Edited by Anak_Nogori at 19-6-2015 02:15 PM
DAP melalui setiausaha agungnya Lim Guan Eng alias Khalifah Umar yg belum disahkan sebelum ini telah memutuskan hubungan dgn PAS, selaras dgn keputusan PAS dalam Muktamarnya yang telah memutuskan hubungan dgn DAP kerana dikatakan DAP sering menyerang PAS.
Maka dengan itu mangsa pertama DAP yang dipecat terhadap ahli2 PAS ialah Setiausaha PAS Negeri Pulau Pinang Mohd Fadzil Kemi yg memegang jawatan sebagai Pegawai Penerangan kpd Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang...dan mangsa kedua DAP adalah Yaacob Omar yang diPertua PAS Kawasan Tanjung yg memegang jawatan Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang...dan seterusnya mangsa ketiga DAP ialah Omar Hassan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai.
Alasan pemecatan terhadap mereka kerana PAS tidak ada lagi kerjasama dgn DAP dan Guan Eng berkata, macam mana seorang yg tidak lagi bekerjasama dgn DAP boleh memegang jawatan dlm kerajaan DAP?..dan untuk makluman...sebelum pemecatan ini, Guan Eng telah mencabar PAS supaya meminta ahli2nya yg memegang jawatan dlm kerajaan DAP Pulau Pinang meletakkan jawatan, tapi PAS enggan krn PAS berpendapat mereka juga dipilih oleh rakyat Pulau Pinang dlm PRU 13 dulu.
Eroninya, malangnya, yg peliknya, yg menghairankannya, yg macam tak percayanya, yang macam mabuk daun ketumnya..wakil tunggal PAS Pulau Pinang Salleh Man dikekalkan pula oleh Guan Eng atas alasan kerajaan negeri masih kerajaan campuran dibawah DAP dan wakil PAS kekal sebahagian dari pentadbirannya.
...................................................................................................................................................................................................................................
2 lagi ahli Pas dalam Kerajaan P. Pinang dipecat
19 Jun 2015 1:14 AM
0 0 Google +0
PULAU PINANG 18 Jun – Selepas berdiam diri berhubung status jawatan mereka sebagai Ahli Majlis dalam kerajaan DAP Pulau Pinang, dua wakil Pas akhirnya terpaksa menerima hakikat dipecat daripada jawatan tersebut.
Mereka ialah Yang Dipertua Pas Kawasan Tanjong, Yaacob Omar yang berkhidmat sebagai Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Yang Dipertua Pas Kawasan Permatang Pauh, Omar Hassan sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata, pembatalan pelantikan dua wakil Pas itu dibuat selaras dengan Subseksyen 10(4) Akta Kerajaan Tempatan 1976. ‘‘Setiausaha Kerajaan Negeri telah menghantar surat maklum mengenai pembatalan itu semalam. ‘‘Kedua-dua ahli Pas itu dilantik sebagai ahli majlis atas penamaan PAS pada Januari lalu,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Dengan pemecatan Yaacob dan Omar itu, maka kesemua empat ahli majlis daripada Pas kini tidak lagi berada dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang. Sebelum ini, dua ahli Pas iaitu Dahalan Fazil dan Mhd. Nasir Yahya terlebih dahulu mengambil tindakan meletakkan jawatan mereka sebagai Ahli Majlis MBPP dan MPSP. Tindakan terhadap ahli Pas oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu rentetan keputusan Muktamar Pas baru-baru ini yang memutuskan hubungan dengan DAP menyebabkan DAP berterusan mendesak ahli Pas di negeri ini meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri. Selain Yaacob dan Omar, turut dipecat sebelum ini ialah Setiausaha Pas negeri, Mohd. Fadzil Kemi daripada jawatannya sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.yQfPPVS5.dpuf
......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Wakil tunggal PAS Pulau Pinang kekal, kata Gua EngOLEH LOOI SUE-CHERN Published: 18 June 2015 11:59 AM
Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri masih kerajaan campuran di bawah DAP, dan wakil tunggal PAS masih kekal sebahagian pentadbirannya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 18 Jun, 2015.
Wakil tunggal PAS masih kekal dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyifatkan kerajaan itu di bawah perikatan yang dipimpin DAP.
Lim berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man masih sebahagian kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP dan PKR selepas Pakatan Rakyat (PR) diumumkan terkubur. “Kami mengadakan mesyuarat petang semalam. Ini keputusan yang diterima sebulat suara oleh 30 wakil PR,” katanya kepada pemberita.
Salleh merupakan pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang, jawatan yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong dan pengerusi Lembaga Zakat Pulau Pinang.
Semasa muktamar PAS membawa usul memutuskan hubungan dengan DAP tanpa bahas, Salleh tidak hadir kerana sedang mengerjakan ibadah umrah. “Saya tegaskan beliau (Salleh) sebahagian kerajaan Pulau Pinang. PR tiada lagi. Sekarang ini kerajaan Pulau Pinang. Beliau sebahagian daripada kerajaan negeri,” kata Lim. Ahli Parlimen Bagan itu berkata, kerajaan Pulau Pinang diberikan mandat oleh rakyat yang mengundi DAP, PKR dan PAS yang membentuk PR semasa pilihan raya umum (PRU) lalu. “Kerajaan Pulau Pinang meneruskan bantahan terhadap usul yang diluluskan PAS dalam muktamar untuk memutuskan hubungan dengan DAP berdasarkan mandat 68% yang diberikan rakyat. “Kami terikat dan dipandu oleh manifesto PR dalam PRU lalu. Oleh kerana itu kami dipilih. Ia kekal mandat yang memandu kami,” katanya. Ditanya bagaimana keadaan itu boleh wujud sedangkan DAP dan PAS sudah memutuskan hubungan, Lim berkata: “Kenapa tak tanya dia (Salleh)?” Lim berkata PR sememangnya tiada lagi walaupun Salleh tidak perlu keluar daripada jawatan yang dipilih parti. Usul PAS memutuskan hubungan dengan DAP menyebabkan kerajaan negeri mencabar parti Islam itu meletakkan jawatan dalam kepimpinan negeri. Bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang pertama menyahut seruan itu diikuti ahli Parlimen PAS Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. Awal minggu ini, dua daripada empat ahli majlis PAS meletak jawatan. Pegawai maklumat kepada Lim, Mohd Fadzil Kemi yang juga merupakan setiausaha parti diberikan surat peletakan jawatan pada Jumaat. Lim ketika ditanya status kira-kira 1,000 ahli PAS yang memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri, Lim berkata exco akan memberikan kenyataan jika perlu. Katanya, kerajaan negeri lebih mengutamakan jawatan ahli majlis yang disandang PAS kerana mereka perlu berunding dengan ketua menteri dan exco kerajaan tempatan yang kedua-duanya pemimpin DAP. “Kami akan mengulas perkara itu apabila tiba masanya tetapi pada masa ini kerajaan negeri beroperasi seperti biasa,” katanya. – 18 Jun, 2015.
|