CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangPC2

JKT48 '' Jakarta 48 '' sister group AKB48

[Copy link]
 Author| Post time 9-1-2016 04:16 PM | Show all posts
JKT48 bukan kumpulan picisan



Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my





JKT48 yang terdiri daripada (dari kiri) Rona Anggraeni, Jessica Veranda, Melody Nurramdhani Laksani, Haruka Nakagawa, Nabilah Ratna Ayu Azalia dan Cindy Yuvia mahu dikenali di seluruh dunia.


KUMPULAN AKB48 sangat popular di Jepun dan mempunyai sejarah yang tersendiri, manakala kumpulan JKT48 yang berasal dari Indonesia pula merupakan francais pertama kumpulan AKB48 di luar Jepun.

Berada dalam organisasi yang sama dengan AKB48, kumpulan JKT48 memiliki seramai 49 orang ahli berusia antara 13 sehingga 22 tahun.

Bertemu dengan enam orang ahli JKT48 iaitu Melody Nurramdhani Laksani, 21, Jessica Veranda, 20, Haruka Nakagawa, 21, Cindy Yuvia, 15, Nabilah Ratna Ayu Azalia, 14, dan Rona Anggraeni, 18, jelas sekali kumpulan ini memperlihatkan sisi lain dalam persada muzik Indonesia.

Berpakaian seragam hijau berkilat dengan fesyen yang didatangkan khas dari Jepun dan muzik yang berkiblat dengan muzik J-Pop, JKT48 mempunyai tarikan yang tersendiri.

“JKT48 bukan sekadar kumpulan muzik tetapi ia umpama sebuah sekolah muzik. Berbeza dengan kumpulan K-Pop, mereka diberi latihan intensif beberapa tahun sebelum terjun ke industri muzik.

“ Kami pula, selepas terpilih daripada sesi uji bakat, akan terus diserap dalam kumpulan JKT48. Proses latihan dan pembelajaran akan berjalan seiring dengan kerjaya kami, ” ujar Melody ketika ditemui di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Terlalu ramai ahli kumpulan tidak mendatangkan masalah untuk mereka setiap kali mengadakan persembahan. Kata Melodi, setiap kali persembahan seramai 16 orang ahli akan terlibat daripada 49 orang ahli secara keseluruhannya.

Bahkan kumpulan JKT48 dibahagi kepada tiga sub unit iaitu kumpulan J yang mempunyai 23 orang ahli, kumpulan KIII (17 orang ahli) dan pelatih seramai sembilan orang ahli.





JKT48 mempunyai jawapan tersendiri terhadap kritikan bahawa vokal mereka tidak hebat.


“Selain jemputan persembahan pentas serata Indonesia, kami juga mempunyai pementasan teater sendiri di pusat beli-belah fX Sudirman di Jakarta.

“ Peminat boleh membeli tiket dan menyaksikan persembahan kami setiap hari yang diadakan secara giliran. Tidak hanya dapat bertemu peminat, teater itu merupakan pentas latihan terbaik untuk kami, ” ujar Melody.

Kumpulan yang telah melahirkan sebuah album berjudul Heavy Rotation dan muncul dengan tiga buah single iaitu River, Yuuhi Wo Miteiruka dan Fortune Cookies In Love itu juga mempunyai seorang ahli pertukaran dari kumpulan AKB48, Haruka Nakagawa.

Selepas hampir setahun bersama JKT48 dan menetap di Indonesia, Haruka seolah-olah sudah sebati dengan budaya dan bahasa Indonesia. Dia langsung tidak kekok untuk berbahasa dalam dialek Indonesia dengan begitu baik sekali.


“Memang saya berasal dari Jepun tetapi apabila dipindahkan ke Indonesia saya rasa seronok. Mula-mula memang sukar kerana bahasa yang sangat berbeza, lama-kelamaan semuanya menjadi mudah.

“ Rakan-rakan banyak membantu untuk saya lebih memahami budaya dan bahasa Indonesia dengan cepat. Bagi saya berada dalam AKB48 dan JKT48 tiada banyak bezanya.

Saya masih memakai baju seragam yang sama, menyanyi lagu yang sama cuma bahasanya ditukar ke Indonesia, ” kata Haruka.

Disoal tentang kumpulan seperti mereka selalunya memberi persembahan tarian yang hebat, tetapi vokalnya tidak sehebat mana, Jessica mengatakan setiap ahli mempunyai kelebihan masing-masing.

“ Mungkin ada antara kami tidak mempunyai vokal yang hebat tetapi kemahiran tarian yang bagus. Apabila digabung menjadi satu kumpulan, kelemahan dan kelebihan yang dimiliki saling melengkapkan kami.

“ Kami juga sentiasa memperbaiki kelemahan yang ada setiap hari dengan menghadiri kelas tarian dan vokal. Bagi kami berada dalam JKT48 bukan sekadar popular semata-mata tetapi juga dinilai dengan bakat, ” luah Jessica.

Mungkin ramai yang menganggap kumpulan JKT48 hanya sesuai untuk gadis belasan tahun dan tidak akan bertahan lama.

Bagaimanapun buat Melody, impian mereka cukup besar. Bukan sekadar ingin dikenali di Indonesia dan Asia tetapi seluruh dunia.

“ Sekarang, kami hanya dikenali di Indonesia dan beberapa kali telah mengadakan persembahan di Jepun bersama kumpulan AKB48.

“ Sasaran kami lebih besar, kami mahu nama JKT48 dikenali serata Asia dan seluruh dunia. Bagi saya itu bukan misi mustahil jika kami semua berusaha dengan gigih dan muzik kami dapat menarik minat pendengar pelbagai bangsa, ” ucap Melody lagi.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-1-2016 12:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2016 11:51 PM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 14-1-2016 11:53 PM

JKT48 Request Hour Setlist Best 30 2016









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2016 11:54 PM | Show all posts
Senbatsu Kalender JKT48 2016









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2016 10:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2016 11:07 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-1-2016 02:22 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2016 10:39 AM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 29-1-2016 08:23 PM

RTV THE ICHIBAN - Episode 05 (10/1/2016)







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-1-2016 10:40 AM | Show all posts
Edited by HangPC2 at 22-1-2016 12:47 PM

RTV THE ICHIBAN - Episode 05 (10/1/2016)







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2016 10:42 AM | Show all posts
RTV THE ICHIBAN - Episode 06 (17/1/2016)







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2016 12:34 PM | Show all posts
RTV Xtra Seleb - Fun Segment with Haruka JKT48 #2 (21/1/2016)









Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2016 08:53 PM | Show all posts
JKT48 - Jawa Pos Group Award 2016


Menang Kategori Group / Duo Terbaik 2016.








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2016 08:57 PM | Show all posts
" Selamat Aki Takajo-sama. Selamat atas Kelulusan-nya dari AKB48. Dari JKT48 Project "





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2016 08:59 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2016 08:27 PM | Show all posts
RTV THE ICHIBAN - Episode 07 (24/1/2016)







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2016 09:02 PM | Show all posts
Happy 1st Anniversary Team T !






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-1-2016 04:37 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2016 01:09 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2016 01:16 PM | Show all posts
BNP Employee Gathering 2016 Ciater (23/1/2016)







Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2016 01:34 PM | Show all posts
JKT48 in Shachou Shima Kousaku








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.091404 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list