OPM mengisytiharkan perang revolusiner dari daerah Sorong hingga ke Merauke.
JAYAPURA - INDONESIA. Pertubuhan Kebebasan Papua (OPM) mengisytiharkan perang terbuka terhadap tentera Indonesia.
Komander sayap bersenjata OPM, Enden Wanimbo berkata, perjuangan mereka menuntut kemerdekaan di wilayah itu belum berakhir.
Memetik laporan Jakarta Globe, OPM mengisytiharkan perang revolusiner dari daerah Sorong hingga ke Merauke.
"Ini bermakna kami melancarkan perang habis-habisan terhadap Indonesia di bumi Papua," katanya.
Tambah Eden, pihaknya menolak sebarang rundingan dengan Jakarta dan pertubuhan itu hanya mahukan kemerdekaan.
Sementara menurut seorang lagi, Komander OPM, Puron Wenda menegaskan bahawa pertubuhan itu sudah bersedia untuk berperang.
"Kami tidak mahu lagi mengadakan sebarang dialog dengan Jakarta kerana mereka sering menipu.
"Indonesia perlu keluar dari wilayah ini kerana kami akan meneruskan perjuangan menuntut kemerdekaan," katanya.
Indonesia menguasai wilayah Papua ini melalui pungutan suara pada 1969, bagaimanapun pungutan suara itu kini dianggap sebagai helah untuk menguasai wilayah berkenaan.
|