di sini, hari ini. Beliau juga menambah kesilapan yang sering dilakukan penunggang motosikal berkuasa besar semasa berkonvoi adalah menggunakan laluan paling kanan. Sedangkan, katanya, laluan itu sebenarnya untuk tujuan memotong dan kenderaan yang menggunakannya perlu kembali ke laluan tengah selepas selesai memotong. "Ada pengguna jalan raya lain membuat rungutan mengenai situasi yang mereka hadapi dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi ini. Sebab itu kita harap mereka boleh melaksanakan aktiviti berkonvoi secara berhemah. "Lakukan dalam kumpulan yang kecil, ikut peraturan dan had laju yang selamat serta dapatkan khidmat marshal yang bertauliah selain mempunyai seorang 'sweeper' di akhir konvoi," katanya.

Selain itu, Abdul Haris juga mengingatkan semua penunggang motosikal agar menggunakan topi keledar yang menepati spesifikasi SIRIM kerana ia telah menjalani ujian ketahanan. "Masih ada penunggang motosikal yang menggunakan topi keledar berbentuk separuh atau 'kura-kura' yang sebenarnya dibuat untuk tujuan rekreasi dan tidak sesuai digunakan di atas jalan raya," katanya. Pada program itu, JKJR turut mengadakan demonstrasi yang menunjukkan topi keledar tanpa kelulusan SIRIM mudah dipecahkan dengan hanya menggunakan tukul. Abdul Haris juga menyampaikan sumbangan 100 topi keledar dan 100 jaket dan pelekat pantulan cahaya kepada kakitangan dan penuntut UIAM yang melalui laluan utama kampus itu. - BERNAMA

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2015 03:04 PM | Show all posts
musim cuti memang banyak r motor2 konvoi ni... suka gak tgk hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 03:06 PM | Show all posts
konvoi konvoi jugak, tp jgn la buat mcm jalan mak bapak ekau  yg punya...
suka2 tahan keta, suruh keta bg laluan kat korg...ehhh aku pun bayor tol jugak, korg tak bayar pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknyalah ramai yg mampus hampir setiap minggu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 04:20 PM | Show all posts
krustykrab replied at 14-4-2015 03:06 PM
konvoi konvoi jugak, tp jgn la buat mcm jalan mak bapak ekau  yg punya...
suka2 tahan keta, suruh k ...




meluat sangat bangsat buat pangai hiway mcm habah dia punya.

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 04:25 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 14-4-2015 08:10 AM
Selayaknyalah ramai yg mampus hampir setiap minggu.

kan sis...bawak moto dah la cam bangsat, kalo makan dekat rnr perangai persis babum seko2 terpekik2 gelak2 pastu skali skala usha2 orang sekeliling fefeeling ummah sekeliling duk kagum terngaga tengk diorang..babi sangt...fefeeling pakai suit segala nampak cool persis kokeshen...tup2 bukak helmet terpancar terik sinar pprt muka hauk perut buncit pelbagai.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-4-2015 04:37 PM | Show all posts
famri7 replied at 14-4-2015 04:25 PM
kan sis...bawak moto dah la cam bangsat, kalo makan dekat rnr perangai persis babum seko2 terpekik ...

tup2 bukak helmet terpancar terik sinar pprt muka hauk perut buncit pelbagai.

apsal lepas buka helmet baru terpancar perut buncit??? perut pun masuk helmet ker??lol

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 04:38 PM | Show all posts
suke tgk motor..tapi xberape suke sgt dgn geng2 neh..fefeeling bagus yg amat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2015 04:40 PM | Show all posts
Biasa yang konvoi tu bawak motor laju macam nak berlumba sajee.....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 04:55 PM | Show all posts
axl_bach replied at 14-4-2015 08:37 AM
tup2 bukak helmet terpancar terik sinar pprt muka hauk perut buncit pelbagai.

apsal lepas buka  ...

Saya lehat muka pprt seko2 trus bleh ramal saiz ukur lilit perut seko2 sis..
p/s dp bro telah termotivate saya untuk get in shape kembali.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 04:59 PM | Show all posts
axl_bach replied at 14-4-2015 04:37 PM
tup2 bukak helmet terpancar terik sinar pprt muka hauk perut buncit pelbagai.

apsal lepas buka  ...

simpan perut dalam helmet kot


Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 05:06 PM | Show all posts
famri7 replied at 14-4-2015 04:55 PM
Saya lehat muka pprt seko2 trus bleh ramal saiz ukur lilit perut seko2 sis..
p/s dp bro telah ter ...

hahahaha, puak2 tu xpayah tunggu nampak muka dorg pun dah nampak perut dok atas tangki minyak..........jarang sgt laa sek2 konvoi motor beso nih badan sado katang bagai

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 05:06 PM | Show all posts
dragger replied at 14-4-2015 04:59 PM
simpan perut dalam helmet kot

hahahahah, tu yg lawak tu.........tunggu helmet dibuka baru terpancar perut boroi kekdahnya......

ke aku silap pemahaman......

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 05:08 PM | Show all posts
axl_bach replied at 14-4-2015 05:06 PM
hahahahah, tu yg lawak tu.........tunggu helmet dibuka baru terpancar perut boroi kekdahnya......
...

takpe.. pemahaman ko tu betul

cume org yg menyampaikan tu yg tak betul




Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 05:08 PM | Show all posts
axl_bach replied at 14-4-2015 05:06 PM
hahahaha, puak2 tu xpayah tunggu nampak muka dorg pun dah nampak perut dok atas tangki minyak..... ...

ramai jer mat motor besar yang bukan gay main besi...

lu tak join memang la lu tak tau..




Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 14-4-2015 04:25 PM
kan sis...bawak moto dah la cam bangsat, kalo makan dekat rnr perangai persis babum seko2 terpekik ...

Haahahha.. mmg ye pun.. pastu cara salam ada style mengikut kelab apa dorang join.. ada kelab yg siap ada by laws.. politik sesama dorang pun kuat

Macam politik cawangan dan bahagian gayanya.. meeting2 tiap2 minggu.. isu termasuklah account, jawatan..

Yg best tu ada yg kalau lunjur kaki ke bawah belum tentu jejak tanah.. tergantung je kt clutch ke apa orang panggil tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2015 05:18 PM | Show all posts
lavabutang replied at 14-4-2015 05:08 PM
ramai jer mat motor besar yang bukan gay main besi...

lu tak join memang la lu tak tau..

pe kaitan mat motor besar, main besi, dgn gay????

nape mesti sebut gay?? ko gay ke??lol

Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 05:19 PM | Show all posts
axl_bach replied at 14-4-2015 04:37 PM
tup2 bukak helmet terpancar terik sinar pprt muka hauk perut buncit pelbagai.

apsal lepas buka  ...

weh ko dah jd hulk ke?


Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 05:19 PM | Show all posts
axl_bach replied at 14-4-2015 05:18 PM
pe kaitan mat motor besar, main besi, dgn gay????

nape mesti sebut gay?? ko gay ke??lol

tak sangka slalu hadap dinding bleh jd gay
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2015 05:20 PM | Show all posts
axl_bach replied at 14-4-2015 05:18 PM
pe kaitan mat motor besar, main besi, dgn gay????

nape mesti sebut gay?? ko gay ke??lol

lu main besi tak join motor besar = lu gay.
geng sutun .






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.162896 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list