CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15458|Reply: 83

Feeling down. Tolong motivate sy.

[Copy link]
Post time 26-4-2015 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua.. Saya ni biasa menyibuk kat sini je.. First time buat thread sebab rasa nak kan motivation dan pendapat dari semua. Maaf kalau panjang luahan hati sebab saya pendam perasaan ni terlalu lama.

umur saya 23. Anak bongsu dari 6 beradik. Ada abg 4 orang atas. Kakak no 5. Kakak ipar dua orang. Sekarang kerja di tadika mengajar, petang mengajar sekolah rendah agama disitu jugak. Gaji biasa2 takat minimum.. Untuk pengetahuan semua tadika ni dekat dengan rumah saya. Saya pergi naik basikal je.. Tengah hari balik rumah makan mandi pun sempat Sebelum mengajar untuk petang.

Yang menjadikan saya down adalah saya bukan ada diploma pendidikan kanak2 atau agama, tapi diploma kejuruteraan komputer. Saya tak dapat sambung degree. Nak dijadikan cerita saya habis belajar June 2013. sambil tunggu degree saya belajar menjahit then tak dapat sambung saya go on menjahit sampai terniat dihati nak terus buat bisnes jahit dan mak, ayah dan kakak bagi support tapi tak abang dan kakak ipar. Mereka harap saya sambung belajar tapi mereka respect decision saya..

Selepas setahun belajar jahit saya ditipu cikgu yang mengajar jahit tu. Cikgu tu lelaki melayu umur 56 tahun, mintak saya datang belajar hari2 kat kedai dia. Itu pun bayaran dia terima 6 bulan. Lepas 6 bulan tu dia dah tak nak saya bayar sebab dia kata dia malu nak terima dah. Konon macam dia dah kenal saya dan nampak lah kesungguhan saya nak belajar dengan dia siap beli mesin bagai. dia mintak saya datang hari2 jugak dan dia cakap kalau boleh datang pagi petang. Niat saya nak belajar jadi saya datang lah.

Start saya terasa ditipu bila saya buat baju raya dekat 30 pasang tapi bayaran saya terima hanyalah rm150. Itu pun dia cakap duit raya. Punyalah patah hati saya penat2 tak tidur malam sepanjang bulan puasa 2014 tu. alasan dia sebab dia anggap saya pelajar sedangkan waktu dia suruh saya datang pagi petang (jaga kedai) tu dia kata dia mula nak anggap saya pekerja dia.. Sejak raya tu mula nampak true color dia. Dia tak selalu ada dikedai. Selalu saya sorang ada jaga. Pekerja & pelajar lain semua tak nak datang dah siap ada yang berenti. Saya sangat down waktu tu.

Pasal mesin pulak saya order dari bulan april sampai bulan ogos tu tak dapat2 last2 saya terus tak datang kedai duit deposit saya mintak ayah yang pergi ambikkan.. bermula dari tu saya susah nak percayakan orang. Nak sambung belajar pun dah tutup waktu tu. Saya tak mampu nak ke swasta.

Saya pun mula bekerja di tadika sebab nak byr pinjaman belajar. dah 4 bulan tapi down bila orang luar, sedara, jiran, kawan2 asyik tanya2 "kenapa tak sambung belajar?" "Kenapa tak kerja tempat lain?" "awk muda lagi carilah pengalaman tempat lain.", "sini gaji kecik. carilah kerja yg berkaitan diploma".. Jiran2 pun mcm pandang saya ni perempuan yg pemalas (Jiran2 sy kebanyakkan orang2 berjaya dan kenal ayah sy sebab ayah sy imam). saya tak kisah bila orang lain lebih dari saya tapi bila orang membangkitkan perkara mcm tu saya jadi down.  Nak react macam mana lagi dah Allah letakkan rezeki sy mcm ni.  

Lebih2 lagi bila abang kakak semua ada degree dan Master. Abang pertama sy pun diploma je tapi rezeki dia dapat kerja kerajaan.  Saya rasa sorang2. Saya rasa down, bodoh dan tak guna.
Saya nak sangat sambung belajar tapi apa yang saya apply semua tak dapat. Dan saya sederhana dalam pelajaran. Ada kawan result bawah saya senang dapat sambung. Kenapa ya? Saya dah doa mungkin tak cukup. saya dah penat menangis sebab rasa serba salah dengan mak ayah. Saya malu. Saya tak nak mak ayah pun malu dengan orang.

Sebenarnya cita2 sy memang nak jadi cikgu bila dah dapat cikgu tadika ni sy happy tapi gaji kecik sbb tadika kan.. Swasta lak tu tapi sy happy. Duit simpanan sy pun blh dikata separuh gaji blh simpan tiap bulan sbb duduk rumah, naik basikal. Makan pun mak ayah suruh makan dirumah je. Sy bayar duit pinjaman belajar dengan braces bulan2 rm350. Yang lain memang saya simpan sbb saya sedar sampai bila nak kerja situ. Adakala abg pun pinjam duit saya.

Tolonglah motivate saya. Kadang2 saya stress sampai saya pukul, cubit, tumbuk dinding. Lepas tu saya okay. Saya tak suka cerita masalah, menangis depan mak ayah.. Saya jadi kepala angin. Saya tak nak cerita pada kakak Sebab kakak rapat dengan ayah. Saya tak rapat dengan ayah. Tu pun kadang sy down sebab kakak pandai dari dulu. Ada master. Walaupun tak belajar pun dia blh score result baik. Saya mengaku saya cemburu dengan abg2, kakak, kakak ipar.

Tolong motivate sy.  Terima kasih semua.. Saya rasa lega sikit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2015 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tak yakin dengan Allah eah? soal rezeki ni semua keje Allah. tt dah berusaha slbhnya tawakal ok. jgn pedulikan sangat cakap org. tt yang lalui yang nak hdup. orang mmg akn berckp x henti. positif ok. setiap kali rs negatif istifar. bnyak pahala jd cikgu okayy...kalau org tny tt bile nk smbg..knp tak kerja bla..bla..tt jwb je..in sha Allah..ape kate doakan sy..jwb je camtu...yg pntg tt rs hdup tt berkat..ckup segale kperluan khendak..mmpu bg mak ayh pn dh okay what..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 07:52 PM | Show all posts
Aku nak bgtau sebenarnya life aku pernah lebih down dari ko tpi sbb ramai kenal personal dgn aku so malas nak tulis ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 08:39 PM | Show all posts
Adik @mai she.  Apa pun ujian atau  kegagalan yg kita tempuhi pada hari ini anggaplah ianya sebagai satu cabaran untuk kita mencapai kejayaan pada masa depan. Jgn sesekali berputus asa dan yakinlah rezeki kita sentiasa ada selagi kita mau berusaha.  Yg penting adik tak pangku tangan, buat apa saja yg boleh mendatangkan duit.

Adik mcm minta dlm bidang tailoring.  Bagus dan teruskan serta tekunkan usaha adik dlm bidang ini.  Kenapa tidak cuba belajar tailoring di institusi vokasyenal kerana pada akhir kursus, adik boleh dpt sijil.  Kalau dah selalu tak dpt   sertai IPTA, lupakan aje kerana ilmu boleh dicari di mana2.  Yg penting kemahuan mesti ada.  Kalau adik mahir dlm bidang tailoring, InsyaAllah boleh buka perusahaan sendiri dan boleh berjaya.  Sambutannya tetap ada esp kalau nak hariraya.  

Tentang orang yg sudah menipu adik tu  serahkan shj kpd Allah memberikan keadilanNya.  Jadikan ianya juga satu pengajaran kpd adik untuk tidak mudah mempercayai orang.  Jgn toleh belakang lagi malah fikirkan langkah untuk maju ke hadapan.  Menyesali apa yg sudah terjadi tidak akan membuat adik bahagia sedangkan cabaran untuk maju sentiasa ada.
Seperkara lagi, pedulikan kpd cakap2 orang asalkan adik boleh yakinkan kpd ibubapa yg adik boleh berjaya.  Mintalah sokongan drp keluarga dn selalulah berdoa kpd Ilahi semoga Dia memberi petunjuk, murahkan rezeki dan memudahkan segala urusan.  
Allah telah sediakan rezeki begitu banyak untuk kita namun kalau tidak dipecahkan ruyung tidaklah kita merasa akan sagunya.  So jgn putus ase.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 10:24 PM | Show all posts
adik kalau pndai menjahit dan minat boleh teruskan sambil bekerja.
lgpun duit dah ada so boleh beli mesin sendiri.
meniaga online dulu.
slow2.
sambil2 tu apply keje kt jobsmalaysia .
ada rezeki ada la tu.
kalau betul2 nk sambung belajar jgn letih utk apply setiap kali diorg open.
x rugi pun belajar kalau betul2 minat.
if minat pendidikan mintak yg berkaitan pendidikan.
rasanya utk ijazah pendidikan awal kanak2 x de la tinggi sgt kelayakan min nya.
pedulikan cakap2 org. asalkan adk bahagia.
bukanya adik makan tidor kt rumah diorg.



Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2015 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Nangis tu boleh. Tumbuk2 dinding tu janganla dik. Percaya je dengan rezeki Allah. Dan jangan putus asa untuk mencuba.

Hidup kalau asyik nak dengar cakap orang, baik tak payah hidup dik. Asalkan mak ayah ada di sisi, tak komplen ape2, kira dah syukur la tu.

Sambung bidang jahit pun okay. Politek mara byk offer untuk jahit. Untung2 dah pandai jahit, boleh design baju sendiri jual online.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-4-2015 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
wiu replied at 26-4-2015 07:24 PM
tak yakin dengan Allah eah? soal rezeki ni semua keje Allah. tt dah berusaha slbhnya tawakal ok. jgn ...

Terima kasih.. mak ayah suka sebab sy duduk kat rumah teman.. Apa2 hal sy ada kat rumah..

Terima kasih byk2 ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2015 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 26-4-2015 08:39 PM
Adik @mai she.  Apa pun ujian atau  kegagalan yg kita tempuhi pada hari ini anggaplah ianya sebagai  ...

terima kasih..
Memang plan dulu nak masuk ambik sijil tapi kwn2 wakrmtu belajar dengan pakcik tu kata buang masa sebab pembelajaran diorang tu semua basic.. mcm belajar baju kurung je.. Dah la 6 bulan x silap..

lepas belajar dengan pakcik tu saya belajar dengan auntie cina..  Auntie tu pun baik sangat.. 5 6 bulan gak dgn dia.. Sy stop belajar kejap sbb busy budak2 nak exam..

Btw, terima kasih.. Mungkin sy tak cukup berdoa lagi.. Sy sgt positif tp makin lama jadi senget..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2015 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
wanie84 replied at 26-4-2015 10:24 PM
adik kalau pndai menjahit dan minat boleh teruskan sambil bekerja.
lgpun duit dah ada so boleh beli ...

Dulu sy pernah meniaga tudung waktu bosan2 tunggu pakcik tu dikedai sbb pakcik tu selalu sgt tak ada.. sy jahit tudung2 sy.  Shawl biasa jual online.. Waktu tu adik kakak ipar sy tolong jualkan kat sekolah dia kat KL.. budak lagi tingkatan 2.. Tapi dia tak jujur sebab ada satu kali tu sy kira2 duit x cukup. Bila tanya dia cakap dia pinjam nak keluar dgn kwn.. walaupun rm100 je tp tu la duit sy buat rolling modal beli kain..  lepas tu sy stop dari kedai pakcik tu terus sy tak jual dah sebab mesin tu sy guna mesin kedai. Mesin sy pulak yg tak sampai2 4 bulan tu. Hehehe

terima kasih byk2.. Sy akan cuba buat yg lebih baik lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 12:13 AM | Show all posts
Takyah pkla ckp org. Diorang bukn bgi ko duit untuk mentekedarah. Yang stress psl kata org ni pesal?


Ko tahu tak. Ada je org dok mengata family aku.But family aku rilek je.Mak aku punyalah mkn duit halal, ada ustaz buat fitnah mak aku jual lendir. Mak aku terima tapi taklah sampai nak tumbuk dinding bgai.
ada lagi perbuatan org kt family aku tapi biarlah rahsia..(series,aku tak maaf  ustaz tu ckp cmtu.Ustaz tu fitnah sbb dia dengki dgn family aku. Punyalah family aku ikut cara islm hidup..)

Oh ya,takyahlah rasa malu ke pe. Ko patut rasa malu kalo ko perempuan jalang. Haa,tu patut rasa malu. Yang penting ko jaga diri...iman ko tu tebal.  


pokok pangkalnya,takyah  peduli ckp org.. Org ckp je. Ko yang kebulur tkde duit,mereka nak tolong ke?ko pk cmtula. Mak aku pk cmtu, dia tak peduli hinaan org dan umpatan org


Biar duit sikit.asal happy. ..

Yang penting happy. Hubungan kita dengan Allah terjaga.



ko rsa,org yg dok tanya soklan bangang kat ko tu,happy ke?ntah2 ank jadi bohsia.... ..atau laki ada betina lain.......

Ko kena bangga ko jadi cikgu taw.hehehe. Dlm. hidup ni,kena pentingkan diri dan family.

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 12:15 AM | Show all posts
aku mmmg kaso tt.so sorry klo ko sentap. terimala pendpt aku.muahaha. free2,gi jenguk karya aku kat bod brp. muahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 12:54 AM | Show all posts
x payah dengar cakap2 orgl dorang bukan tahu apa masalah kita. asalkan kita happy dgn apa yg kita buat sudah lah.. lgpun rezeki dh ditentukan oleh Allah. tinggal lg kita berusaha & berdoa. InsyaAllah ada lah tu cahaya di penghujung terowong tu nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 01:21 AM | Show all posts
dear tt..
X semua siblings berjaya dlm hidup..
Mesti ada sebab, knp tuhan sekat rezeki awk sekarang..

Mungkin utk mengajar anda lebih kuat dan tidak mudah mempercayai orang di masa akan datang..

Disebabkan awk ada bakat menjahit, bella rasa awk boleh pergi jauh..

Mmg boleh berjaya dlm hidup jika kembangkan kpd bidang perniagaan menjahit..

Cuma anda xde financial kukuh utk buat biznes..

Btw tt, birthday kau sebijik mcm aku..
Kita kembar terpisah ke? Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 01:24 AM | Show all posts
Aku rasa ko kena start menjahit secara serius..sbb bnyk income Dr mejahit ni...
Aku pon teringin nk blaja mejahit...Skrg aku tgh buat master...
Nnt habis memg nak amik kelas jahit utk side income...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 01:41 AM | Show all posts
u feel down..
meh me cita.. hari ni me ada penyewa ugut
kata tak mau bayar sewa sebab bil elektrik tinggi..
me rasa mahu aje pegi rumah tu dan kapak terus wayar electric
dan terus kata ha sekarang dah tak perlu bayar electrik sebab no more electrik...

moral my cita, kekadang bila kita feel down, ada orang lebih teruk dari kita..
bila me baca cita u, rupanya u lebih teruk dari apa me alami...

tetapi itulah business.. awal awal memang memacam akan berlaku sebab
kita masuki bidang yang kita tak pernah tahu, tapi dengan hari berjalan, kita ambil
ianya semua sebagai pengajaran...

me nasihatkan jangan rasa down, ambil ni sebgaai cabaran.. terus belajar menjahit,
jangan putus asa, tapi jangan sesekali lupa benda yang buat you down, ambil
sebagai pengajaran, ingat dan next time jangan biarkan u ditimpa benda yang sama lagi,
sebab u dah alami dan u tahu, so sekadar kena hindarkan dari berlaku lagi..

me banyak pengalaman dari buat rumah sewa ni, halau penyewa pun dah..
saman penyewa pun dah .. business kan, mana ada business best best aje dari mula sampai penghujung..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 02:37 AM | Show all posts
do what you like.

kalau sambung belajar pun, rasa rasa bila dah dapat sekeping kertas (ijazah) tu oeh tak nak teruskan dalam bidang tu. kalau ya bagus, teruskan sambung belajar. kalau tak, tak perlu. buat apa nak "puaskan hati jiran/sedara" yang sibuk bertanya. dont waste time study benda yang tak suka semata nak puaskan hati orang lain.

ada member i tak kerja/takde anak. kawan sekolah lama inbox kat fb. bukan nak tanya khabar ke apa. terus tanya you ada berapa orang anak ek? bila jawab takde, member dia tanya kenapa? berapa lama dah you takde? kenapa you tak cuba? bla bla bla. pastu bila tak puas hati dengan jawapan tu dia beralih pulak tanya pasal hal kerja. kenapa you tak kerja. you ada degree. bila my friend jawap, i happy duduk rumah. member dia kata sayanglah you ada degree. you should work. kawan kawan lain semua kerja. gaji semua bagus bagus. gaji tinggi kenapa you tak kerja. annoying kan? satu je my friend tanya balik dengan kawan kepoci  tu. soalannya : macam mana you tau orang gaji besar tu happy? my friend kata im happy with my life, i bersyukur dengan apa yang i ada. bagi kekawan lain yang pangkat besar/gaji tinggi kita doakan saja kesejahteraan mereka. terus pompuan berhenti tanya or mesej. heran pulak bila orang doakan baik baik dia berhenti mesej.

dekat rumah my friend ada bibik jual kuih pun tanya bila nak ada anak. tiap tiap minggu tanya soalan sama kuat kuat depan orang. bila dia jawa baik baik, bibik tu naik muka tanya lagi. so my friend tu satu hari cakap kuat kuat jugak. eh bibik, tiap tiap minggu saya beli kuih, bibik tanya pasal anak ni apahal? pastu bibik tu kata takdelah, majikan dia pun takde anak, adik majikan baru dapat anak. kawan aku cakap baguslah dah dapat anak. so point nya nak tanya soalan sama tiap tiap minggu selama 6 tahun?? terus bibik tu diam.

both cerita kat atas menunjukkan people are having fun atas kesusahan or downside of orang lain. orang cam ni ada kekurangan dalam diri mereka. jadi mereka perli memerli just to feel good about themselves. sibuk nak tahu pasal you etc. kalau you kerja ikhlas for free pun it is none of their business. you tak pinta duit mereka pun. suka sangat manusia ni ngatur ngatur dictate hidup orang. jadi ignore.

Sometimes kalau dah teruk sangat mereka tanya soalan sama over and over again, kita boleh ignore. tapi kalau tak tahan, cari kelemahan dia and kita just tanya dia balik setiap kai dia cuba nak tanya soalan sensitif kepada kita. bukan pasal apa. sebab kita nak dia tutup mulut dia once and for all and biar dia rasa tak selesa bila orang buat begitu pada dia.

pokok pangkalnya buat apa yang you rasa happy.  kejian or pujian tak akan bantu poket kita. kita saja yang boleh bantu poket kita.

kalau suka and rasa motivated menjahit, teruskan saja menjahit. enroll di sekolah yang proper. mana tahu, you boleh jadi tukang jahit/fashion designer yang berjaya nanti?

sekarang ni orang banyak jual tudung. macam fesyen tudung. tudung cam cepat je jahit. baju mungkin lama sikit kan? tapi my tailor sebulan more than RM20000 per month. dia perfectkan jahitan. jahitan begitu halus dan kemas dan sedap memakai.

kalau you rasa so depress and tak leh control, boleh pergi kaunseling juga. mungkin selepas sesi kaunseling tu kita boleh rasa lega mungkin.

apa pun jangan sedih. i doakan yang terbaik buat you. hang in there
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 08:00 AM | Show all posts
Edited by LipasComel at 27-4-2015 08:03 AM

tt... story kau sebijik mcm story aku. cuma situasi je lain. aku pon baru habis belajar. xdapat kerja yg setaraf dgn kelayakan lagi. desperate nk kerja, aku grab je apa2 kerja dulu. siap majikan tu kate utk pengalaman la bagai lah. ending nye gaji aku tak berbayar. almost rm2k aku tak dapat. lepas tu dapat rezeki dkt tmpt lain, tapi masih gaji takde la gah sgt. kadang2 jeles tgk kawan lain sbb ada yg gaji besar. Aku lagi down pasal cgpa aku sama tinggi dengan ahmad maslan, tapi aku kerja tak gah pon, terasa mcm "apa la guna aku excellent student kalau aku tak mampu dpt kerja yg bagus2 dan kena dgn bidang aku...?"

tapi bila baca komen2 sini aku pon cepat2 istifar. betol, rezeki tu Allah yg tentukan. cepat atau lambat je, yg tu kita takkan tahu. Kalau kita doa betol2 InsyaAllah tuhan akan bagi portion yg setimpal dgn kita, amin...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 08:28 AM | Show all posts
apa la dok dengar orang menyalak2 pasal ko dik....orang yang menyalak2 tu bukannya bagi ko makan pun...percaya la dgn rezeki yang Dia bagi...mungkin orang nampak dasar je...gaji kecik, malas, etc...tp guru tadika tu, didik orang, beso pahala nya..gaji biasa? penah ke merungut tak cukup duit??kalau tak penah merungut, tu means rezeki adik murah...gaji biasa, tp x penah x cukup...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 09:16 AM | Show all posts
dik, ko kira ok laa dik, walaupon ada diploma tp keje dah tetap, siap keje dua tempat lagi.. pandai jugak menjahit.. ada kelebihan kat situ.. berbanding dengan adik akak, dia ada degree tapi susah nak dapat keje tetap, skrg pon dia keje kontrak je sambil2 niaga tudung online..

kalau ko sambung degree pon adik, ada jaminan tak ko akan dapat keje dalam bidang ko..

so lantaklah org luar tu nak kata apapon, as long as ko sendiri happy dengan apa yg ko buat, dan belajar bersyukur dengan apa yang ko ada sebab ko kene ingat dik, ramai lagi kat luar sana tu, nasibnya jauh lagi teruk dr ko..
at least dik, family ko masih support ko..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 09:27 AM | Show all posts
macam mana TT cubit dinding??

btw, menjahit kan betul2 untung kalau bersungguh-sungguh, jadi teruskan kerjaya sebagai penjahit~~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.071749 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list