Edited by maxim at 4-6-2015 12:59 PM
Tasha Shilla Semakin Kurus Kerana Jadi Tikus MakmalKurus memang impian setiap wanita. Mana ada wanita di dunia ini nak jadi gemuk. Kalau boleh semua nak badan macam model. Tapi bila Abang Nara tengok gambar Tasha Shila yang terbaru, rasa macam terlampau kurus la pulak. Macam tak cukup makan. Kalau yang dulu lagi cantik rasanya. Ini dah tahap kurus keding nie.
Namun kalau Tasha Shila bahagia dengan tubuhnya yang sebegini, siapalah kita untuk menghakiminya. Yang penting kurus dan SIHAT. Jangan kurus sampai pengsan-pengsan tak cukup makan sudahlah. Apa pun, Tasha Shila jadi begini kerana sedang mencuba produk minuman keluarannya. Kata Tasha:-
Saya bukan makan hati… sebenarnya saya jadi tikus makmal untuk produk minuman kesihatan yang saya sendiri sedang usahakan bersama rakan kongsi. Kalau ramai yang kata saya kurus, inilah jawapan kepada soalan itu. Saya amalkan minuman itu empat bulan lalu. Insya-Allah produk akan dipasarkan tahun ini juga. Kini dalam proses kelulusan sebab kita mahu dapatkan pengesahan halal dan urusan lain sebelum dipasarkan. Kini dah 70 peratus tahapnya
Nampak gayanya memang berkesan betul produk minuman kesihatan Tasha Shila nie. Kalau dah siap nanti, Abang Nara pasti nak cuba. Tak dapat kurus macam Tasha pun tak apa. Dapat kurang 20% daripada berat badan sekarang pun dah cantik dah. Diharap produk minuman ini akan segera dikeluarkan di pasaran. Lagi beberapa gambar Tasha Shila dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
|