View: 10618|Reply: 75
|
[Tempatan]
IMB Sahkan Kapal Tangki MT ORKIM HARMONY Hilang
[Copy link]
|
|
Pusat Laporan Kegiatan Melanun Biro Maritim Antarabangsa (IMB) yang berpangkalan di sini hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai sebuah kapal tangki membawa petrol yang dilaporkan hilang di kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi pada Khamis.
Menurut ketua pusat itu, Noel Choong, kapal MT ORKIM HARMONY iaitu kapal tangki yang berdaftar di Malaysia membawa muatan petrol RON95 anggaran 6,000 tan metrik
dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.
"Pihak kami menerima laporan pada Jumaat setelah syarikat kapal tersebut membuat laporan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)
bahawa mereka terputus hubungan dengan kapal tangki tersebut."Bagaimanapun buat masa ini, nasib kapal tangki serta kesemua krunya tidak dapat diketahui,"
Dalam pada itu, beliau menasihatkan kapal-kapal supaya mengambil langkah-langkah tegas dan memantau kegiatan melanun terutama pada sebelah malam dan melaporkan sebarang serangan,
kepada pusat itu di sini untuk berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan serantau bagi mendapatkan bantuan segera.
"Talian operasi 24 jam kami adalah 03-2031 0014 atau faks 03-20785769," katanya.
Dalam laporan berasingan, Pengarah Operasi APMM Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamad berkata operasi pencarian diteruskan pagi ini meliputi kawasan seluas 20,000 kilometer persegi
melibatkan Tanjung Penawar hingga ke Mersing seterusnya melangkaui sempadan perairan Malaysia dan negara jiran.
Seramai 22 kru berumur antara 20 hingga 64 tahun dalam kapal itu terdiri daripada 16 warganegara Malaysia, lima warganegara Indonesia dan seorang warganegara Myanmar. -BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pulak dh..kapal hilang |
|
|
|
|
|
|
|
Kapal tangki hilang kapal terbang hilang. Alahai Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
entah ler jack.....makin banyak benda yang hilang skang nie.... |
|
|
|
|
|
|
|
kapal terbang.. kapallaut..
lepas ni ape lg nk hilang? something fishy ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dua orang penyamun tu hilang kan bagus..... |
|
|
|
|
|
|
|
baru nk cakap
|
|
|
|
|
|
|
|
Alahaiiiii.... kapal laut plak yg hilang..
Harap2 anak2 kapal berada dlm keadaan selamat... aminnnn2... |
|
|
|
|
|
|
|
Oh Malaysia ku... |
|
|
|
|
|
|
|
Lina66 replied at 15-6-2015 08:24 AM
Alahaiiiii.... kapal laut plak yg hilang..
Harap2 anak2 kapal berada dlm keadaan selama ...
Selayak nya la dgn ibu pertiwi ini sis.
Daripada pemimpin sampai la rakyat nya semuan nya batak macai hauk. |
|
|
|
|
|
|
|
kapal terbang hilang
kapal laut hilang
duit bilion2 hilang
monggolian hilang
isk3 cam2 yg hilang
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rosasa at 15-6-2015 09:59 AM
Anda di sini: Laman Utama | Malaysia »
Status kapal tangki Orkim Harmony dilaporkan hilang, bukan 'dirampas'
Astro Awani | Kemas kini: Jun 14, 2015
(Diterbitkan pada: Jun 14, 2015 18:46 MYT)
Status kapal tangki Orkim Harmony dilaporkan hilang, bukan 'dirampas'
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan rasa bimbang mengenai keberadaan sebuah kapal tangki membawa petrol MT Orkim Harmony yang dilaporkan hilang di kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi pada Khamis lalu.
Perkara itu dizahirkan melalui akaun Twitter rasmi beliau:
“Saya rasa khuatir dengan berita mengenai kapal tangki milik Malaysia yang hilang. Saya berdoa demi keselamatan anak-anak kapal. Kerajaan akan menggeakkan aset negara untuk mencarinya,” ujar Najib.
Operasi pencarian pada pagi ini meliputi kawasan seluas 20,000 kilometer persegi.
Pengarah Operasi Wilayah Maritim Selatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamad berkata kawasan pencarian melibatkan Tanjung Penawar hingga ke Mersing seterusnya melangkaui sempadan perairan Malaysia dan negara jiran.
Read more at: http://www.astroawani.com/berita ... n-dirampas-62496?cp |
|
|
|
|
|
|
|
Mohd Najib Tun RazakVerified account
@NajibRazak
I am distressed by the news of the missing Msian-owned tanker.I pray for the safety of the crews.The Gov w deploy our resources 2 locate it. |
|
|
|
|
|
|
|
Anda di sini: Laman Utama | Malaysia »
Usaha cari kapal tangki hilang diperluas ke sempadan negara jiran - APMM
Bernama | Kemas kini: Jun 14, 2015
Usaha cari kapal tangki hilang diperluas ke sempadan negara jiran - APMM
JOHOR BAHRU: Operasi mencari sebuah kapal tangki membawa petrol yang dilaporkan hilang di kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Sedili, Kota Tinggi pada Khamis diteruskan pagi ini meliputi kawasan pencarian seluas 20,000 kilometer persegi.
Pengarah Operasi Wilayah Maritim Selatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Pertama Maritim Ibrahim Mohamad berkata kawasan pencarian melibatkan Tanjung Penawar hingga ke Mersing seterusnya melangkaui sempadan perairan Malaysia dan negara jiran.
"Kapal MT ORKIM HARMONY sejenis kapal tangki yang berdaftar di Malaysia itu membawa muatan petrol RON95 anggaran 6,000 tan metrik dalam pelayaran dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan.
"Laporan kehilangan kapal telah dibuat oleh syarikat kapal tersebut Orkim Ship Management Sdn Bhd pada pukul 6.30 pagi 12 Jun lepas," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Katanya terdapat 22 kru berumur antara 20 hingga 64 tahun dalam kapal itu terdiri daripada 16 warganegara Malaysia, lima warganegara Indonesia dan seorang warganegara Myanmar.
Ibrahim berkata pihaknya turut memanjangkan maklumat berkenaan kepada pihak berkuasa Singapura iaitu Singapore Police Coast Guard (SPCG) dan juga pihak berkuasa Indonesia Badan SAR Nasional (BASARNAS) serta Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLARI).
Selain itu, maklumat kehilangan kapal berkenaan turut dimaklumkan melalui Nevtext kepada kapal-kapal lain dalam pelayaran bagi membantu mengesan kapal tersebut, katanya.
"Sehingga kini belum ada sebarang maklumat penemuan MT ORKIM HARMONY. Usaha mencari dan menyelamat kapal tersebut masih diteruskan dan pemantauan juga dilaksana oleh aset-aset APMM di perairan Sabah dan Sarawak," katanya.
Sebaik menerima laporan kehilangan tersebut, APMM Wilayah Maritim Selatan telah melancarkan operasi pencarian melibatkan sebuah helikopter, tigakapal dan bot selain turut mendapat bantuan dua buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia.
Di Kuala Lumpur, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata TLDM menghantar tiga buah kapal bagi membantu APMM dalam usaha mencari kapal tangki itu.
Beliau berkata tiga kapal itu ialah KD Terengganu, KD Pendekar dan KD Ganyang.
"Kira-kira 150 anggota TLDM terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat. Setakat ini kami belum menerima apa-apa maklumat daripada kru.
"Kami sedang membantu APMM dalam operasi ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Read more at: http://www.astroawani.com/berita ... jiran-apmm-62484?cp |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kena rampas ke atau tenggelam? ikshhhh mcm2 la haiiì |
|
|
|
|
|
|
|
Da nk puasa ni hilang pulak kesian family crew
|
|
|
|
|
|
|
|
makin banyak plak benda yg hilang skarang nie.. macam2 benda pelik kat M'sia skrg nie la |
|
|
|
|
|
|
|
hilang kapal pulak dah..apa2x pun moga anak2x kapal selamat hendaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki replied at 15-6-2015 08:13 AM
Kalau dua orang penyamun tu hilang kan bagus.....
Hihi kalau ini fb aku tekan like dah..banyak sangat dah musibah yang berlaku tahun lepas dan tahun ni |
|
|
|
|
|
|
|
Adalah lebih elok panggilkan je Captain Jack Sparrow tolong nyiasat al maklum le kapal Black Pearl dalam botol pun dia boleh jumpa apalah sangat dengan kapal tanker ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|