CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 41112|Reply: 520

[Tempatan] Forum Nothing To Hide DIBATALKAN!Penganjur dakwa salah peg. pm)!#466

[Copy link]
Post time 5-6-2015 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by GhostWalking at 6-6-2015 12:34 PM

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar mengeluarkan arahan supaya majlis dialog bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang 1Malaysia Development Berhad yang turut dihadiri Tun Dr Mahathir Mohamad dibatalkan.   

    Khalid mengeluarkan arahan itu menerusi akaun Twitter @KBAB51, kira-kira sejam sebelum acara bermula pada 10 pagi ini.         “Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy, @PDRMsia mengarahkan Dialog di atas, di PWTC (Putra World Trade Centre), Kl pagi ini dibatalkan,” tulis Khalid pagi ini.                                                                                                                    


                             Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) SukaGuam memberi peluang kepada Najib menjawab soalan daripada NGO lain dan kumpulan masyarakat sivil, termasuk mengenai 1MDB pada satu forum hari ini.      

Pengerusi SukaGuam Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata pada sidang akhbar baru-baru ini, Najib mengesahkan kehadirannya pada sesi forum selama 2 jam bertajuk "Nothing to hide," berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pagi ini.  


      Dr Mahathir muncul di PWTC pagi ini dan Najib dijangka tiba pada 10 pagi.


        "Kami mahu dialog ini menjadi platform yang berkesan kerana SukaGuam merupakan NGO berasaskan undang-undang.   


     Orang ramai di forum bertajuk ‘Nothing to hide’ di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pagi ini. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarah dialog bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang 1MDB dibatalkan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 Jun, 2015."Di mahkamah, terdapat keterangan dikemukakan dan pihak satu lagi selalunya diberi peluang menentang hujah tersebut," kata Khairul minggu lalu.      

  Katanya, NGO perlu diberi peluang menyoal Najib kerana mereka mempunyai soalan yang sah, supaya bukan hanya ahli politik yang menguasai perbincangan mengenai isu negara.      

  "Sebelum kita ini lihat isu nasional hanya dibincangkan ahli politik. Kita nampak NGO dikategorikan mengikut keistimewaan dan kepakaran mereka. Mereka boleh bertanya soalan yang lebih jujur dan berwawasan," katanya.      

  Najib setakat ini melawat ke beberapa negeri – Perak, Johor, Sabah dan tempat kelahirannya di Pekan, Pahang – sebagai sebahagian daripada jelajah seluruh negara beliau bagi menjelaskan kritikan terhadap pentadbiran dan cara beliau mengendalikan 1MDB.      


Pengkritik utamanya merupakan ahli Umno sendiri, iaitu Dr Mahathir, yang melakukan serangan tanpa henti dan menggesa peletakan jawatannya kerana dikhuatiri akan merugikan parti.      


  Kritikan Dr Mahathir kebanyakannya ditujukan kepada 1MDB, syarikat pelaburan milik penuh Kementerian Kewangan, yang mengumpul hutang mencecah RM42 bilion dalam masa 6 tahun beroperasi. – 5 Jun, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.XXgpEZbb.dpuf


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2015 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Kan iols dah kate..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2015 11:01 AM | Show all posts
Tun Dr Mahathir Mohamad tiba ke forum bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dianjurkan badan bukan kerajaan (NGO) SukaGuam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir tiba kira-kira 9 pagi dan disambut beberapa penyokongnya dan beberapa ahli kumpulan Perkasa dan diiringi terus ke bilik tetamu.       

Dewan Tun Hussein Onn yang akan menjadi gelanggang forum bertajuk "Dialog PM Bersama NGO" mula dipenuhi dengan orang ramai yang tidak sabar untuk menantikan forum yang bakal dihadiri dua pemimpin negara dan hangat diperkatakan.       

Turut kelihatan hadir bersama di kalangan kira-kira 1,000 hadirin pagi ini adalah Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali serta beberapa wakil daripada NGO Melayu.       

Forum hari ini akan dikendalikan oleh moderator daripada SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat.        Najib dijangka tiba 10 pagi ini.        Forum hari ini dijangka menarik dan panas memandangkan Dr Mahathir ketika ini sedang berhadapan pertembungan secara terbuka dengan Najib.

Malah bekas perdana menteri paling berkhidmat itu juga dikatakan berusaha menjatuhkan Najib kerana tidak berpuas hati dalam banyak isu termasuk syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 5 Jun, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.lIxaRIjy.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Seperti yg dijangka kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Brrapa banyak tred daaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:12 AM | Show all posts
where is the telur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2015 11:13 AM | Show all posts


tangkap IGP nie..berani dia batalkan forem anjuran najib nie...

tak hormat PM ker dek?????
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:15 AM | Show all posts
gila berani KPN batalkan forum najib
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2015 11:16 AM | Show all posts
leylapple replied at 5-6-2015 11:13 AM
tangkap IGP nie..berani dia batalkan forem anjuran najib nie...

tak hormat PM ker dek?????

ala..kenapa dibatalkan
baru nak tengok Kecerdikan Tok Jib menjawab segala soalan Tun M...

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:17 AM | Show all posts
Bila demo suruh guna saluran yang betul. bila guna saluran yang betul macam ni pulak jadi nye
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:19 AM | Show all posts
poyo jer...ntah2 NGO'S yg duk ada pun ahlul2 umno jugakk....awat IGp takut depa bertumbok kaa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2015 11:20 AM | Show all posts
Ajib tak datang derrr
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:21 AM | Show all posts
kahkahkah


IMPIAN jelah nak tgk  forum semacam ini
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:22 AM | Show all posts
MissMamamia75 replied at 5-6-2015 11:16 AM
ala..kenapa dibatalkan
baru nak tengok Kecerdikan Tok Jib menjawab segala soalan Tun M...
...

yup..me too...nk tgk cara mcm mana najib nk jwb...Tun M mmg dh tahu la cara dia yg mmg selalu tenang dan yakin...

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Demi ketenteraman awam....dh ade yg mule nak merusuh ke kt luar tu..org lg berdebar kot nk tgk forum yg ditunggu2 ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2015 11:26 AM | Show all posts
dalam dewan takkan la nak merusuh tembak menembak kan dekkkk ni Malaysia bukan mexico.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2015 11:28 AM | Show all posts
Dialog PM bersama NGO bertukar kecoh





KUALA LUMPUR - Suasana di luar bilik Seroja bertukar menjadi tegang selepas Tun Dr Mahathir Mohamad keluar menuju ke dewan Tun Hussien Onn.



Puluhan media yang menunggu di hadapan bilik tersebut berasak bersama-sama dengan penyokong mantan Perdana Menteri itu yang turut mengiringi ke dewan dialog.

Penyokong itu melaungkan 'Hidup Tun' manakala Dr Mahathir hanya senyum ke arah media tanpa memberi sebarang kenyataan.

Media tidak dibenarkan masuk ke dalam  dewan dan pintu dikunci sejurus kemasukan Dr Mahathir pada jam 10.20 pagi.

Sebelum itu, Pengerusi Sukaguam yang menjadi penganjur program ini, Datuk Khairul Anwar berkata, beliau akan menemui media untuk menyatakan status dialog ini.

"Saya masuk jumpa Tun dahulu, kemudian akan bercakap," katanya ringkas.

Kelibat Datuk Seri Najib Razak masih tidak kelihatan.

Mengikut jadual, Perdana Menteri dijadualkan tiba pada jam 9

http://lagiberita.blogspot.com/2015/06/dialog-pm-bersama-ngo-bertukar-kecoh.html

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:29 AM | Show all posts
kecut perut ler tue......che det mai juga....hihkhihkhkhhh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2015 11:29 AM | Show all posts
Edited by GhostWalking at 5-6-2015 03:31 AM

Berhujah dalam PWTC pun Najib tak berani datang, kata pahlawan..!



Akhirnya pahlawan yang berdarah manis tak datang, yang tinggal hanyalah hadirin  dan Tun M.

Dan Tun M nak berucap pun polis sudah halang... Apa punya pahlawan... Lawan dalam gelanggang  pun iaitu PWTC pun pengecut..











Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 11:30 AM | Show all posts
lurve82 replied at 5-6-2015 11:22 AM
yup..me too...nk tgk cara mcm mana najib nk jwb...Tun M mmg dh tahu la cara dia yg mmg selalu tena ...

indirectly IGP ni bgtau...
bahawa Polis2 Malaysia..xmampu nak jaga ketenteraman rakyat....
- errr...bukak pekung didada kah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.259667 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list