View: 3549|Reply: 3
|
Diskriminasi wanita Islam dalam United Airlines
[Copy link]
|
|
Tak habis-habis lagi diskriminasi terhadap Islam. Kali ni berlaku dalam flight United Airlines (milik US).
Sorang wanita bertudung request air softdrink, tak dilayan dengan alasan boleh dijadikan senjata!???
Baca berita ni..
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT . Seorang wanita Muslim Amerika mendakwa menjadi mangsa diskriminasi agama ketika menaiki pesawat United Airlines.
Wanita terbabit, Tahera Ahmad berkata kejadian tersebut berlaku Sabtu lalu, ketika pesawat berkenaan dalam perjalanan ke Washington dari Chicago.
Menurut Tahera, 31, drama anti-Islam itu bermula apabila dia meminta satu minuman Diet Coke yang masih belum dibuka daripada pramugari bertugas.
Bagaimanapun, permintaannya dinafikan atas alasan ia bertentangan dengan peraturan keselamatan penerbangan United Airlines.
Pramugari tersebut juga mendakwa, tindakan itu sebagai langkah keselamatan kerana bimbang tin yang belum dibuka itu digunakan sebagai senjata ketika penerbangan.
"Tidak lama selepas itu, pramugari tersebut memberi satu tin arak yang belum dibuka kepada penumpang lelaki di sebelah saya.
"Apabila saya cuba meminta penjelasan mengenai layanan tidak adil itu, saya sebaliknya diarahkan menutup mulut dan ada penumpang lain memanggil saya celaka," katanya yang juga pengarah sebuah pertubuhan hubungan antara agama di Universiti Nortwestern.
Tahera yang menyangka penumpang lain akan mempertahankannya mula menangis selepas berasa dihina.
Sementara itu, United Airlines dalam satu kenyataan berkata insiden tersebut hanyalah salah faham.
"Kami telah berjumpa dengan Tahera Ahmad dan mengemukakan permohonan maaf kami," katanya. - Press TV
Sumber: Sinar Harian
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
double standard
ntah pape ntah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa samala ummah berlitup pn gemar diskriminasi kt org lain... byk je contoh merata.. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn x tau ...kat US hari2 propa muslim terrorist....hari2 rakyat amerika...kena brainwash....
ni la hasilnye..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|