Story 2 (Edisi new year, 5/1/2016) : update post #132 : Tok jamal - tokti - yasin sulaiman bakal berganding dalam konsert? update : practice AJL rupanya, ampunn meols silap
-----------------------------------------------
Story 1 : Tok Jamal cari jodoh (Edisi tahun lepas, 18/5/2015)
Mengakui sunyi dan memerlukan teman hidup, Datuk Jamal Abdillah yang kini berusia 56 tahun menyatakan isi hatinya bahawa dia terasa keseorangan malah turut menjelaskan meminati wanita bertudung untuk dijadikan isterinya.
“Saya ini seperti anda semua semestinya ingin mempunyai teman hidup (isteri), namun sehingga kini masih tidak dapat mencapai impian itu. Sekarang rasa terhibur kerana dikelilingi ramai peminat, tetapi apabila tiba di rumah terasa sunyi kerana keseorangan”
“Saya meminati perempuan yang bertudung dan tidak kisah dari mana,” katanya dipetik daripada Harian Metro ketika membuat persembahan di Konsert Gemilang Bersama Datuk Jamal Abdillah di sebuah hotel di Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
Penyanyi tersohor ini mengakui dia masih menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga kerana kesunyian semakin dirasai selepas agak lama hidup solo. Jamal sebelum ini pernah berkahwin tiga kali.
Post time 18-5-2015 05:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
perhatian pd gadis2 yg hadap sgt nk berlaki kan laki berusia dan berpangkat datok bagai
ha apa tunggu lg g la minang tok jamal ni
drpd sibuk ganggu laki2 mak datin puan seri bagai
baik kamu amik yg bujang gini..
tade hati yg tergores.
Osama memberitahu sebagai anak, beliau sedar bapanya mahu yang terbaik termasuk aspek kehidupan dan masa depan. "Saya percaya setiap ibu bapa mahu yang terbaik untuk anak mereka. Jadi saya tak boleh melawan cakap mereka. Saya memang tak pakai telefon bimbit. Apatah lagi mempunyai akaun laman sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook. "Dulu pernah ada sekejap akaun laman sosial tapi sebab saya pernah leka belajar hingga gagal dalam peperiksaan, terus babah suruh tutup. Babah nak saya fokus belajar," katanya.
Post time 18-5-2015 06:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Datuk Jamal Ubaidillah bin Haji Ali, dikenali sebagai Jamal Abdillah (lahir pada 7 May 1959) adalah penyanyi pop dan pelakon Malaysia. Kerjaya nyanyian Jamal bermula pada tahun 1973. beliau memenangi pertandingan nyanyian Bintang RTM pada tahun 1979. Selepas kejayaan itu, beliau menyambung kerjaya dalam bidang nyanyian dan seterusnya membintangi beberapa filem sebagai pelakon utama seperti 'Azura'.
Jamal Abdillah adalah anak sulung dari 7 adik beradik. Berkahwin sebanyak 3 kali, beliau dikurniakan 2 orang cahayamata lelaki Osama Yamani dan Ahmad Zaki Yamani