CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3330|Reply: 11

[Jenayah] Abam HotPants Cross Legs Mengamuk Kunci Ada Dengan Jiran

[Copy link]
Post time 10-6-2015 08:10 AM | Show all posts |Read mode
Miri: Hanya kerana ibu menyerahkan kunci rumah kepada jiran, seorang lelaki bertindak gila apabila cuba menembak wanita itu menggunakan senapang patah dalam kejadian di rumah mereka di Pujut 3, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.20 malam itu, mangsa yang berusia 52 tahun terselamat apabila senapang patah itu gagal berfungsi.

Ketua Polis Daerah Miri Senior Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, suspek berusia 37 tahun mengacukan senapang patah berisi peluru sambil mengugut ingin menembak ibunya.


Katanya, ahli keluarga lain dan jiran cuba mententeramkan suspek,  tetapi tidak berjaya malah lelaki itu terus mengamuk.

“Bimbang dengan tindakan suspek, ahli keluarga segera menghubungi polis bagi mengawal keadaan. Sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek bertindak agresif dan enggan menyerah diri.

“Selepas dipujuk, suspek menyerah diri, dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Gan berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian, suspek berada di bawah pengaruh dadah.

Katanya, punca kejadian   disebabkan suspek tidak berpuas hati apabila ibunya menyerahkan kunci rumah kepada jiran ketika wanita itu mahu keluar melawat bapanya.

“Suspek yang berang dengan tindakan ibunya itu terus mengamuk hingga sanggup mengacukan senapang ke arah ibunya.

“Polis merampas senapang patah yang digunakan suspek dan pemeriksaan awal mendapati suspek sudah menarik picu senapang, tetapi bernasib baik kerana tidak meletup,” katanya.

Menurutnya, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

      Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2015 @ 11:14 AM   
«         »
                     
SUSPEK ditahan di Balai Polis Pusat Miri, semalam.




http://www.hmetro.com.my/node/56675




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2015 08:12 AM | Show all posts
dia ni memang gila gamaknya
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesan dadah.haish
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
sape punya senapang tu??? rumah terkunci tp ada senapang? senapang letak merata2 ka???
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:28 AM | Show all posts
dadah ni.. kalau tak apehal btindak mcm org hilang akal??
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Pil kuda sudah berjaya dieksport ke sarawak? tahinah!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2015 08:38 AM | Show all posts
takde motip langsung ko nak ngamuk pasal kunci dol. . terajang laju-laju smpai pecah muka
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 08:57 AM | Show all posts
tajuk tak menahan
tp mmg menepati gambar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2015 09:02 AM | Show all posts
mana dia dapat senapang patah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 09:14 AM | Show all posts
kemain lg ye tajokn.. gigih ku scroll nk tgk betoi ke keross leg
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 12:12 PM | Show all posts
crossleg......biar cross sepanjang hayat,
giler nak tembak..

parent pun kal;au dh tau ada anak mental knp nak simpan senjatapi

pas ni senapang tu kena pulang balik ke balai la
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2015 12:14 PM | Show all posts
penyakit negeri T dah berpindah ke Sarawak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.064891 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list