CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: changa=famri7

[Jenayah] 'Taib Mahmud dapat Rolls-Royce RM3.7 juta'

[Copy link]
Post time 26-5-2015 05:55 PM | Show all posts
teringin juga nak naik Rolls-Royce Phantom....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2015 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 26-5-2015 10:07 AM
tatau la sis. tp kalau tengok kekawan iols yang org sana ... cam respect sgt kat dia ni.

Hang ni mmg bwk citer tipu je!mana bukti rakyat sembah ratu kat dia?rakyat kalau boleh nk dia mampus cepat sikit!xpon nk keturunan dia pupus dr bumi swak tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ni masa pertabalan sultan nazrin hari tu

Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 06:57 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 26-5-2015 09:14 AM
mamat ni kaya gila aku teringin nak tau pendapat sarawakian pasal dia dan apa yang dia dah buat

dia nih.... Mahathir and Najib combined pon lom tentu leh kalahkan dia...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dah pakai cawat ade hati pakai roll royce
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 08:17 PM | Show all posts
anggap je lar tu rezeki dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2015 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sarawak tu kan dia yg punye..apa nak heran.

Nasib baik muka dia x hensem dan berbada sado..harus korang makin jeles..yg pompuan pulak...dok puja2
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 08:58 PM | Show all posts
GhostWalking replied at 26-5-2015 09:14 AM
mamat ni kaya gila aku teringin nak tau pendapat sarawakian pasal dia dan apa yang dia dah buat
ni pendapat pribadi

ramai mengutuk dia rasuah .. dia perah harta kekayaan sepatut nya menjadi milik rakyat Sarawak..
tapi..
pemimpin mana kat Malaysia ni tak buat gtu?
beza cuma banyak atau skit
dia makan banyak tapi dalam masa yang sama dia juga membangunkan juga Sarawak ni
berbanding dengan bertimbun ja pemimpin makan banyak , berak banyak , korek lubang tutup lubang dan tak reti2 nak menjaga kawasan sendiri

alhamdulillah zaman dia dah berlalu
the best CM untuk Sarawak sekarang
my Pak Nan




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2015 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 26-5-2015 12:58 PM
ni pendapat pribadi

ramai mengutuk dia rasuah .. dia perah harta kekayaan sepatut nya menjadi mi ...

Cuma masa sebelum dia berhenti banyal juga ura2 yang ditimbulkan.kalau baca sarawak report mmg banyak juga
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
phonon replied at 26-5-2015 10:57 AM
dia nih.... Mahathir and Najib combined pon lom tentu leh kalahkan dia...

Bab apa tu yang tak boleh kalah haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 09:52 PM | Show all posts
Dia kayalah...bkn stakat keter, company keter rolroyce tuh pon dier boleh beli sekelip mata tau...
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2015 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking replied at 26-5-2015 09:41 PM
Bab apa tu yang tak boleh kalah haha

bab bini la. rosmah campur hasmah still ragad menang.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 11:14 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 26-5-2015 09:38 PM
Cuma masa sebelum dia berhenti banyal juga ura2 yang ditimbulkan.kalau baca sarawak report mmg ban ...
haha yer yang..
dia memang banyak kontrobesi
tapi tu la kan
pemimpin maner kalau kat tempat dia kat Malaysia ni akan nengok2 ja lubuk emas tu dan tak kaut kaw2
kecuali my Pak Nan
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 11:20 AM | Show all posts
pittjie replied at 26-5-2015 02:40 PM
bab bini la. rosmah campur hasmah still ragad menang.

ragad badan ketat banyak makan kambing la aku rasa
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 11:21 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 27-5-2015 03:14 AM
haha yer yang..
dia memang banyak kontrobesi
tapi tu la kan

pak nan tu umur berapa agaknya.memang karekter bapak2 sangat kan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga cepat mampos... Mintak penggali kubur korek ikut saiz phantom tu.. Boleh relaks2 kena soal malaikat maut kat seat belakang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2015 11:29 AM | Show all posts
rm3.7m tu macam rm5 ribu jer bg dia
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 11:43 AM | Show all posts
GhostWalking replied at 27-5-2015 11:21 AM
pak nan tu umur berapa agaknya.memang karekter bapak2 sangat kan.
memang bapak2 yang .. datuk2 lebih tepat kot (pssst!~ macam my Pak Lah )
dah 71tahun ..

Mengapa Tok Nan? Tinggi harapan kami terhadap anda!


oleh Edgar Ong
KOMEN: Lima belas bulan lalu, ketika Adenan Satem dipilih Taib Mahmud untuk menggantikannya sebagai ketua menteri, ramai warga Sarawak pada mulanya merasa bimbang namun pada masa sama berharap yang pertukaran nakhoda adalah tanda negeri itu akhirnya akan mengalami perubahan – selepas 33 tahun yang panjang pemerintahan seorang lelaki yang tegas dan kedekut.

Sesetengah yang bersikap pesimis amat ragu memandangkan Adenan sendiri naik dan datang daripada PBB dan lebih dilihat sebagai seorang pengikut, bukannya individu yang mampu keluar daripada kelompok dan membuat legasi sendiri.

Lima atau enam bulan terakhir ini telah menyaksikan sedikit iltizam politik yang baru apabila Adenan mula membuat gelombang. Ia telah mendekatkan dirinya dengan sejumlah besar mereka yang sebelum ini dikenali sebagai amat anti-Taib dan dasar-dasar negeri dahulu. Kini ramai yang mula berubah fikiran.

Sebahagian daripada banyak perubahan yang dilaksanakan Adenan tercetus daripada keputusan yang mudah tetapi tepat:

    Memberi amaran, dan kemudian menangkap, membeku dan menyita akaun dan aset semua yang terlibat dalam pembalakan haram (namun beliau telah mengarahkan SPRM menamatkan pembekuan sesetengah akaun agar syarikat dapat membayar gaji pekerja);
    Menamatkan terlalu banyak hal-hal formal dalam majlis rasmi, apabila beliau meminta agar dipanggil sebagai KM atau Adenan sahaja, bukannya dimulai dengan pangkat yang panjang. Malah beliau sendiri memanggil PM sebagai ‘Ajib Kor’;
    Mengurangkan kos elektrik seluruh negeri, walaupun mutakhir ini sesetengah pengguna mengadu bil mereka meningkat. Maka hal ini masih belum dapat ditentukan;
    Memansuhkan tol tiga jambatan utama seluruh negeri, pertama di Limbang; kemudiannya Sibu dan bakal diikuti dengan Kuching. Walaupun ia untuk kesan politik, tetapi tetap baik buat pengguna.
    Membuat kenyataan terbuka bahawa semua warga Sarawak adalah seratus peratus rakyat Malaysia dan tidak boleh dipanggil ‘pendatang’; dan Umno serta cara politiking mereka tidak dialu-alukan di negeri tersebut;
    Melarang individu seperti Ridhuan Tee dan Ibrahim Ali daripada masuk ke Sarawak, serta sesetengah tokoh DAP dan PKR yang dilihat ‘kasar’ atau yang beliau lihat sebagai radikal;
    Menyumbang RM4 juta kepada 31 sekolah persendirian Cina di Sarawak, dan
    Mengulang penekanan sikap pentadbirannya yang menyokong kebebasan agama, sama ada Kristian, Buddha, Hidu atau Sikhisme.

Dengan semua ini dan banyak lagi, Adenan telah mencuba yang terbaik untuk memisahkan dirinya daripada dasar keras dan tegas pendahulunya. Beliau telah mematikan gelombang kempen pembangkang (PKR dan DAP) dengan melaksanakan apa yang disasarkan mereka selama ini! Apa lagi isu yang ada buat mereka pada pilihanraya negeri (PRN) akan datang? Apatah lagi sasaran utama mereka pada PRN lalu adalah Taib?

Credit : KMS



S'wak serap GST, kata ketua menteri

Sarawak akan menyerap cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi perkhidmatan perbandaran dan kerajaan negeri, umum Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem semalam.Beliau yang berkata langkah tersebut adalah sebahagian usaha kerajaan negeri meringankan beban rakyat.

Adenan bagaimanapun tidak menyatakan bila penyerapan GST itu akan dikuatkuasakan.Menurutnya, kerajaan negeri menyedari pelaksanaan GST telah mengakibatkan kenaikan harga beberapa barangan di negeri ini dan secara langsung membebankan rakyat.

“Kita akan bayar (GST kepada Kerajaan Persekutuan) bagi pihak rakyat. Perkara ini kita buat semata-mata untuk Sarawak,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pemansuhan kutipan tol Jambatan Lanang di Sibu.Setakat ini, Terengganu dan Pulau Pinang telah mengumumkan akan mengikut jejak langkah Johor menyerapkan GST yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi perkhidmatan yang disediakan kepada rakyat sementara Pahang dan Selangor masih mengkaji perkara tersebut.

Sebelum ini Adenan telah menurunkan tarif elektrik bagi pengguna domestik dan industri, memansuhkan kutipan tol jambatandan mengurangkan kutipan bayaran feri bagimenyeberang sungai-sungai di negeri itu.Beliau turut memberitahu akan terus berusaha dalam rundingannya dengan Petronas untuk mendapatkan pertambahan royaliti hasil minyak dan gas bagi Sarawak dari lima kepada 20 peratus.Hasil rundingan itu sehingga kini, Petronas telah memperuntukkan kontrak bernilai RM2.1 bilion diagihkan kepada syarikat-syarikat Sarawak.

Sumber: Bernama

jauh berbezakan.. dari yang terdahulu ..


Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 11:47 AM | Show all posts
tak per time mati nanti leh bawak sekali.....
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2015 11:48 AM | Show all posts
apsal masuk kategori jenayah??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.084871 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list