CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1699|Reply: 0

TMJ cadang mata pasukan ditolak bila penyokong kecoh

[Copy link]
Post time 27-4-2015 07:51 AM | Show all posts |Read mode


Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini mencadangkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan hukuman dengan menolak mata pasukan apabila berlaku kekecohan melibatkan penyokong.
Tunku Ismail berkata FAM tidak perlu mengenakan denda.

"Pada pandangan saya, sesiapa yang membuat kekacauan...kita hukum pasukan, jangan hukum menerusi denda kerana penyokong tidak peduli soal duit persatuan.

"Jadi, kita perlu tolak mata kerana ini akan menyebabkan penyokong berasa lebih menyesal kesan perbuatan mereka yang terpaksa ditanggung pasukan," tegas baginda kepada pemberita di sini.

Tunku Mahkota Johor itu berkata hukuman tegas itu demi kemajuan bola sepak negara sekali gus menyebabkan penyokong lebih menghargai pasukan mereka.

Baginda mengulas kekecohan segelintir penyokong Perak dan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, dua hari lepas.

Pada perlawanan itu, Perak menewaskan JDT 2-1.

Mengulas lanjut insiden itu, Tunku Ismail kesal terhadap Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang membuat aduan kepada FAM dan menyifatkan tindakan tersebut sebagai pengecut dengan meletakkan kesalahan kepada penyokong JDT.

"Bagi saya, tindakan itu merupakan tindakan yang pengecut. Oleh kerana takut kena denda, takut duit persatuan keluar, jadi mereka tuduh penyokong JDT yang mula mencetuskan kekacauan," ujar baginda.

Tunku Ismail turut mempersoalkan mengenai pasukan negeri lain yang gagal menitik beratkan soal keselamatan penyokong di stadium seperti yang dilakukan JDT dengan menempatkan marshal serta anggota polis bagi menjaga ketenteraman sepanjang perlawanan.

Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail berkata sebuah stadium bola sepak akan dibina di kawasan Nusajaya bagi menggantikan stadium yang dicadangkan dibina di Forest City, sebelum ini.

Baginda berkata, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu mengenal pasti lokasi secepat mungkin bagi membolehkan pembinaan stadium yang bakal menjadi salah sebuah stadium terbaik di rantau Asia Tenggara, siap dalam jangka masa tiga tahun.


sumber:www.stadiumastro.com
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.040853 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list