View: 10037|Reply: 56
|
Mamat ex-sepah anjur konsert lagenda rock?
[Copy link]
|
|
Edited by susukambingbest at 4-6-2015 09:46 AM
Sori mod..klu da ada leh katup ye..malas nk korek hehe.. trtarik coz tgok intebiu kt galaksi td.. bnyk gak wit dia
Pelawak dan penyampai radio, Mamat sanggup mengambil risiko melaburkan kos sebanyak RM500,000 untuk menganjurkan konsert Rock Lagenda (Jelajah Rock) menerusi syarikatnya Idearts Creativo.
Konsert tersebut akan menampilkan barisan lagenda tersohor, Datuk Ramli Sarip, Awie, Ella, Mus (May) dan gitaris Man Kidal.
Biarpun menyedari keadaan ekonomi sekarang kurang baik lebih-lebih lagi masyarakat kini berdepan dengan kos sara hidup yang lebih tinggi sejak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April lalu, Mamat menyatakan pihaknya yakin konsert tersebut akan mendapat sambutan hangat.
"Kita sedar dan faham dengan keadaan ekonomi semasa sekarang. Bahkan kalau ikut perancangan asal, konsert ini sepatutnya bermula pada Februari tetapi pihak kami menghadapi kesulitan apabila banyak pihak yang terlibat tidak mahu memberi kerjasama kerana mereka merasakan rugi jika segala rundingan dibuat sebelum GST.
"Jadi, mahu tak mahu kami terpaksa menunda dan menjalankan selepas GST. Mujur juga di setiap lokasi saya dapat penajaan seperti hotel penginapan dan makan.
"Kos keseluruhan untuk melaksakan konsert ini menelan belanja RM500,000. Bagaimanapun, saya yakin dengan penampilan lima lagenda hebat, konsert ini akan tetap mendapat sambutan ramai.
"Malah lokasi-lokasi yang dipilih mampu memuatkan 10,000 ribu penonton dalam satu masa," katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman konsert berkenaan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, semalam.
Konsert yang turut mendapat kerjasama PLG (Park Lane Grup of Company) dijangka berlangsung selama 3 jam di lokasi pertama di Stadium Tertutup Perpaduan Petrajaya, Kuching pada 31 Mei ini diikuti Stadium Miri, Sarawak (6 Jun).
Kemudian Jelajah Rock ini akan diteruskan ke Semenanjung Malaysia bermula dengan Stadium Tertutup MPPG Pasir Gudang (30 Ogos) dan diteruskan ke Pantai Timur pada 13 September di Stadium Tertutup Supka, Kuantan, Pahang.
Seterusnya, mereka akan menemui peminat di Utara Semenanjung, di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar (10 Oktober) manakala Stadium Melawati Shah Alam akan menjadi lokasi terakhir iaitu pada 17 Oktober 2015. Tiket-tiket konsert boleh didapati di ticket2u.biz
Sementara itu, bercerita lanjut mengenai pembabitannya kini sebagai penganjur konsert, Mamat menyatakan dia memang sudah lama memasang impian mahu bergelar penganjur konsert.
Dengan wang simpanan yang dikumpul semenjak bergelar artis kira-kira enam tahun lalu serta bantuan sokongan daripada keluarga, Mamat menubuhkan syarikatnya dan membuat perancangan demi perancangan untuk merealisasikan projek konsert berkenaan.
"Sejak dulu lagi saya memang bercita-cita nak buka syarikat dan anjurkan. Saya laburkan duit simpanan saya dan mendapat bantuan keluarga untuk mengusahakan penubuhan syarikat dan projek konsert ini.
"Sebenarnya, selama ini saya banyak pergi ke konsert artis tempatan dan daripada situ saya buat pemerhatian dan 'curi' ilmu dan belajar selok belok bagaimana mahu menganjurkan sebuah konsert.
"Selain itu saya juga mendapat bantuan daripada rakan dan orang-orang berpengalaman dalam bidang ini.
"Segala urusan saya buat sendiri termasuklah saya sendiri yang berjumpa dengan lagenda-lagenda ini dan menawarkan kepada mereka.
"Alhamdulillah, walaupun mereka sibuk dan saya tahu memang susah mahu mengumpulkan mereka berlima tetapi mereka bersetuju memberikan kerjasama dan menjayakan konsert ini," kata penyampai radio Ultra.FM ini lagi.
Dalam pada itu, Mamat berkata, dia memilih mahu menganjurkan konsert Rock kerana minatnya memang ke arah genre muzik itu.
"Jiwa saya bukan berlawak tetapi sebenarnya lebih cenderung ke arah muzik dan saya paling suka Rock.
"Insha Allah, jika projek sulung saya ini berjaya, saya mahu merancang untuk menganjurkan konsert pelawak pula pada masa akan datang," katanya.
Disebabkan hanya mahu fokus kepada dua biang kerjayanya iaitu sebagai penyampai radio dan penganjur konsert, Mamat terpaksa menolak tawaran berlakon.
"Tawaran berlakon ada tapi buat masa ini saya mahu fokus pada radio dan syarikat saya, jadi saya terpaksa menolak secara baik tawaran tersebut," katanya
kredit malaysiandigest |
|
|
|
|
|
|
|
mamat nih ?
ingatkan mamat exist |
|
|
|
|
|
|
|
Bagusla mamat ada wawasan
Jauh beza tu dgn mamat exist |
|
|
|
|
|
|
|
Taja ker melabur?
Benda yg berbeza ni |
|
|
|
|
|
|
|
sukacactus replied at 22-5-2015 10:55 PM
Bagusla mamat ada wawasan
Jauh beza tu dgn mamat exist
aah kan....wlpn mamat ni hampeh & poyo tp sekurang2nye die x mcm pokcik mamat yg gelap mata bile mng duit wlpn suara sdp itu.....huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
die kate bantuan kuarga? die ni drp kuarga kaya ke? tp mse time raja lawak dlu pnh tunjuk umah family die shuib n jep. klo x silap antara drg br3 kuarga mamat ni yg paling senang nmpknye |
|
|
|
|
|
|
|
mamat sepah ? emmm anyway rindu ella |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat mamat mana la.. Rupanya mamat sepah..
Ok best! Ramai org rindu zaman-zaman 90an ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-5-2015 12:23 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
bgus la.. nmpk lbih matang skrg ni brbnding prngai hauk dolu2 msa wrtawan tu tnya ko bt biz ape smpai ko blh pnggil otai2 bt knsert ni.. dia bnyk mngelak n ckp xsgka gak otai2 tu sume snang nk bwk brbncg.. hrga ssuai la dgn taraf dorg |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-5-2015 12:29 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
juliez replied at 22-5-2015 11:07 PM
Taja ker melabur?
Benda yg berbeza ni
oo ok2 tqvm.. mlabur la.. taja tu free kn hehe |
|
|
|
|
|
|
|
babyorange replied at 22-5-2015 11:42 PM
die kate bantuan kuarga? die ni drp kuarga kaya ke? tp mse time raja lawak dlu pnh tunjuk umah famil ...
Adik beradik heols boleh tahan jga kerjayanya. Abg long heols dulu kerja di manager di shell skrg kerja nun di qatar. Mamat ni je yg agak tersasar sikit sekolahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
oh mamat sepah rupanya! fuyoo... |
|
|
|
|
|
|
|
Mat2,kaya ko rupanya mat |
|
|
|
|
|
|
|
penah jmp dia ngn awek kat ikea restaurant few months ago.. nmpk ok2 je.. cool n rileks je.. nmpk lebih matang.. x busuk sgt dah..
bagus jugak dia ni pandai carik rezeki.. jadi dj radio ultra pon ok, cuma nmpk mcm kurg ilmu pengetahuan sket |
|
|
|
|
|
|
|
juliez replied at 22-5-2015 11:07 PM
Taja ker melabur?
Benda yg berbeza ni
aku dgr kat galaksi mamat ni penganjur. |
|
|
|
|
|
|
|
sian je dgr psl sepah tu...sejarah hitam katanya.kwn dr sek ngan jep,shuib..last2 jd gni.apala gamak kesnya.
gud luck mamat..i sokong org yg positif..lg plk,ko nmpak wangi siket sbsbb xbuat lawak bodoh...rezeki ko la tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|