CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4655|Reply: 25

[Dunia] Tesco UK Rugi £6.38 Bilion, Yang Terbesar Dalam sejarah

[Copy link]
Post time 23-4-2015 12:26 PM | Show all posts |Read mode


LONDON: Tesco United Kingdom (UK) mengumumkan yang ia telah mengalami kerugian sehingga £6.38 bilion – iaitu yang terbesar dalam sejarah 97 tahun kewujudannya.

Ia juga adalah antara kerugian yang terbesar dalam sejarah korporat UK.

Bukan sahaja Tesco yang berhadapan dengan kerugian besar ini malah gedung-gedung peruncitan yang lain sekitar UK turut menyaksikan para pelanggan setia mereka telah beralih kepada pesaing yang menawarkan harga rendah seperti Aldi dan Lidl.

Mereka bersaing sengit untuk menjadi siapa yang mampu menawarkan harga paling rendah untuk barangan asas harian seperti susu, roti dan juga telur.

Ini sekaligus menjejaskan garis keuntungan.

Tesco UK pada Selasa telah mengumumkan bahawa keuntungan pra-cukai tahunan mereka sekitar £961 juta, turun 68 peratus walaupun jualan total tahunan di UK antara Februari tahun lalu sehingga Februari tahun ini adalah £44.6 bilion.

Jumlah ini adalah menurun 1.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Keuntungan urus niaga Tesco UK adalah sekitar £1.4 bilion, tetapi jumlah ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan apa yang dicapai pada tahun sebelumnya sebanyak £3.3 bilion.

Penurunan ini adalah untuk tahun yang ketiga berturut-turut.

Tetapi kerugian tahunan keseluruhannya adalah didorong menerusi item 'one-off' bernilai  £7 bilion termasuklah £3.8 bilion daripada kajian semula keseluruhan potfolio gedung ekoran penurunan keuntungan.

Ini termasuklah pembatalan projek yang sedang berjalan bernilai £925 juta ekoran keputusan Tesco Januari lalu untuk tidak meneruskan hasrat membina 49 gedung kecil dan besar baru di seluruh UK kerana pasaran yang lembab.

Tesco turut mendedahkan yang ia kini menanggung hutang bersih sebanyak £8.5 bilion dan defisit pencen bernilai £3.9 bilion.

Bekas pengerusi Persatuan Pembekal-Pembekal Makanan, Lord Haskins menyifatkan kerugian besar yang dialami oleh Tesco adalah kerana kegagalan mereka meneruskan pendekatan yang inovasi.

"Tesco adalah sebuah syarikat yang pernah dikenali sebagai syarikat inovatif...pada hari anda tidak lagi menjadi inovatif, anda akan mati," ujarnya.

Seorang pakar runding peruncitan, John Ibbotson pula berkata, keputusan kewangan tahunan ini adalah petanda berakhirnya era kegemilangan Tesco sebagai raja gedung peruncitan UK.

Bagaimanapun, ketua pegawai eksekutif Tesco yang baru, Dave Lewis menegaskan yang syarikat itu kini telah menggariskan sempadan antara kisah lama dan yang baru malah telah terdapat petanda yang menunjukkan mereka mampu kembali pulih.

"Pasaran yang ada hari ini adalah pasaran yang masih mencabar tetapi keutamaan kami kini adalah untuk memperbaiki perkhidmatan kami untuk pelanggan," ujarnya.

Katanya Tesco memerlukan perubahan dan itulah pendekatan yang sedang mereka ambil sekarang.

Para penganalisa berkata, sebahagian besar kerugian Tesco terletak pada bank tanah yang dimilikinya yang kini didapati nilainya jauh lebih rendah daripada apa yang mereka anggarkan sebelum ini.

Tesco menghabiskan berbilion wang untuk membina gedung-gedung besar tetapi kemudiannya mendapati para peruncit enggan membeli-belah lagi di tempat-tempat seperti itu sebaliknya memilih untuk menghabiskan lebih banyak masa di kedai-kedai runcit kecil dan sederhana.

Akibatnya, Tesco terpaksa membatalkan hasrat untuk membina lebih daripada 100 gedung baru malah di sesetengah tempat terpaksa menutup gedung besar sedia ada dan dalam kes yang lebih teruk terpaksa menjual tanah milik mereka kepada projek lain termasuk perumahan.

Mereka juga terpaksa memberhentikan kerja beribu kakitangan apabila mengambil keputusan untuk menutup gedung sedia ada. Dari ibu pejabat sahaja, sejumlah 6,000 kakitangan akan kehilangan pekerjaan.

Keseluruhannya Tesco bercadang untuk memberhentikan 10,000 pekerja mereka.

Kos hangus akibat pemberhentian kerja ini telah menelan belanja sehingga £300 juta sepanjang tahun lalu.

Sepanjang tiga tahun yang lalu, Tesco telah berhadapan dengan pelbagai isu dan krisis termasuklah skandal perakaunan yang menyaksikannya membuat deklarasi keuntungan yang tidak wujud berjumlah £263 juta.

Insiden itu menyaksikan sembilan eksekutif kanan Tesco sama ada digantung kerja atau dipaksa meninggalkan syarikat itu dengan segera.

Mereka turut mengantikan ketua pegawai eksekutif Philip Clarke dengan yang baru iaitu Dave Lewis September lalu yang diparacutkan dari Unilever.

Lewis buat masa ini telah memperbaiki hubungan Tesco dengan para pembekal dan terdapat juga tanda-tanda yang kejatuhan jualan berjaya dikurangkan.

Ketika puncaknya, Tesco adalah gedung peruncitan yang ketiga terbesar di dunia.

Tesco bagaimanapun masih menguasai 29 peratus daripada pasaran peruncitan UK.

Para penganalisa juga berkata yang Tesco juga berkemungkinan akan menjual gedung-gedungnya di Asia sebagai usaha untuk mengurangkan hutang dan beban semasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2015 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Tesco ni kalah pd harga niii
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Habis pasni tesco mesia pon burn

Jobless lah nanti pekerja
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 01:37 PM | Show all posts
tak pe pekerja akn di serapkan kpd sharikat baru yg akan take over. Mcm tesco ganti macro dulu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 01:38 PM | Show all posts
pasal GST la ni

kata macai
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 02:49 PM | Show all posts
ada some item murah kat Tesco, ada yg murah lg kat ASDA.. anyway, yg bestnya byk Tesco UK bukak 24 jam and minyak petrol kat stesen  minyak Tesco murah skit drp harga kat stesen minyak lain.. untung la org UK bila persaingan sengit camni, barangan keperluan asas cam susu, roti, telur akan jadi murah.. rasa cam nak keje kat sana la pulak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2015 02:53 PM | Show all posts
dah ade yg berangan kempen boikot dah berjaya blum.....
terutama dr pejuang islam pengutip cek kat mydin
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 02:54 PM | Show all posts
TESCO punya sama bahalol dgn GLC malaya   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2015 02:55 PM | Show all posts
patut menteri kata universiti kita setaraf dgn Oxford......
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Coklat di aldi murah dan sangat sedap...printed suitable for vegetarian pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Gi tesco kdg kene beratur pjg.. Kaunter bukak skit.. Buang mass.. Giant pon
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 11:13 PM | Show all posts
wa bukan apa

wa tk penah pegit esco yahudi ni

kalau cakap yahudi

wa ingat lobai2 bibel dan changa sutun dan darsita sutun
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tesco ni barang mahal..cuma nya depa ada memberscard..boleh redeem point
Dapat coupons voucher..
Itu je la
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 11:22 PM | Show all posts
waah rindu betul bila tengok pic tu.....jalan2 sambil beli barang rumah....boring je kat rumah gi cinema malam2 buta takde orang kacau lak tu....perhh nak ulang balik moment tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 11:26 PM | Show all posts
tak tahu berniaga...mesti la rugi...

modal juta2 pun kalau bahlol yang handle...pasti jahanam jugak.

Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 11:26 PM | Show all posts
harimau76 replied at 23-4-2015 02:49 PM
ada some item murah kat Tesco, ada yg murah lg kat ASDA.. anyway, yg bestnya byk Tesco UK bukak 24 j ...



kat Europe/US, semua hypermart ada jual minyak, even 7-eleven pun....Sainsbury tu ada Bank sendiri, Tesco ada provide mobile phone service...Asda tu Walmart punya, so memang murah gegiler lah...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2015 09:15 AM | Show all posts
lavamorningstar replied at 23-4-2015 11:26 PM
tak tahu berniaga...mesti la rugi...

modal juta2 pun kalau bahlol yang handle...pasti jahanam jug ...

Kan..ada satu negara tu tubuh 1MDB tapi tak untung2 pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 11:19 AM | Show all posts
PATUT LE KAT TESCO BARANG BANYAK TAK ADA....KAT MYDIN ADA..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 12:11 PM | Show all posts
uniq61 replied at 24-4-2015 11:19 AM
PATUT LE KAT TESCO BARANG BANYAK TAK ADA....KAT MYDIN ADA..

kalu kat rusia, syarikat us-yahudi nih dah lama kene halau keluar.
taktau la nape parti yg memerintah cukup sayang mekdi dgn tesco.

Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 03:30 PM | Show all posts
bodoh la tesco ni...rugi juta2...

tgk mydin...tahun2 untung juta2...

hidup mydin......senin la datang ambik cek.







Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.106496 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list