Pastinya peminat Harimau Selatan gembira dengan berita ini. Dikhabarkan, filem itu akan diarah pengarah yang kini berhijrah ke Johor Bahru kerana membuka akademi filem, Ahmad Idham. Sesi uji bakat mencari pelakon juga akan diadakan dalam masa terdekat.
Filem akan berkisahkan perjalanan hidup pemain bola sepak dan tercetusnya idea ini berikutan peningkatan populariti pasukan bola sepak Johor DT di kalangan peminat bola sepak tempatan. Filem ini turut perkenan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim Ismail.
Nampaknya, filem Red Warriors The Movie yang berkisar pasukan bola sepak Kelantan yang dijang-ka ditayangkan hujung tahun ini, sudah ada pesaing terdekat.
Mampukah kedua-dua filem berkaitan bola itu merancakkan kembali industri dan kutipan filem tempatan? Kami juga berharap, adanya filem dengan idea sebegini mendapat perhatian dan sokongan padu semua golongan, bukan setakat peminat bola dari negeri Kelantan atau Johor saja. Kami hanya tahu pasal bola, memang tidak arif pasal filem.