Edited by kemaruk at 8-6-2015 10:42 PM
Kuala Terengganu: “Saya jerit sekuat hati selepas dipatuk ular itu kerana berasa sakit yang amat sangat,” kata Maizatul Akmal Ibrahim, 40, yang dipatuk ular senduk di Kampung Rhu Muda, Marang, dekat sini, semalam.
Menurutnya, dalam kejadian jam 10 pagi itu dia baru mengemaskan dapur dan ke belakang rumah untuk membuang sampah.
Katanya, sebaik keluar rumah dia mendengar kucing mengiau dan tidak menyedari kaki kanannya terpijak lingkaran badan ular senduk berkenaan.
“Saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana ketika itu ular senduk berkenaan bagaikan berdiri dan terus mematuk kaki kanan.
“Selepas itu, saya menjerit dan melompat kerana kesakitan sebelum terasa kebas pada seluruh kaki kanan kesan patukan terbabit,” katanya yang ditemui ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56409#sthash.IepZQg9w.9Ut3ObmF.dpuf
|