CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7941|Reply: 65

[Tempatan] Gambar Polis Bantuan Merokok Di Zon Larangan Merokok Tersebar

[Copy link]
Post time 4-6-2015 07:29 AM | Show all posts |Read mode
RAKAMAN gambar dua anggota polis bantuan merokok di zon larangan merokok telah tersebar di laman sosial sejak semalam.

Gambar terebut yang asalnya dimuat naik oleh sebuah page komuniti di Facebook telah mendapat 2700 ribu perkongsian sehingga ke hari ini.

Rata-rata netizen memberi kritikan dan tidak kurang juga teguran ‘pedas’ terhadap anggota polis bantuan terbabit.

“Dia orang memang tak mahu ikut peraturan/undang-undang. Tetapi kita rakyat biasa diwajibkan pula ikut peraturan. Kalau tidak, kena saman,” kata seorang pengguna Facebook yang jelas sekali berang dengan tindakan dua anggota berkenaan.


Meskipun ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati, tampil segelintir individu yang menyelar ‘keyboard warrior’ tersebut agar jangan bersikap hipokrit.

“Jangan jadi hipokrit dan menunding jari terhadap orang lain. Polis juga adalah manusia yang tidak lari dari membuat kesilapan. Mungkin anda semua juga pernah merokok di tempat larangan mereka sama ada dalam sedar ataupun tidak,” katanya individu berkenaan.

Sewajarnya, mana-mana pegawai beruniform haruslah memberikan contoh dan teladan yang baik kepada orang awam.

Kalau dah terlalu ‘sangap’ nak merokok, carilah tempat yang bersesuaian.

Jangan kerana tindakan seperti ini, habis imej polis bantuan dan PDRM turut tercalar.

Sudahlah masyarakat kita suka mencari kesalahan orang, nanti makin teruk pula jadinya
-MYNEWSHUB.CC


sumber
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2015 07:44 AM | Show all posts
Tu lom kire JPJ x pakai seatbelt dgn alasan kalau pakai uniform xpe x pakai.
Parking rata2
Kalau yg ade authority ni mmg selalu melebih2
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 07:51 AM | Show all posts
deme nie mmg cam tue.....jadikan iktibar buat kita
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 07:54 AM | Show all posts
Hamjad sgt dgn perangai diorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 08:09 AM | Show all posts
ohh ... ini gambar kat klia2 ... gambar diambil dari kawasan merokok .. tempat polis duduk tu kawasan open area , luar kedai makan , orang lain pun hisap rokok .
Tapi sign dilarang merokok tu agak konfius ... untuk dalam atau luar ... kalau aku , nampak puntung je , atau org lain dah start rokok , aku pun ON aje ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 08:21 AM | Show all posts
maybe no smoking tu utk bahagian dalam, polis2 tu duduk bahagian luar coz obviously lelaki kat sebelah pakai baju coklat tu pun merokok gak.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2015 09:02 AM | Show all posts
Edited by liyamariska at 4-6-2015 09:03 AM

ni mesti spesis yg amik gambar ni, selalunya depa yg suka amik gambar atau video, pastu edit pastu pi viralkan...

apa yg ai tau kawasan awam mmg dilarang merokok...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:03 AM | Show all posts
alaa..aku pernah nampak... pegawai kesihatan... tangkap orang awam merokok... kira okay la kan... pegawai kesihatan ni dtg..kira x sempat buang la.. diorang akan amik putung tu sebagai bukti.. pastu kena la kompaun brapa ratus ntah.. 300 kot...

yang best nyer plak... masa tu aku tgh minum... depan meja aku ade grup pegawai polis...campur la ngn polis bawahan sekali... aku pon nampak pegawai kesihatan ni.. dok ulang alik kat kantin tu.. dok perati... bajet mesti dia nak ambush la officer tu...

lama gak dia dok ulang alik... kuar masuk... last-2 dia pon kuar.. kenal kan diri...cakap la kat polis tu dia dari kesihatan dan x boleh isap rokok kat kawasan tu dan paling best.. dia bg polis tu abiskan rokok... pastu dia blah... memang cilaker aku ckp kat pegawai kesihatan tu... yg org awam dorang tangkap x da warning.. patut saman je la polis tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2015 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Mia xleh tahan bau rokok..finin fale mia lahhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah terang sign dilarang rokok lagi mau rokok.. Pakai uniform lagi.  Penguatkuasa undang2 lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
mrmerell replied at 4-6-2015 08:09 AM
ohh ... ini gambar kat klia2 ... gambar diambil dari kawasan merokok .. tempat polis duduk tu kawasa ...

Utk luar la sis... Kalau utk dalam letak kt pintu je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:16 AM | Show all posts
Gambar terebut yang asalnya dimuat naik oleh sebuah page komuniti di Facebook telah mendapat 2700 ribu perkongsian sehingga ke hari ini.


perghhh.... 2 700 000 orang dah kongsikannnya. bior betik
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Alah..bukan takat polis je.org ramai pon cenggitu gak.Jantan2 skang x kesah..depan budak pon merokok!
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:18 AM | Show all posts
“Jangan jadi hipokrit dan menunding jari terhadap orang lain. Polis juga adalah manusia yang tidak lari dari membuat kesilapan. Mungkin anda semua juga pernah merokok di tempat larangan mereka sama ada dalam sedar ataupun tidak,” katanya individu berkenaan.


cehhh..dah wat salah camni baru nak ungkit manusia biasa..bila tak wat salah kata kena hormat sbb dorang polis bagai..puuuiiii
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:27 AM | Show all posts
tu kat kawasan luar KFC Klia 2 ..rasanya mmg kawasan merokok sbb disediakan ashtray kat situ...tapi tu lah... signboard no smoking tu khas utk kawasan luar atau dalam..confused aku...tapi kawasan smoking kat luar sebelah mcd tu best..sambil smoing sambil tgk kapal terbang naik turun..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:28 AM | Show all posts
yg dengki kapir pendatang kat Melayu

yg melayu pulak bodoh terus percaya.

larangan merokok tu area didalam cermin
polis tu kat luar open air area

napalah bodoh nak cari kesalahan orang tapi bodoh.

saman je.

kapir suka benar cari alasan nak bantai melayulah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2015 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama je semua perokok ni... bkn pedulikan org or larangan apa pun... lebih2 lg klu yg jnis beruniform ni... mcmla x biasa... klu perokok cm sial hembus asap merata mmg ramai segan mlsnk tegur.. termasuk i.. sbbnya nnti klu gaduh.. org yg menegur tu akan dianggap jahat pula.. selalunya cmtu la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:34 AM | Show all posts
charity starts at home....don't be so apologetic...bg alasan manusia x lari dr kesalahan la...mcm2 alasan diberi...kalau pdrm x bole terima kritikan, sampai bila nak maju?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Otak bingai.. How to respect
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 09:36 AM | Show all posts
mrmerell replied at 4-6-2015 08:09 AM
ohh ... ini gambar kat klia2 ... gambar diambil dari kawasan merokok .. tempat polis duduk tu kawasa ...

agree with ur statement..ini kaw luar..no smoking tu kat bhgn dlm yg aircond tuh..org skrang ni kalau boleh semua nak dipost kat FB/Ig/...hurmmm.... kesian kat penjawat awam tuh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.062421 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list