Edited by Syd at 11-6-2015 04:30 PM
Bade Tidak Muncul Sebutan Cerai, Erma Fatima Beri Notis AmaranDiterbitkan: Khamis, 11 Jun 2015 3:34 PM Erma Fatima terus berlalu selepas prosiding kes dan enggan ditemubual media.
AMPANG: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini membenarkan permohonan pelakon Erma Fatima untuk mengeluarkan notis amaran terhadap Badaruddin Azmi selepas suaminya itu gagal menghadirkan diri pada sebutan pertama kes perceraian mereka pada Khamis.
Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaluddin membuat keputusan itu selepas Badaruddin atau Bade, 51, gagal menghadirkan diri tanpa mengemukakan alasan kukuh kepada mahkamah.
Terdahulu, peguam syarie, Jamal Lokman Mohd Sulaiman yang mewakili Erma selaku plaintif kes berkenaan memberitahu mahkamah pihaknya telah menyerahkan notis saman kepada defendan pada 19 Mei lalu.
Kes berkenaan yang difailkan pada awal Mei lalu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
i
Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 47, yang hadir lengkap berjubah hitam dilihat tenang sepanjang prosiding berlangsung.
Bagaimanapun, usaha pihak media untuk menemu bualnya gagal selepas dia enggan menjawab sebarang soalan dan segera meninggalkan perkarangan mahkamah.
Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain berusia sembilan tahun.
Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang.
Hasil perkahwinan itu mereka mendapat anak lelaki hujung tahun lalu yang bernama Jihad, berusia enam bulan.
Erma sebelum ini pernah memberi kenyataan kepada media yang dia tiada masalah untuk hidup bermadu.
Kes berkenaan akan disebut semula pada 10 Ogos depan. |