View: 2307|Reply: 9
|
Pemandu wanita lebih baik dari pemandu lelaki – Kajian
[Copy link]
|
|
![](http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.92176.1431707205!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_650/image.jpg)
Kajian yang diadakan di London, mendedahkan wanita memandu lebih baik daripada lelaki. Agensi
LONDON 15 Mei – Persoalan berhubung jantina mana memandu lebih baik terjawab apabila satu kajian oleh sebuah syarikat insurans, Privilege Insurance mendapati golongan perempuan merupakan pemandu lebih baik.
Portal Mail Online melaporkan, dalam kajian tersebut, pemandu wanita mengalahkan lelaki dalam beberapa ujian pemanduan yang dijalani 50 lelaki dan wanita.
Mereka diuji dalam 14 aspek pemanduan berbeza termasuk kelajuan, kemahiran pemerhatian, tindak balas terhadap pengguna jalan raya lain, dan pematuhan lampu isyarat.
Wanita secara keseluruhan memperoleh 23.6 daripada 30 mata yang diberikan, manakala lelaki hanya mendapat 19.8 mata.
Kaum hawa juga didapati lebih baik ketika memandu di persimpangan jalan raya paling sibuk di London iaitu Hyde Park Connor.
Kajian itu juga membuktikan kesahihan persepsi stereotaip yang sering dikaitkan dengan cara pemanduan kedua-dua golongan tersebut antaranya lelaki lebih suka mengambil risiko, memandu terlalu rapat dengan kenderaan di hadapan, memotong barisan, melanggar lampu isyarat atau berbual di telefon, dan menghantar teks ketika memandu.
Wanita pula lebih bersopan-santun dan bertimbang rasa selain lebih berhati-hati ketika menghadapi keadaan lebih berbahaya, menggunakan cermin sisi dengan betul, dan berhenti di lampu isyarat.
- http://www.utusan.com.my/berita/luar....KtlMaCds.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
tak perlu bancian sendu nak claim jantina pelbagai.. pengalaman memandu di ajaln raya sudah cukup untuk membuktikan jantina mana yang very careless and negligence. tadi baharu saya hanjengkan sekor cikki hauk main masuk jah dari tepi jalan ke tengah jalan, ala ala tak lehat kanan, hello! |
|
|
|
|
|
|
|
hasil kajian yang paling lawak di abad ini. ![](static/image/smiley/default/3laugh.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba buat kajian kat malaysia. Rasanya lelaki lebih baik ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
jiran perempuan naik alphard bawak kereta cam nak racing di kawasan rumah. very selfish!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kajian di malaysia xkan dibuat kot sbb da jelas![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
jgn ler dk stereotaip sgt |
|
|
|
|
|
|
|
cool...at least british ladies tak der lah nak racing maut dengan Ford Ka atas jln sampai bunuh orang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|